Langkau ke kandungan utama

Langkah Terkedek Aku Dapat Income Dengan Blog

Tentu ramai dah baca pengalaman saya buat duit online dalam entri langkah bertatih aku dapat income dengan blog tu kan! Kiranya, itu adalah saat-saat awal saya mula mengorak langkah nak dapatkan income sendiri menerusi blog. Awal saya berblog, memang saya target nak buat duit dengan blog menerusi pengiklanan Adsense. Tatkala tu, mana ada lagi Nuffnang dan medium pengiklanan lain.

Blog ini dengan nama domain sendiri, diwujudkan sekitar Mei 2011. Sebelum tu, nama blog ada blogspot.com; pastu url pun banyak kali berubah. Kalau ikutkan profile blogger.com; saya dah bermula ada blog dengan blogspot sejak 2008. Sebelum tu, saya ada blog juga tapi tak disebut sebagai blog, lebih kepada website. Seingat sayalah, saya pernah buat laman web sendiri guna lycos dengan skali.net rasanya. Lama dah. Zaman baru nak kenal dunia IT.

Langkah Terkedek Aku Dapat Income Dengan Blog

Sebagai blogger newbie ketika itu, memang saya tak fikir apa dah, semua blog yang saya ada, saya akan letakkan iklan Adsense. Saya untung sikit, sebab masa tu senang nak dapat full account Google Adsense. Dengan full account Adsense, saya hanya gunakan template kod HTML iklan yang telah sedia ada, dan letakkan pada semua blog-blog saya sehingga kini.

Tentu anda nak tahu bagaimana nak dapatkan full account macam saya?
Langkah Terkedek Aku Dapat Income Dengan Blog

Cara Buka Akaun Penuh Google Adsense

Caranya.

Buat satu blog berbahasa Inggeris. Tulis beberapa artikel dalam bahasa Inggeris. Dan cadangan saya, pastikan blog yang anda buat itu blog yang spesifik atau ada niche. Ketika itu, saya buat blog mengenai Internet Marketing. Saya dapatkan artikel-artikel mengenai pemasaran internet daripada direktori-direktori artikel percuma yang berlambak ketika itu. Pada masa itu, tiada isu mengenai copy-paste, malah semua online marketer masa tu suruh salin artikel dan letakkan di dalam blog masing-masing. Tak perlu bayar apa-apa, cuma jangan dipadam nama penulis asal, dan jangan lupa buat backlink yang telah ada dalam artikel.

Baca ni - Cara Daftar Google Adsense guna Docstoc

Benda dah ada, memang mudah. Sehari sampai 4-5 artikel saya post. Saya tak fikir langsung samada ada pembaca atau tidak, malah trafik blog saya ketika itu tak cecah 50 pageviews pun dalam seminggu kecuali sayalah penyebabnya. Yang penting sekali ialah dapatkan akaun Adsense saya dulu.

Dah ada blog berbahasa inggeris yang ada niche, saya pun apply di Google Adsense. Tak sampai seminggu, terus dapat full account. Dan sehingga ke hari ini, saya masih menggunakan akaun yang sama cuma saya ada 3 login id ke akaun tersebut. Adsense tak benarkan anda mempunyai lebih daripada satu akaun, tetapi benarkan anda uruskan akaun Adsense menggunakan id login yang berbeza - yang selalunya merupakan id Google. Saya mempunyai 6 id Google ... :)
Langkah Terkedek Aku Dapat Income Dengan Blog
Adsense boleh detect pemilik akaun berdasarkan alamat yang anda masukkan untuk kiriman cek, dan juga pengenalan diri. Jika ada persamaan, ia samada akan blocked atau diminta untuk merge akaun.

Bila dah dapat akaun Google Adsense yang penuh, bermulalah episode saya terkedek dapat income dengan blog.

Sekarang ni dah mudah nak gunakan Adsense sebagai platform pengiklanan di blog, anda hanya gunakan widget je menerusi dashboard di blogspot. Dulu mana ada semua tu, saya kena salin kod dari akaun Google Adsense dan masukkan sendiri.

Beli Panduan dan Ebook Mengenai Adsense

Saya mula dapatkan banyak panduan dan ebook mengenai Adsense. Hampir 80 peratus adalah merupakan ebook dari luar negara. Saya ada beli ebook berbahasa Melayu tentang Adsense, tapi tak pasti sekarang masih ada lagi atau tidak. Dan apa yang ada dalam ebook tersebut saya dah tulis dalam blog ini.

Adsense syok sebab anda boleh jana income dari banyak sumbernya, boleh jana menerusi banner iklan, iklan teks, malah anda boleh dapat income hanya kerana letakkan kotak Search by Google kat blog! Adsense seronok sebab dibayar USD, dan iklan-iklan yang dipaparkan adalah mengikut kehendak pengunjung blog.

Nak lagi best, anda juga boleh upload video ke Youtube, dan dapat income menerusi Adsense bila orang tengok video tersebut, macam saya buat kat sini - http://youtu.be/msRujAwbWoo
Langkah Terkedek Aku Dapat Income Dengan Blog
Katakan pengunjung blog anda sebelum ini ada taip 'kereta murah' di Google Search. Maka, bila buka blog anda, iklan-iklan berkaitan kereta murah akan keluar. Satu lagi ialah ia juga berkait dengan entri blog, jika entri tulis tentang kucing, maka ia akan keluarkan iklan-iklan berkaitan kucing. Bila keluar, ia nampak seperti sebahagian dari entri blog, dan agak mudah pengunjung nak klik iklan tersebut. Bila klik, anda akan dapat bonus klik, selain dibayar ikut jumlah views iklan tersebut dipaparkan di blog.

