Langkau ke kandungan utama

Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri

Ada rakan blogger bertanyakan cara nak letakkan borang Google Form dalam entri, seperti yang saya gunapakai dalam entri Kontes Tiket Percuma The Bidadari 2014. Haa .. meh la join kontes tu, ada dua tiket percuma saya nak berikan disamping wang tunai. Mana tahu, leh jumpa saya nanti, lepak-lepak di Putrajaya.

Ok. Bagaimana nak letakkan borang Google Form dalam entri? Caranya tidak susah tetapi jika tidak faham boleh haru biru dan tunggang langgang jadinya. Jadi, ikuti tutorial langkah demi langkah ini supaya anda boleh cipta satu borang Google Form yang baik dan kemudian diletakkan di dalam entri blog.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Perkara pertama kena buat ialah anda perlu cipta dulu borang yang ingin anda gunakan. Misalnya anda mahu dapatkan butiran pembeli produk yang anda jual dalam blog, atau mungkin nak buat kontes macam saya, atau segmen atau apa-apa sahajalah yang boleh difikirkan oleh anda yang perlu gunakan borang.

Saya syorkan anda gunakan borang Google Form sebab ia adalah percuma, dan mudah nak handle. Tak perlu nak daftar semua sebab ia memang telah tersedia di dalam Google Drive. Yeap, ia merupakan satu aplikasi dalam Google Drive anda. Jika anda pengguna blogger.com atau gmail.com memang mudahlah. Hanya dengan satu klik, anda akan dibawa ke laman Google Drive seperti ditunjukkan di bawah ini.

Langkah Demi Langkah Untuk Letak Borang Google Form Dalam Entri

Pergi ke Google Drive. Klik butang warna merah Create. Akan keluar menu seperti di bawah ini.

Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Pilih Form iaitu untuk cipta borang anda. Paparan di bawah akan keluar selepas anda pilih Form pada menu yang disediakan. Sila letakkan tajuk borang nada, dan pilih tema atau theme yang ingin digunakan. Pilih tema yang sesuai dengan tujuan anda wujudkan borang tersebut.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Selepas itu, tekan OK dan paparan dibawah ini akan muncul. Anda perlu isi perkara-perkara yang anda ingin di dalam borang tersebut. Contohnya seperti Nama, No Telefon, Email, Alamat Rumah, Nama Blogger, Nama Produk dan macam-macam lagi. Sekali lagi, ikut keperluan yang anda inginkan.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Anda boleh letak seberapa banyak pertanyaan yang anda mahukan. Sesuai dengan penampilan sebuah borang. Nanti saya cerita lain tentang nak buat borang guna Google Form ini. Bila dah siap letakkan butiran yang anda mahu dalam borang, klik Send Form.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Apabila butang Send Form anda klik, paparan di bawah pula akan kelihatan. Bagi membolehkan anda masukkan borang yang telah anda cipta itu ke dalam entri blog anda, klik butang Embed.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Apabila butang Embed itu anda klik, maka terpacullah pula paparan di bawah ini. Sekarang, anda letakkan nilai yang sesuai pada ruang Custom Size. Jangan sesekali anda ambil nilai yang disediakan. Penting anda sesuaikan dengan penampilan dan saiz kelebaran entri anda, kalau tidak nanti borang akan kelihatan pelik dalam entri blog.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
 Bila dah pilih dan masukkan nilai kelebaran dalam Custom size tadi, klik kotak yang ada kod HTML (Selalunya dalam bentuk iFrame). Bila klik sahaja, muncullah tetanda hitam macam di bawah ini. Tekan Ctrl-C untuk salin kod HTML yang diberikan.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Dah salin (ctrl-C), buka entri anda dalam blogspot anda. Pilih edit dalam HTML, dan paste (ctrl-V) kod HTML tadi dalam entri. Lihat contoh di bawah ini, dan lihat hasilnya ...dengan klik butang Compose.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri

Selesai. Mudah je kan? Tutup telinga mesti leh buat punyalah...cuma lambat sebab kena suruh orang lain taip dan klik-klik .. hehehe...

Selamat mencuba.

p.s: Borang kahwin satu lagi hanya sekadar contoh, tiada niat pun .. hehhee...




Komen Pembaca ...

  1. Borang Kahwin Satu Lagi..memang terbaik haha..

    BalasPadam
  2. great piece of sharing abang HH...

    BalasPadam
  3. hari tu sy tercari2 pasal benda ini... alhamdulilah, bro HH dah buat tutorial nya.. terima kasih...

    BalasPadam
  4. Borang kahwin lagi. Memang dicari orang ramai nnt ni...haha

    BalasPadam
  5. contoh borang tu yang xleh tahan..kemain lagi..

    BalasPadam
  6. kalau setakat niat..tak pe juga tuan

    BalasPadam
  7. senang sikit urusan nak jual beli dalam blog jika letak form dalam post..nice sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu cara mudah dan murah, cuma perlu usaha sedikit dan kena rajin. Benda percuma tu je .. kena ada kerajinan.

      Padam
  8. thank you abg hasrul! ^^

    BalasPadam
  9. TQ so much.. artikel yang amat membantu..

    salam perkenalan
    dari,
    http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Nice sharing... sangat berguna info nie..=D

    BalasPadam
  11. best, sangat berguna, cuma saya perasan atau mungkin tak jumpa lagi macamana nak letakkan attache sebab jika bayaran on9 mesti kita nak lihat bukti pembayaran cth resit bayaran on9 atau resit bank

    BalasPadam
  12. betul ke tkde niat tu bro HH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Mana ada. Contoh je meh.

      Padam
  13. Tanpa NamaApril 23, 2015

    ada sesiapa tahu cara-cara nak dapat emel setiap kali orang isi google form..?? ke, memang takde cara..??

    BalasPadam
  14. BARU ISI DETAILS UNTUK APPLY BANTUAN ALATAN SEKOLAH 2016 UNTUK ANAK.TAPI BILA DAH SUBMIT.MACAM MNA KITA NAK TAHU SAMA ADA BANTUAN TU BETUL KE TIPU YE?TQ

    BalasPadam
  15. baru isi online google form nie tapi mcm mna nak semak sama ada tipu ke betul..kalau tipu..macam mana nak delete data yang dah send melalui google form nie ye??tk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isi borang google form untuk apa ye?

      Padam
  16. nama borang tu tak menahan tu Tn HH.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa .. saja nak menarik perhatian korang .. :P

      Padam
  17. Perkongsian yang amat baik sekali tuan..
    Posting terbaru AM
    6 makanan penyebab sakit sendi


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah.. terima kasih atas panduan yang berguna ini. Saya dah berjaya membuatnya :)

    BalasPadam
  19. Perkongsian yang amat baik sekali tuan..
    banyak membantu saya dalam membina form untuk satu projek..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.