Pengakuan Berani Seorang Gigolo

Abah Blogger | Pengakuan berani seorang Gigolo. Saya nak kongsikan satu cerita. Nampak seperti sebuah cerita berunsur lucah tetapi ... ehem; saya harap anda dapat baca dari awal sehingga habis.

Cerita yang ingin saya kongsikan ini berkaitan satu pengakuan eksklusif dari seorang yang terjebak dalam aktiviti pergigoloan. Apa itu gigolo? Uhh ... carik sendirik la yer. Takkan semua nak kasik tau :P. Tu ada search widget ataih sekali tu leh carik. Taip 'GIGOLO' pastu tekan search. ... dan anda pasti akan tahu apa maksudnya.

Erkk, jangan gelojoh nak baca sangat. Sila tengok kiri kanan depan belakang untuk baca kisah ini. Jangan sampai ada yang tangkap anda sedang baca tentang Gigolo .. hoho ...
Gambar Sekadar Hiasan

Pengakuan Berani Seorang Gigolo

Sebuah cerita yang saya ambil dari sebuah laman web komuniti bertahun dahulu. Semoga ada yang boleh dimanfaatkan dengan perkongsian cerita ini.
Namanya saya adalah M. Saya seorang pemuda yang telah dikecewakan oleh seorang gadis cun melecun bernama N. Seksanya saya dikecewakan. Remuk hancur berderai hati kaca saya. Kerana N, saya tidak lagi mempercayai akan cinta sejati seorang perempuan.

Akhirnya kekecewaan saya membawa saya ke kancah kemaksiatan. Saya telah mencuba menjadi seorang gigolo. Dan pengalaman pertama saya adalah dengan seorang eksekutif wanita yang masih cantik, menawan, punyai potongan badan yang mengalahkan anak dara jiran sebelah umah pakcik saya kat Kuantan. Wanita ini bukan sahaja cantik malah memiliki kekayaan hebat hasil dari peninggalan suaminya yang telah berkahwin dengan seorang gadis siam.

Saya mengenalinya menerusi seorang kawan yang kini dah dipenjarakan kerana mengedar syabu. Sudah 3 pertemuan mesra saya dengannya namun belum lagi beraksi sebenar, hanya pegang-pegang dan sentuh2 manja sahaja.

Namun pada satu hari, wanita ini telah datang dengan sebuah kereta mewah berwarna merah. Saya telah dibawa olehnya ke sebuah rumah besar di tepian sebuah tasik yang cantik. Sampai sahaja di rumah, saya diminta untuk masuk ke sebuah bilik. Terhias cantik sekali bilik tersebut ... terasa dingin menusuk tulang sum-sum saya keran aaircond yang dipasang maksimum.

Inilah pertama kali saya masuk ke sebuah bilik persis bilik di dalam istana. Semuanya nampak mewah. Saya menunggu wanita tadi. Namun beberapa minit menunggu, kelibatnya masih belum ada. Saya jadi kekok.

Tiba-tiba wanita itu muncul dengan pakaian malamnya. Sebelum saya sempat melakukan apa-apa, wanita itu berkata;
"Kamu bukalah dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu, lalu keluar dengan lengang lengguk yang mengiurkan. Saya terasa berahi.

Saya bingung sebentar. Memikirkan permintaan wanita tadi, saya pun membuka baju. Saya sebenarnya agak malu kerana tubuh saya agak kurus kerana dah sembilan hari saya frust dan tak lalu makan.

Dan lebih kurang 15 minit berlalu, muncullah wanita itu. Alangkah terkejutnya saya bila wanita itu hadir bersama 3 orang anaknya. Lalu, wanita yang berpakaian baju kelawar itu pun berkata kepada anak-anaknya;

"Tengok Wati, Juki dan Sani ... lihat abang ni .. kurus tak makan, nilah akibat kalau kita tak makan .. jadi, lepas ni makan tau .. mama dah masak sedap-sedap tu"

Saya yang kaku dan malu, terus memakai baju .. lalu lari dari rumah besar di tepian tasik itu menaiki teksi dengan bayaran rm20. Lepas ni, saya tak nak lagi buat kerja ini. Ini kerja memalukan. Huk Hukk....

Dah baca dari awal sampai ahir noktah dah? Bagus, sila nyatakan reaksi anda ehh .. hoho.

Sekian sahaja, terima kasih. :P

Teknologi Zaman Dahulu

11 Komentar untuk "Pengakuan Berani Seorang Gigolo"

Hahhahah adoii kelakarnya ~

ha ha, terbaiklah. salah satu cara kot nak ajar diaorang ni....heee

Memang memalukan..Hahahaha..

hahaha..giler laa..macam xmasuk akal pun ada juga..memalukan sungguh :)

pengajaran untuk anak2.. hahaha

amboi... sejak kebelakangan ni... tajuk entri pun dah macam umpan pulak...
hmmm saya baca perenggan akhir jer.... ^-^

Cerita lama ni ... :) tapi saya republished balik untuk pembaca-pembaca yang baru .. hoho ..

:) uhh pengakuan berani tu ... :P

Grrr... terbantut trus... hahahhaa...

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.