Setelah bertahun, akhirnya saya dapat juga cek income Adsense.

Saya ingat lagi kata mantan boss saya yang ada blog, kini menjadi pensyarah kanan di UNIMAS.

"Kawan saya baru-baru ni dapat cek USD300 ... sebab letak Adsense kat laman web dia ...  yang sekarang dia pun dah lupa alamat web dia tu ..."

Adsense boleh jadi sumber income residual anda, income tanpa modal, malah tanpa anda sedar pun ...

Blogger Baru Harus Gunakan Adsense Jana Income Dengan Blog

Jika anda seorang blogger baru, cuba dapatkan dulu akaun Google Adsense ini. Bagaimana nak dapat dan cari caranya, anda kena rajin godek ilmu yang bersepah di internet. Jika masih tak berapa nak faham, beli je ebook yang ada.


Cara mudah nak dapatkan full akaun Google Adsense, buat blog berbahasa inggeris dengan template yang ada niche, dan siapkan dulu artikel-artikel berkaitan. Untuk dapatkan akaun Adsense, anda tidak perlukan template blog yang canggih-canggih atau yang mesra SEO segala bagai. Yang penting ada blog yang ada niche atau tema, ada entri-entri yang berkaitan ... in Sha Allah boleh dapatkan akaun Adsense anda sendiri.

Dapatkan ebook Jana Wang Adsense untuk bantu anda. Pelaburan kecil untuk income berterusan sepanjang blog anda wujud di internet ... tak mau ke?

Jika blog anda ada trafik tinggi, statement Adsense di bawah mungkin anda yang punya!
Buat duit dengan blog menerusi Adsense
Langkah terkedek saya dapat income dengan blog bermula dengan Adsense. Inilah platform pengiklanan yang paling masyuk sekali yang boleh saya rekomenkan kepada anda. Dapat je akaun Google Adsense full, tempek je kat mana-mana blog yang anda ada, in Sha Allah ... anda akan senyum lebar bila dapat notifikasi email yang Google Adsense sedang membayar anda!

Baca ni - 6 Tips Eksklusif Income Masyuk dengan Google Adsense

Nanti saya sambung kisah dan langkah seterusnya saya dapat income dengan blog ...

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. As salam,hai saya nak belajar nak buat duit macam teknik yang tuan guna tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tahu cara buat duit dengan Adsense? Dapatkan ebook yang saya syorkan tu.

      Padam
  2. seriusly saya sebenarnye maleh nak baca panjang2, tapi bila masuk kt sini jadi lain pulak.. tiap2 post bro HH ni membuatkan saye rase nak bace sampai habis.. kenape ye? hahaha btw thx bro utk tips yg sangat berguna ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, ada sambungan dia .. ini baru perjalanan kedua saya ... :)

      Padam
  3. Saya dah cuba daftarkan account saya dengan Google AdSense.. tapi rejected. Disebabkan dulu domain blogspot saya lain, sekarang dah ditukar. Macam mana ye, sebab nak tukar domain yang ada dalam email tu tak boleh dah.

    BalasPadam
  4. fuh.. terbaik tuan.. :)

    BalasPadam
  5. Thank you sharing abg HH. Dah ada few entries kat blog bahasa inggeris. Tapi tak apply lagi. Bacani, bersemangat sket. Tapi tunggu lepas viva 1st yr next week la.. tq! :)

    BalasPadam
  6. Pengkongsian yang menarik bro... saya skrg pun baru nak bertatih pasal iklan2 ni... :D

    BalasPadam
  7. nak try jugak adsense nanti ;)

    BalasPadam
  8. Perkongsian menarik...god job

    BalasPadam
  9. rasa memang dah tak ada harapan saya nak dapat main adsense balik... hhu

    BalasPadam
  10. saya juga berjiak2 menjana income dari blog. tq tuan

    BalasPadam
  11. itu ss asli apa editan ya, jadi tergiur lihatnya. thanks artikelnya ;)

    BalasPadam
  12. mantap artikelnya dan sangat bermanfaat sekali. thanks

    BalasPadam
  13. saya nak tanya, kalo adsense iklan ni nak letak mesti blog Bahasa english kah? dan mestikah adsense dapat dipasang kalo pakai domain sendiri? (minta tunjuk ajar, saya masih baru)

    BalasPadam
  14. ini barulah namanya bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian bro..hihihih

    dan..saya juga TERRAJIN baca entri pepanjang kalau masuk d sini

    BalasPadam
  15. Terimakasih Artikelnya, Mantap sekali, banyak info yang saya dapatkan di sini.

    BalasPadam
  16. Salam. Saya newbie dan baru nak berkecimpung dalam penulisan blog ni.. sy nak tanya.. contoh saya ingin membuat artikel blog tentang sukan.. dimana saya boleh mendapatkan isi artikel yang terkini mengenai tajuk tersebut?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…