Kontes Tiket Percuma The Bidadari 2014

Tiket percuma ke Konvensyen The Bidadari 2014. Mari dapatkan 2 tiket percuma untuk Konvensyen The Bidadari 2014 - Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah S.A.W. Anda hanya perlu jawab dua soalan yang akan diberikan, dan menyediakan satu slogan terbaik untuk menang hadiah yang telah disediakan.

Konvensyen The Bidadari 2014 dengan tema tahun ini - Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah S.A.W akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Kontes Tiket Percuma The Bidadari 2014

Kontes Tiket Percuma The Bidadari 2014

The Bidadari 2014 merupakan sebuah festival, ekspo dan bengkel ilmu yang menyasarkan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ilmu dan agama. Diadakan buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen The Bidadari bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.

Dua hari yang sarat dengan keilmuan menjanjikan peluang untuk mengetahui dan mengambil ibrah srikandi mulia di sisi Rasulullah S.A.W. Di samping itu, Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah mengenai para sahabat hasil didikan Rasulullah S.A.W melalui perjalanan dakwah, panduan dan kepimpinan yang sentiasa relevan dengan cabaran semasa.
Kontes Tiket Percuma The Bidadari 2014
Konvensyen The Bidadari turut menyasarkan kaum Adam agar bersama-sama dapat merasai keunikan acara tahunan yang amat dinanti-nantikan ini. Istimewa buat mereka, ‘School of Sahabah’ menjanjikan sebuah pengisian mantap dengan memaparkan barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa.

Temui Prof. Dr. Muhaya, Dr. Harlina Halizah Siraj, Dr. Zahazan Mohamed dan ramai lagi berserta duta ‘The Bidadari’ seperti Mizz Nina, Natasha Hudson dan Ummi Nazeera pada Ogos ini. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.

Untuk maklumat lanjut, tempahan tiket dan informasi mengenai Konvensyen:


Ok, itulah serba sedikit mengenai Konvensyen The Bidadari 2014 yang akan diadakan di PICC, Putrajaya. Dan di bawah ini adalah soalan-soalan yang perlu anda jawab untuk peluang menang tiket-tiket percuma bernilai RM150 ke konvensyen tersebut.

Hadiah

  • 1 Tiket The Bidadari 2014 + Wang Tunai + Telekung Solat untuk dua orang pemenang.
Semua hadiah adalah tajaan iMuslim dan juga HASRULHASSAN.COM sebagai rakan blogger Konvensyen The Bidadari 2014.

Pemilihan Pemenang

  • Pemilihan Pemenang adalah berdasarkan jawapan yang tepat dan slogan yang menarik.

Syarat dan Terma Penyertaan

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Follow blog ini.
  • Like entri ini dan kongsikan di dinding Facebook milik anda, sila letak (@thebidadari dan @hasrulhassan) dalam perkongsian tersebut.

Soalan Kontes Tiket Percuma The Bidadari 2014

Jawab 2 soalan di bawah dan lengkapkan slogan yang sesuai. Selesai, klik butang yang disediakan.


Sekiranya hadapi masalah untuk papar soalan dan borang di atas, anda boleh klik link berikut ini - Kontes 2 Tiket Percuma The Bidadari 2014

Pemenang yang terpilih akan dihubungi oleh saya, dan kemungkinan besar akan diserahkan semasa Konvensyen tersebut.

Tarikh Tutup

Tarikh akhir untuk menyertai kontes ini adalah pada 24 Ogos 2014 sebelum jam 12 tgh malam.

p.s: Saya dan isteri akan hadir, in Sha Allah




4 comments.. read them below or add one

kamil salleh kamil salleh August 21, 2014
Wahhh... tuan HH buat kontes tiket percuma bidadari.... menarik ni...
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah August 21, 2014
Menarik ni.. Jom ramai-ramai sertai kontest yang sifu HH anjurkan ni.
Famili Ceria Famili Ceria August 22, 2014
saya dok jauh..jadi agak sukar untuk pi dan kalau masuk contest ni mcm ganggu peluang orang lain yg nak menang dan nak pi program tu..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN August 22, 2014
:) hehehe... mungkin lain tahun boleh hadir, in Sha Allah.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.