18 November 2014

Fundamental Buat Duit Dengan Blog

Fundamental buat duit dengan blog. Rasanya ramai lagi yang tidak tahu mengenai fundamental buat duit dengan blog. Ramai calon-calon blogger baru fikir, jika ada blog, maka mudahlah nak buat duit online. Apatah lagi bila keluar di akhbar, blogger jana income ribuan ringgit dan ada hidup mewah dengan blog.

Bagi mereka yang tidak fikir panjang, akan anggap benda tu semudah ABC, dengan merujuk cara buat blog sendiri, hari ini ada blog esok lusa difikirkan sudah boleh jana income. Fundamental buat duit dengan blog tak tahu, tetapi sudah berangan mahu jadi seperti blogger terkenal yang buat duit kepok-kepok menerusi blog.

Misi Visi Tidak Jelas Untuk Buat Duit Dengan Blog

Inilah kesilapan ramai blogger Malaysia, terutama yang baru, dan pastinya calon-calon blogger baru. Mereka masuk ke dunia blog dengan misi dan visi yang tidak berapa nak kena. Bukan tidak boleh ada misi dan visi untuk dapat income dengan blog. Tetapi, sebelum mahu capai dan impikan, kena lihat dahulu kemampuan diri.
Fundamental Buat Duit Dengan Blog
Contohnya, anda mahu jadi doktor. Nak impikan jadi doktor seperti Doktor Fatin Liyana, anda perlu dulu jadi pelajar cemerlang SPM. Kena dapatkan pencapaian tertinggi untuk Biologi dan Kimia. Mesti dapat CGPA bagus semasa di IPT. IPT pula kena pilih yang ada jurusan terbaik dalam kedoktoran. Misi dan visi kena kena, kena searah dengan masa dan keadaan.

Maka, setting misi dan visi perlu bermula dari bawah. Mahu buat duit dengan blog, blogger Malaysia perlu tahu apakah fundamental untuk buat duit dengan blog ini? Jika download Teknik Buat Duit Dengan Blog mungkin tahu apakah fundamental dan cara nak buat duit dengan blog itu.

Trafik Blog - Fundamental Buat Duit Dengan Blog

Setuju atau tidak, jika saya katakan trafik blog adalah fundamental atau tapak asas untuk buat duit dengan blog?

Saya dapat rasakan ramai blogger yang baca blog ini akan angguk tanda setuju. Ini fakta. Ini kebenaran.

Blog perlukan trafik. Tanpa trafik ke blog. Tanpa pageviews atau hits setiap hari, impian nak buat duit dengan blog memang sukar untuk jadi terlaksana.
Cara buat duit dengan blog

Fikirkan Cara dan Teknik Blog Dapat Trafik

Maka, apabila anda sedang bersedia untuk punyai blog sendiri, fikirkan dulu bagaimana anda mahu menulis sesuatu yang boleh berikan trafik ke blog anda itu nanti. Tips - tulis blog mengenai apa yang anda paling tahu, bukan sekadar catatan peribadi berbentuk diari, tetapi biarlah yang mempunyai tarikan untuk dapatkan trafik ke blog.

Tahukah anda, blog personal Fatin Liyana mula dikenali ramai dan jadi popular disebabkan Fatin Liyana berkongsi kisah belajar di Indonesia? Tahukah anda di dalam blognya ada tips melancong ke Indonesia? Semua itu menjadikan pembacaan di blog Fatin Liyana best dan seronok.

Begitu juga dengan blogger terkenal isteri kepada selebriti Ally Iskandar, iaitu Farah Lee. Blogger ini jadi popular bukan kerana dia merupakan isteri kepada Ally Iskandar, tetapi kerana beliau blogger yang menulis dari Korea Selatan. Cerita-cerita mengenai Korea yang meletup-letup di Malaysia dapat merujuk ke blog KunFayakun milik Farah Lee.

Bila blog mereka telah ada trafik yang mantap, barulah blog mereka leh jana income online. Blog mereka telah memenuhi fundamental buat duit dengan blog.

Fikirkan perkara ini:
  • Apakah yang akan anda tulis itu akan menarik minat untuk dibaca?
  • Perkara apakah yang paling anda tahu tetapi ramai yang lain tidak tahu dan akan mahu tahu menerusi blog anda?
  • Kelebihan yang ada pada diri, keluarga, persekitaran, pengalaman dan keupayaan anda?

Blogger Popular Mudah Dapat Trafik. Bagaimana Dengan Newbie?

Untung jadi blogger yang sudah popular dan terkenal. Masalah mengenai fundamental buat duit dengan blog tidak jadi masalah. Maka, bagaimana dengan blogger baru yang sedang nak menapak di dalam dunia blog Malaysia?

