Rahsia Blogger Fatin Liyana Dibongkar Lagi ....

Ya. Dah tak jadi rahsia lagi. Satu Malaysia dah tahu mengenai rahsia Fatin Liyana. Fatin Liyana? Siapa Fatin Liyana? Ishh takkan tak kenal? Tipulah kalau anda seorang blogger tak kenal siapa Fatin Liyana ni. Malas saya nak ulang dah, anda boleh Google sendiri. Apa yang saya nak beritahu ialah mengenai terbongkarnya rahsia si blogger Fatin Liyana ini.

Rahsia Blogger Fatin Liyana Dibongkar Lagi ....

Tips blogging dari Fatin Liyana
Rahsia ini terbongkar apabila disiarkan di dalam akhbar Harian Metro. Kalau anda tak baca, tak mengapa, saya tahu anda mahu berjimat kerana kenaikan petrol #20sen. Erkkk saya pun dah lama tak beli akhbar harian, nak baca ...pergi kedai mamak ...hehehehe....itu jimat cara saya. Ilmu perlu dicari selagi ianya percuma.... ye tak? Bila dah kena bayar nanti, cam segan je nak keluarkan duit poket.


Ok. Berdasarkan titipan dari sini - Majalah M
Fatin Liyana

Saya kasik rungkai rahsia blogger Fatin Liyana dapat ramai pembaca dan disukai lemak berkrim oleh 50 ribu pengikut.... apa rahsia?

Tips dan Rahsia Blog Fatin Liyana Disukai

  • Tulis isu dalam blog dan kemudian bertukar pendapat sesama blogger lain mengenai isu tersebut.
  • Cerita mengenai pengalaman sendiri yang menarik.
  • Tulis blog genre peribadi tetapi tidak had pada sesuatu isu.
  • Baca kembali entri lama, dan kemudian tulis entri susulan.
Di samping itu, dia juga memiliki tabiat pelik iaitu gemar membaca kembali cerita dalam blog sendiri. Oleh itu, dia hanya akan berkongsi pengalaman terbaik dan paling menarik untuk tatapan umum agar tidak jemu dibaca mereka yang berminat.
  • Tulis entri bentuk bahasa harian tetapi dengan ejaan penuh agar difahami.
  • Gaya penulisan adalah bentuk bercerita.
  • Cipta dunia fantasi sendiri untuk menjadikan sebuah entri itu seronok dibaca.
  • Beri peluang kepada pembaca untuk ketengahkan tips dan panduan sendiri.
Blogger Popular Malaysia - Fatin Liyana
Amacam? Dah dapat serba sedikit ilmu blogging Fatin Liyana? Jika dah dapat, maka bolehlah praktikkan, sebab saya tahu ramai di antara anda merupakan blogger yang dalam genre sama seperti Fatin Liyana - blog peribadi.

Jangan hairan kenapa Fatin Liyana berjaya pikat pembacanya sendiri, memandangkan dia merupakan anak kedua dan merupakan satu-satunya anak berjantina perempuan dalam keluarga. Bila hidup dalam suasana begitu, imaginasi memang tinggi, dan ada keupayaan untuk bercerita dengan lebih baik.

Tak caya?

Selamat menulis blog dan jadi terkenal macam Fatin Liyana.


Kredit Gambar: HoneyKoyuki

p.s: Tips dan cara nak tengok cerita online dan movie mudah di mana-mana sahaja - http://bit.ly/186MHCr



{ 35 comments.. read them below or add one }

Khir Khalid Khir Khalid October 11, 2013
Terbaik HH, in shaa Allah boleh diamalkan.. :)
Pinkbubblegumprincess Pinkbubblegumprincess October 11, 2013
cara writing fatin liyana memang best..undeniable..hehe i do love Fatin Liyana's blog :)
NURSHAKIRA ABDUL HALIM NURSHAKIRA ABDUL HALIM October 11, 2013
Shakira pun suka blogwalking kat blog beliau :) Entry Terbaru : Dibenarkan Bernikah
Ahmad Zaki Ahmad Zaki October 11, 2013
Assalamualaikum....

SELAIN dari teknik penulisan artikel dalam blog serta beberapa tips bersifat teknikal blog, blogger yang memiliki wajah yang cantik atau kacak, menjadi faktor "pelaris" untuk blog dikunjungi ramai dan menjadi popular.

Fatin Liyana memiliki wajah yang cantik dan potongan badan yang menarik....

