Langkau ke kandungan utama

Buat Duit di iLancee.com

Buat duit di iLancee.com. Mahu rebut peluang buat duit secara online di iLancee.com? Ok. Jika anda ada kemahiran, kreativiti atau kelebihan tertentu, anda tentu mahu mendaftar di iLancee.com. Ia sebuah platform untuk anda jana income tambahan sampingan, bersandarkan apa yang anda pandai buat.

Ok. Seperti saya katakan tadi, jika anda ada kemahiran tertentu seperti melukis doodle, membina template blogspot, membuat banner iklan online, membuat header blog, melukis logo, membuat video dan sebagainya, maka anda boleh promosikan kemahiran anda itu di iLancee.com. Ia menyediakan tapak dan peluang itu kepada anda.

Buat Duit di iLancee.com

Samalah juga jika ada punya kelebihan untuk menyediakan servis naikkan like page, meningkatkan trafik blog, menguruskan fanpage, menyebarkan iklan, ping blog, membina baclinks dan sebagainya; anda boleh mewar-warkan mengenainya juga di iLancee.com.

Malah, anda boleh menjual ebook dan produk anda yang lain di iLancee.com. Apa yang perlu anda buat ialah mendaftar di iLancee.com secara percuma. Dari situ, anda bolehlah bermula dengan menghasilkan gig anda sendiri. Apa itu gig? Ia seperti anda menyediakan satu saluran mengenai apa yang anda tawarkan kepada pengunjung laman iLancee, malah kepada orang lain yang mendaftar di situ.

Ada banyak kategori yang boleh anda pilih. Pilih mana yang sesuai dengan apa yang ingin anda tawarkan. Letakkan harga servis atau produk anda, dan biarkan mereka yang berminat menghubungi anda.
Setakat yang saya tahu, transasksi di iLancee.com telah mencecah sehingga RM10,000 sebulan, dan ianya semakin meningkat. Jadi, ia satu petanda bahawa laman web ini sedang berkembang baik, dan sedang berurusan.

Jadi, anda tentu tidak mahu lepaskan peluang ini untuk buat duit di iLancee.com yang mungkin boleh menjadi sumber pendapatan online sampingan anda.

Tak berapa nak jelas bagaimana anda boleh buat duit di iLancee.com? Ok, sila tonton video di bawah ini, mungkin sedikit sebanyak akan berikan anda pemahaman. Oh ya, ia juga satu tutorial bagaimana anda nak bermula dengan iLancee.com; buat duit sampingan secara online dengan menjual kepakaran dan kebolehan anda; serta servis anda.

Video Cara Menggunakan Perkhidmatan iLancee.com

Contoh Pengiklanan Menerusi iLancee.com

Ok, ini satu contoh pengiklan yang ada di iLancee.com. Apa yang ditawarkan ialah servis untuk membuat logo. Bagi mereka yang mahukan servis ini, mereka akan klik beli, dan kemudian pengiklan ini akan berikan butiran lanjut kepada pelanggan yang berminat.

Amacam menarik tak? Aada boleh mencuba dengan mendaftar di iLancee.com sebaik sahaja anda habis membaca entri ini.

Selamat mencuba.

Contest ini telah dianjurkan oleh iLancee.com, ditaja oleh Buatduitblog.com, SeriusMedia.com, Sensasi2020.com, FaizAlias.com

Doakan saya menang kontest Buat Duit di iLancee.com

Komen

  1. wah macam menarik saja nhe..

    BalasPadam
  2. serius menarik.. baru terbaca pasai fiverr.com, pagi ni bro update pasai iLancee.com..hehehe kena cuba ni..^__^

    BalasPadam
  3. menarik ni bagi yg ada kemahiran tertentu memang bagus cuba...

    BalasPadam
  4. waaaahhh... menarik ni. seperti aku pernah tengok benda ni tapi oversea punya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho .. eceh .. tau la pakar luar negara

      Padam
  5. Nampaknya cara ni untuk mereka yang ada daya kreativiti sahaja kan..

    BalasPadam
  6. Best jugak nie. Baru meriah dunia blogging nie.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Try la .. mana tahu ada rezeki kot situ .. :)

      Padam
  8. hari dah register..tapi belum start sepenuhnya...kena tunggu masa yang sesuai

    BalasPadam
  9. pening sungguh ilancee ni. patut ad manual macam freelancer and odesk.

    BalasPadam
  10. nak try jugak..tq info ni bro HH

    BalasPadam
  11. tu dia buat duit dengan air laici... eh eyelansee... eh lagi ilancee.com. boleh try test tu tambah pendapatan sambilan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba kalau ada kemahiran tertentu. Ada platform dah boleh guna

      Padam
  12. sebijik cam Fiverr.com..hehe.pakai script sama ni ye..:D dah teka sure ada orang buat..tahniah..

    BalasPadam
  13. macam-macam cara boleh cari duit dekat dunia online ini, ada ilmu mudah sahaja hendak buat

    BalasPadam
  14. Salam...cayalah...laki rumahtangga ni memang cepat bertindak, orang lain terkial-kial nak buat entri dia sudah hantar penyertaan. Best juga duk rumah hari-hari, income masuk RM10,000 sebulan. Dapat belajar masak lagi. Apapun semoga berjaya untuk bro dalam contest SEO Buat Duit Di iLancee.com.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rahsia saya jadi cepat tu ... :P

      Padam
  15. Orang cepat bertindak mula buat bisnes online, kita masih tercari-cari kaedah yang bagaimana? Apapun tahniah buat bro HH telah berjaya hantar penyertaan.

    Tak teringin ke bro HH nak bina website macam iLancee atau kalau tak pun buat air lychee kat rumah lagi senang. Beli lychee satu tin, beli ais dan masukan dalam gelas bersama ais. he...he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.... saya bina website cam tu? hmmm bukan minat saya tu. Nak buat kena ada minat, bila ada minat barulah boleh menjadi dengan jayanya.

      Padam
  16. Salam bro HH... ada penaja terkini, kena update selepas ini. Buat Duit Di iLancee.com satu platform yang terbaik la...untuk cari duit dengannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke? Tak tahu la pulak ada penaja terkini... hmmm nanti nak semak semula. Teirma kasih sebab bagitahu.

      Padam
  17. Salam bro HH, saya dah siap hantar artikel ni... nak bersaing dengan bro pasal contest SEO Buat Duit Di iLancee.com. Apa macam...?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan bersaing untuk keyword buat duit di ilancee.com .. :) tak ada hal, ia persaingan sihat ...

      Padam
  18. hebat juga saingan di contest SEO Buat Duit Di iLancee.Com nie...hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prmosi dah dipertingkatkan, hadiah pun dah bertambah, tu pasal ramai blogger dah join kontest buat duit di ilancee.com ni

      Padam
  19. Sempat jugak cuba Fiverr dulu, maybe boleh test iLancee lepas ni.

    BalasPadam
  20. Nampak macam bakal juara je ni.... power!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah, rezeki Allah bagi akhir tahun. Boleh dianggap bonus juga ni.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.