Jenuh juga nak melangkah untuk dapatkan populariti di dalam dunia blog Malaysia. Apa penyelesaiannya untuk dapatkan trafik blog? Jawapan dia adalah SEO (Search Engine Optimization).
Cara buat duit dengan blog
Percayalah, anda tidak perlu untuk menjadi seorang Pakar SEO Malaysia untuk jana trafik menerusi teknik ini. Cukup anda tahu asas SEO dan praktikkannya di dalam blogspot anda. Praktik itu penting. Pakar SEO manapun kalau dia tidak praktik, ia tidak akan beri manfaat secara seluruhnya.

Inilah yang telah saya praktikkan untuk bolehkan blog saya dapatkan trafik yang baik, sehingga berjaya berada di kedudukan rank Alexa terbaik. Saya bukan blogger terkenal, saya juga bukan blogger popular. Blog ini tidak bergantung dengan populariti untuk melangkah awal mendapatkan trafik.

Menerusi SEO, banyak entri blog ini dicapai menerusi enjin carian. Dari situ, blog ini mendapatkan popularitinya, mendapat autoriti... mendapat tempat di kalangan ramai blogger Malaysia. Trafik dijana kerana semakin ramai blogger mahu tahu ilmu blogging dan tips blogging terbaik.

Bagaimana mahu menyerlah menerusi SEO? Saya pernah kata, tak perlu jadi ikan besar di dalam kolam besar, tetapi jadilah ikan besar di kolam yang kecil. Mahu jadi ikan besar walaupun anda sebenarnya ikan kecil, maka carilah kolam yang lebih kecil .... faham tak ni? Nak lagi mengancam, jadilah ikan kecil yang berbisa, kecil-kecil tapi luarbiasa.

Panjang dah saya tulis. Intipati penting yang perlu anda ingat ialah:
  1. Blog perlukan trafik. Trafik ke blog adalah asas untuk blog jana income online. Ia merupakan fundamental buat duit dengan blog yang perlu anda ingat sentiasa.
  2. Dapatkan trafik tertumpu menerusi SEO. Anda jadi ikan besar dalam kolam kecil. Tak perlu nak merebut trafik dari blogger lain dari entri yang serupa, tetapi buatlah entri sendiri yang ada tarikan untuk dapatkan trafik.Ketahuilah bahawa teknik ini merupakan teknik terbaik untuk buat duit dengan blog menerusi affiliate.

Kesilapan Awal Blogger Baru Buat Blog

Ramai blogger baru yang buat silap ketika awal-awal buat blog ialah dengan ketepikan fungsi-fungsi yang boleh menaikkan trafik ke blog. Ramai blogger suka hias blog, cantikkan blog tetapi ia tidak bawa sebarang impak positif untuk tingkatkan pageviews dan hits. Widget yang ada sekadar hiasan yang kadangkala memberatkan blog. Kesannya, blog tidak mesra dikunjungi. Bila tak ada pengunjung maka tiadalah trafik, maka fundamental buat duit dengan blog tidak ada.

Fahami fundamental buat duit dengan blog, maka in Sha Allah, anda akan berjaya untuk dapat income menerusi artikel-artikel yang ada tulis di blog. Ingat sentiasa, tetapi jangan sampai anda melakukannya dengan cara salah. Lakukan dengan kejujuran dan bertanggungjawab.

Ehemm .. kalau ada kepakaran dan kelebihan diri, boleh buat duit di iLancee.com

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

28 Komen

salams singgah ptg selasa:) dtg membaca tips...tksh..

bab fatin tu..dia popular sebab dia cantek. ini sebab no.1. Takde orang leh nafikan. Bukan sebab dia belajar kat indonesia atau cite pasal kat sana. bukan sebab dia doktor. kalau dia tak cantek, takdenya orang masuk blog dia.

Aku masuk blog dia pun sebab dia memang cantik. Takde sebab lain. Skill penulisan dia nampak mantap dalam 1-2 tahun ni maklumlah..memang tetiap bulan aku tunggu post baru sejak penulisan dia makin menarik. Sebelum tu..memang kelakar gak membaca blog dia. Font warna-warni pun ada.

In term of skills, penulisan fatin sekarang..100 kali ganda lebih baik berbanding waktu awal-awal dia belum popular dulu.

bab farah lee plak..dia HANYA betul-betul popular sebab dia kahwin dengan ally. Sebelum tu..tak ramai sangat orang kenal dia. Bukan pasal dia cite pasal gi korea ke apa.