****************

Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum

Panduan Perniagaan Cupcake
Amirul Ramli Amirul Ramli October 11, 2013
Seronok baca blog Fatin tu sebab macam-macam tempat yang dia pergi dan dikongsikan dalam blog. Walaupun kita ni tak dapat pergi tapi bila dapat baca blog dia pun rasa seronok. =)
sufian.ghaffar sufian.ghaffar October 11, 2013
Huhuhu saya pun suka blog die ni...
Arman Arman October 11, 2013
Bukan blog jer best. Orangnya pun cantik. kalau jadi pelakon mmg makin ramai peminat. Lepas ni akan jadi doktor glamor…cukup lengkap pakej si FL ni.
Mohd Ridzwan Abdullah Mohd Ridzwan Abdullah October 11, 2013
Rahsia yang sangat hebat. Akan simpan dan praktikkan rahsia ni. Thanks.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 12, 2013
Samalah kita .. moga boleh diamalkan...bukan mudah oo ..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 12, 2013
Satu role model kot untuk blogger remaja ... :) dan blogger belia...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 12, 2013
Ya. Dia fotogenik, pandai menulis .. dan bijak ... jejaka memang suka gadis seperti FL ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 12, 2013
Betul. Itu rezeki dia belajar luar negara. Kalau kita yang dok dalam Malaysia pun sebenarnya boleh juga cerita. Banyak je tempat menarik di Malaysia ni yang boleh kita jadikan satu pengalaman menarik.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 12, 2013
Harapan dgn jadi doktor, dia akan jadi doktor yang disukai. In Sha Allah... tak ramai yang suka doktor ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 12, 2013
Blog saya gak tak best2 dari dulu .. :<
Sukma Haron Sukma Haron October 12, 2013
Suka baca citer dan tips yang diberikan, banyak idea , hope boleh dipraktikkan...
Hafizul Hafizul October 12, 2013
Emm Fatin liyana..ambik masa nak berjaya macam dia..tapi saya respek arr artikel ni..mana tahu rahsia blogger beliau ni?hahahaha
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad October 12, 2013
eh, eh, bleh plak hantar link iklan dalam blog sifu ni ek? ingatkan link URL Blog. Bleh ke sifu camni?
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad October 12, 2013
Godek dalam blog beliau. Rahsianya ialah... rajin membaca dan blogwalking... Betul tak sifu? Maaf ya sifu, sy mereply kat komen orglain pula pagi ni
Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad October 12, 2013
Wow! Rahsia hebat nih... Terima kasih sifu kerana sudi share ngan kami semua :) Suka sesangat
ShueQry Abdullah ShueQry Abdullah October 12, 2013
mula-mula dulu saya tak kenal siapa Fatin Liyana, start kenal dia bila ternampak dia di TV3 bersama blogger Terbang Tinggi-tinggi
AmyZana AmyZana October 12, 2013
Terima kasih sudi share informasi ini~ Blog dia tu memang meriah betullah. Dahlah ramai followers, readers pun ramai, comments apatah lagi. Visitors pun berjuta. Oh mampukah blog saya menjadi seperti itu~
Nurul Atiqah Ahmed Nurul Atiqah Ahmed October 12, 2013
haha..
entri bro HH pun tak kurang hebatnya. :)
Kak Tie Kak Tie October 12, 2013
akak pun suka jengah blog dia..cuma x pernah komen jer...
Lynn Munir Lynn Munir October 12, 2013
Sesekali aja terjah blog dia.
Ainim Suju Ainim Suju October 12, 2013
saya suka cara penulisan FL..bersahaja dan boleh ketawa kalau baca entri dia.
memmetlenggeng memmetlenggeng October 12, 2013
Tapi saya sangat suka dengan tulisan Hanis Zalikha. Serius...Beauty with brain
malaysiatercinta.com malaysiatercinta.com October 13, 2013
"Rahsia" yang obvious: Letak gambar diri sendiri banyak-banyak.
Seri Selaseh Seri Selaseh October 13, 2013
Mmg suka entry Fatin Liyana. Baru 1st time baca, entry pasal melancong ke India, terus jatuh hati ngan blog dia. Kelakar. Pastu x boring. Sedar2 dah sampai hujung entry dah. Gambar2 dia pon cantik2.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 12, 2014
:) kelebihan seorang blogger yang cantik ialah memberikan gambar yang cantik .. kan kan ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 12, 2014
Semua orang mampu melakukan sesuatu ... percayalah.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.