Jika cuaca panas, dapat layan ABC atau Ais Batu Campur Balak Inn Parit Buntar memang best. Saya kalau ada kesempatan memang akan mencari ABC di restoran Balak Inn yang dibuka selepas jam 12 tghari ni.

ABC Balak Inn asalnya ialah ABC Bamboo Inn. Kira restoren ni sudah naik taraf dari sebuah restoren yang berdinding buluh menjadi restoran bercirikan kayu balak. Kayu balak di sana sini, meja .. dinding, pagar, kerusi ... semua ada konsep kayu balak. Bila masuk restoran yang terbuka ini, ada rasa keselesaan yang susah saya nak gambarkan.

ABC Balak Inn Parit Buntar

ABC Balak Inn Parit Buntar

Malang sekali saya tak dapat nak sertakan gambar restoran ini. Mungkin lain kali saya akan cuba dapatkan gambar untuk tatapan semua, terutama mereka yang mai Parit Buntar untuk beli belah di Pasar Kemboja.

Ya, restoran ni dekat je dengan lokasi Pasar Kemboja Original yang amat popular seantero Malaysia.

Restoran Balak Inn ada macam-macam makanan lain yang best, tapi yang sering saya singgah ialah sebab nak dapatkan kuih muih tradisional yang dijual di situ. Kuih muih dijual mulai jam 1:00 petang sehingga 5:00 petang. Kadangkala ia laris sehinggakan jam 3:00 petang pun dah abis.

ABC Balak Inn adalah salah satu tarikan di sini. Ada gerai tepi Balak Inn yang jual ABC ni. Dulu awek yang jaga gerai tu, tapi sekarang dah orang lain. Namun, kesedapan ABC Balak Inn masih lagi kekal dengan meriahnya 'inti' nya.
ABC Balak Inn Parit Buntar

Saya jarang makan diluar. Jadi, selalunya saya akan bungkus.

Kebetulan anak saya Maira nak makan ABC, jadi sempatlah saya sajikan ABC Balak Inn Parit Buntar ini untuk tatapan anda semua. Fuh ... warna pun sudah menarik perhatian, tak gitu?

Memang sedap. Kalau datang ke Parit Buntar, bolehlah mencuba ABC ni di restoran Balak Inn, yang terletak berdekatan Hospital Parit Buntar dan juga Pasar Kemboja.
Sedapnya ABC Balak Inn Parit Buntar

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

12 Komen

Memang sedap kalau tengah panas terik, lebih-lebih lagi kanak-kanak..

Reply

haishh sape tak suka abc..nyumnym

Reply

alamak…tertengok pulak gambar ABC time br kena selsema nie.. haha

Reply

Sekarang ABC dah campur macam2.. sedap3

Reply

wah sedapnya..kalau smpai area sna leh p cari..

Reply

sedapnya terliur... tapi jauh pulak.. hehe

Reply

pasar kemboja dah sampai.....meriah tapi panas huhu
Orang puan suka la...yang laki lepak warung saja la...

HH tak ada gambar restoren ni ka?

Reply

lengkap ABC ni, semua ada...rugi kalau tak cuba kalau samapai sana ni...heee

Reply

petang2 ni tengok ABC...memang terus terasa nak pergi cari ABC ni ! hee

Reply

Sudah macam meninggi mengunung ABC. :)

Reply

nama pn dh ckup menarik.
lg mnarik kalau mkn kt kdai rasanya.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.