Blog Nurul Cakap Cakap - Biasa dengar tak nama blog ni? Haa .. blogger kecil molek lagi cantik ni bukan blogger biasa. Sudah pun jadi blogger terkenal tapi lebih dikenali dalam dunia fesyen Hijabista. Blog Nurul Cakap Cakap dah jarang update, sebab Nurul Hidayati blogger dari Sabah ini sudah maintain blog online butik dia.

Terbaca dari Astro Awani, blogger Nurul menerusi butik online - blog Nurul Wonder Wardrobe yang menjual pakaian terutama tudung dan hijab telah pernah berjaya buat jualan sehingga RM30,000 dalam bulan Ramadhan sahaja. Hebat tak?

Blogger Nurul Hidayati Buat Duit Dengan Butik Online

Buat duit dengan blog menerusi bisnes onlineBlogger nurul hidayati
Buat duit dengan blog, menerusi kemahiran seperti Nurul Hidayati ini sepatutnya dicontohi ramai blogger Malaysia yang mahu berjaya. Dengan perkenalkan fesyen hijab di blog Nurul Cakap Cakap, blogger 24 tahun ini berjaya tarik minat ramai dengan mix and match fesyen yang dibuat.

Dek kerana sambutan yang menggalakan, terpaksalah blogger manis senyuman ini buka atau wujudkan butik online dengan jenama Nurul Wonder Wardrobe (NWW).
Antara strategi perniagaan yang dibuat oleh Nurul ialah dengan mengadakan bazar butik atau bazar pakaian muslimah dan berbisnes menerusi Instagram. Haaa .. saya pernah ceritakan kepada anda bagaimana nak bisnes menerusi instagram sebelum ini, siap berikan panduan untuk anda mulakan dah ... hoho .. dah .. nah satu lagi bukti bisnes online dengan instagram berjaya.

Fesyen Hijab Nurul Worder Wardrobe

Blogger Nurul Cakap Cakap Buat Jualan RM30K Sebulan
Blogger Nurul Cakap Cakap Buat Jualan RM30K Sebulan
Rezeki Ramadhan memang melimpah ruah. Buat blogger seperti Nurul tentulah akan dapat habuannya, kerana adanya bisnes butik online sendiri. Dapatkan sahaja supplier tudung dan shawl serta hijab yang boleh berikan harga terbaik, mix-match baju, kain, seluar atau aksesori, dah boleh jual dengan keuntungan yang lumayan.

Ramai peniaga online terutama bisnes online tudung, shawl atau hijab tak tahu mana nak dapat sumber yang betul, malah strategi pun main redah je, tak ikut seperti mana mereka yang telah berjaya. Lubuk Bisnes Tudung boleh tahu banyak rahsia, strategi untuk gerakkan bisnes yang slow mahupun mulakan bisnes tudung yang sememangnya boleh buah duit, seperti mana blogger Nurul Hidayati ini sehingga buat sales RM30K sebulan!

Blogger Ika pun buat duit dengan bisnes tudung ni .. kenal Ika? Dialah pengasas Radiusite yang popular tu, saya ada ceritakan di sini - Rahsia Tudung Radiusite Berjaya



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement