ABC Balak Inn Parit Buntar

Jika cuaca panas, dapat layan ABC atau Ais Batu Campur Balak Inn Parit Buntar memang best. Saya kalau ada kesempatan memang akan mencari ABC di restoran Balak Inn yang dibuka selepas jam 12 tghari ni.

ABC Balak Inn asalnya ialah ABC Bamboo Inn. Kira restoren ni sudah naik taraf dari sebuah restoren yang berdinding buluh menjadi restoran bercirikan kayu balak. Kayu balak di sana sini, meja .. dinding, pagar, kerusi ... semua ada konsep kayu balak. Bila masuk restoran yang terbuka ini, ada rasa keselesaan yang susah saya nak gambarkan.

ABC Balak Inn Parit Buntar

ABC Balak Inn Parit Buntar

Malang sekali saya tak dapat nak sertakan gambar restoran ini. Mungkin lain kali saya akan cuba dapatkan gambar untuk tatapan semua, terutama mereka yang mai Parit Buntar untuk beli belah di Pasar Kemboja.

Ya, restoran ni dekat je dengan lokasi Pasar Kemboja Original yang amat popular seantero Malaysia.

Restoran Balak Inn ada macam-macam makanan lain yang best, tapi yang sering saya singgah ialah sebab nak dapatkan kuih muih tradisional yang dijual di situ. Kuih muih dijual mulai jam 1:00 petang sehingga 5:00 petang. Kadangkala ia laris sehinggakan jam 3:00 petang pun dah abis.
[post_ads]
ABC Balak Inn adalah salah satu tarikan di sini. Ada gerai tepi Balak Inn yang jual ABC ni. Dulu awek yang jaga gerai tu, tapi sekarang dah orang lain. Namun, kesedapan ABC Balak Inn masih lagi kekal dengan meriahnya 'inti' nya.
ABC Balak Inn Parit Buntar

Saya jarang makan diluar. Jadi, selalunya saya akan bungkus.

Kebetulan anak saya Maira nak makan ABC, jadi sempatlah saya sajikan ABC Balak Inn Parit Buntar ini untuk tatapan anda semua. Fuh ... warna pun sudah menarik perhatian, tak gitu?

Memang sedap. Kalau datang ke Parit Buntar, bolehlah mencuba ABC ni di restoran Balak Inn, yang terletak berdekatan Hospital Parit Buntar dan juga Pasar Kemboja.
Sedapnya ABC Balak Inn Parit Buntar

Post a Comment

12 Comments

  1. Memang sedap kalau tengah panas terik, lebih-lebih lagi kanak-kanak..

    ReplyDelete
  2. haishh sape tak suka abc..nyumnym

    ReplyDelete
  3. alamak…tertengok pulak gambar ABC time br kena selsema nie.. haha

    ReplyDelete
  4. Sekarang ABC dah campur macam2.. sedap3

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya..kalau smpai area sna leh p cari..

    ReplyDelete
  6. sedapnya terliur... tapi jauh pulak.. hehe

    ReplyDelete
  7. pasar kemboja dah sampai.....meriah tapi panas huhu
    Orang puan suka la...yang laki lepak warung saja la...

    HH tak ada gambar restoren ni ka?

    ReplyDelete
  8. lengkap ABC ni, semua ada...rugi kalau tak cuba kalau samapai sana ni...heee

    ReplyDelete
  9. petang2 ni tengok ABC...memang terus terasa nak pergi cari ABC ni ! hee

    ReplyDelete
  10. Sudah macam meninggi mengunung ABC. :)

    ReplyDelete
  11. nama pn dh ckup menarik.
    lg mnarik kalau mkn kt kdai rasanya.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.