Kadangkala, lebihan perbelanjaan ini bukanlah perkara disengajakan. Ia boleh berlaku tanpa kita sedari. Apatah lagi bila kita tiada simpanan wang kecemasan. Mana nak cekau duit apabila duit gaji sudah habis dibelanja untuk keperluan asas kehidupan - makan, minum, tempat tinggal?
Jenayah Berlaku Akibat Desakan Belanja Kehidupan
Bila dah terdesak nak mencari sumber kewangan, maka langkah yang mudah ramai yang ambil ialah dengan melakukan aktiviti jenayah. Lihatlah jenayah yang berleluasa sekarang, kalau diselidik sampai ke akar umbi, segalanya berpunca dari duit - iaitu punca pendapatan. Tak cukup duit; ada yang merompak, ada yang mencuri, ada yang meragut, ada yang berjudi, ada yang jadi keldai dadah, ada yang jual diri, ada yang buang anak, ada yang ... ishh macam-macam lagilah, termasuk juga rasuah.Rasuah boleh berlaku di mana-mana, termasuklah ketika nak dapatkan tender-tender kerajaan. Ia bukan hanya berlaku di kalangan anggota kakitangan awam sahaja, tetapi juga pihak swasta.
Nak lagi dengan kenaikan harga petrol. Maka, akan tercetuslah keadaan yang dinamakan efek domino. Hanya kerana naiknya harga petrol, maka perbelanjaan lain dikhuatiri akan mendadak naik berlipat kali ganda. Semua orang tahu mengenai efek domino kenaikan harga petrol termasuklah yang beri keputusan untuk naikkan harga petrol.
Bila perbelanjaan dah terlebih, pendapatan pula kurang, maka jenayah seperti rasuah memang akan jadi satu epidemik dalam urusan seharian terutama melibatkan perniagaan.
Nak tak nak, kerajaan perlu fikirkan cara dan mekanisme supaya pendapatan ditingkatkan khas untuk mereka yang terdedah dengan gejala jenayah rasuah ini.
Siapa mereka, anda boleh fikir sendiri, bukan setakat Penguasa Kastam semata.
Kurang iman punca rasuah. Kalau kita sendiri diletak $100k depan mata, sanggup tolak tak? Kalau 1 juta? Waa..
ReplyDeletekadang2 tu pendapatan dah cukup, tp sbb rs nk mewah.
ReplyDeleteBetul tu. Bila dah biasa hidup mewah, ada je yang rasa tak cukup.
DeleteBetul tu bro... Rasuah sekarang ni ada dimana-mana... paling bahaya kes kastam tuuu.... salah guna kuasa lak tuu... haihhhh....
ReplyDeletebelanja asyik melebihi pendapatan itulah tak ukur kemampuan sendiri
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.