So..ada "sebab" tertentu blogger ni jadi popular.

Kalau kes blogger perempuan..yang aku perhati..biasanya ada 3 sebab utama.

1. dia cantek atau comel
2. dia bijak dan pandai penulis
3. dia kaya atau ada bisnes.

Selain dari itu, jarang blogger perempuan menyerlah dan popular

Sekian sahaja dari aku.

Pemerhatian sejak tahun 2001 lagi.

seseorang blogger kena tahu asas asas SEO dan mesti dapat traffik yang tinggi. Alhamdulillah... sejak saya ikut nasihat abang Hasrul Hassan traffik blog saya semakin baik sekarang. Ranking Alexa saya pun semakin baik. Terima kasih abang Hasrul... :)

ada tak blog lelaki kacak maka pembaca berpusu-pusu masuk blog..

Terima kasih atas perkongsian Tuan ini. Walaupun sudah bertahun-tahun berblog, saya masih gagal menarik ramai pembaca ke blog saya. Mungkin kerana sebab-sebab seperti yang Tuan nyatakan di atas - tiada tarikan...

Pertama kali aku tengok Titan komen panjang cam gini...hoho!

bagi aku plak..kalau blogger tu matlamatnya nak trafik dan nak jadi popular..lain sikit jalannya..kalau blogger tu tak nak femes, tapi nak buat duit bebanyak..lain juga caranya..

ada juga blogger yang takde trafik lebat pun, tapi income dari blog biasa dia beribu USD juga sebulan.Advertiser luar banyak cari blog yang ada nilai...itu yang susah nak dibuat..bukan takat trafik....hehe

Blog jejaka kacak xde plak yg popular. Biasa yg rajin berblog ni yg saya perasan rmai perempuan je. Yg tulis aktiviti harian la. Kalau yg lelaki ni byk yg sembunyikan diri dari dikenali. Kecuali yg buat blog tentang teknikal sesuatu perkara. Tapi kalau yg sibuk duk citer pengalaman seharian pegi pasar, shopping dll mmg perempuan.

Memang xde la blogger lelaki yg sibuk citer baru balik masjid, baru balik rempit, baru lepas siap mengecat kandang tenggiling dalam blog.

Tuan HH... your entry makan dalam tau... hahahaa... ayat simple tapi melekat kat telinga (walaupun baca dalam hati jer)... rasa macam dok kena bebel kat tepi telinga jadinya.. huisshh... jauh sungguh lagi perjalanan blog saya... anyway tq Tuan HH untuk entry2 yang memang selalu nak buat saya singgah...

inshaAllah cuba pratikkan sikit2

Sangar detail segala-galanya, ini untuk pesanan bagi blogger lama dan baru. Tahniah bro... satu kupasan yang bagus dan baik jika mahu buat duit melalui blog. Semakin mantap dan penuh informasi.

Buat blog dengan tahu sikit2 asas je..jawabnye syok sendiri le....nak lepas geram, tension dan sebagainye blhlah...tapi nak suruh org baca, memang kena SEO kan...so kene le blajar bagaimana nak pancing trafik yang tinggi dari tuan HH ni...

Masing-masing boleh buat dengan cara tersendiri sebenarnya.

blogger baru kalau nak cepat naik.. dapatkan kitab seo merah jambu... perfect untuk shortcut..

Dan macam pertama kali SP baca komen en.titan seserius begini..LOL

terima kasih atas ilmu buat saya blogger yang baru suam-suam kuku ni ye ... ;)

Terima kasih atas perkongsian tips untuk buat duit dengan blog.

Memang konten yang berkulitas dan visitor yang banyak adalah merupakan cara landasan dasar untuk bisa buat duit dengan ngeblog

Terima kasih atas perkongsian ini Encik HH.

ilmu yang bermanfaat...terima kasih berkongsi

Selalu tengok cikgu Titan respons simple dan bersahaja, kali ni memang serius :)

ramai yang dah berjaya dapat duit daro blog ni

Harap entri makan dalam ni akan merubah tanggapanlah .. bertindak segera dan tidak lepaskan peluang yang diberikan.

Sama-sama, semoga ilmu yang ada ini akan bantu blogger baru dan lama jana income yang dimahukan.

Alhamdulillah..tip yg menarik dan sngat berinformasi...mmg berguna untuk blogger2 baru..tq for sharing..intipati yg disampaikan mmg terbaik..fundamental buat duit dengan blog..trafik..nak trafik kena SEO..

Perkongsian tips yang sangat berguna buat saya sebagai blogger baru :)

terima kasih tuan..tips yg terbaik dan sngat berinformasi..


EmoticonEmoticon