Pernah dengar mengenai PUIM? PUIM adalah singkatan untuk Persatuan Usahawan Internet Malaysia. Dalam persatuan ini, ada ramai tokoh-tokoh, pakar-pakar yang telah berjaya buat duit menerusi internet. Ia sebuah persatuan yang dihormati dan merupakan persatuan yang memantau segala aktiviti perniagaan online di Malaysia terutama yang melibatkan ahli-ahlinya.

Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) juga dikenali sebagai Malaysia Internet Entrepreneur Association (MIEA) merupakan badan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan beroperasi di bawah Akta Pertubuhan 1965 pada 15 Oktober 2011. Persatuan yang mempunyai keahlian lebih daripada 130 syarikat perniagaan online ini didaftarkan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 4405-11-WKL.
PUIM Mahu Bantu Usahawan Internet Berjaya
Saya pernah ceritakan mengenai mengenai PUIM menerusi entri berkaitan syarikat Kliks Solution yang menyediakan khidmat Jobdirumah di sini - Jobdirumah.com, Kliks Solution - Ahli PUIM

Infokerjaya juga merupakan ahli PUIM yang pernah saya ceritakan di entri ini - Tim Infokerjaya Hasilkan Produk Affiliate Terbaik

PUIM Ada Kredibiliti

PUIM sebuah persatuan atau badan yang memiliki kredibiliti, malah disyorkan kepada anda semua, jika mahu membeli sesuatu produk menerusi online, pastikan ada logo PUIM dan juga nombor pendaftaran ahli PUIM. Jika ada mana-mana ahli yang mungkin melakukan kesalahan atau menipu pelanggan dengan produk yang ntah apa-apa, aduan boleh dilakukan dan PUIM akan ambil tindakan sewajarnya.
Logo PUIM

Objektif Penubuhan PUIM

Untuk info, objektif penubuhan PUIM adalah untuk membina, membentuk, dan menjalankan aktiviti yang boleh mengembangkan perniagaan offline ke online, serta menggalakkan perkembangan perniagaan online kepada masyarakat Malaysia khususnya. Ia juga bertanggungjawab melindungi pengguna online atau internet daripada penipuan dan kerugian (khusus dari ahli-ahli PUIM).
PUIM Mahu Bantu Usahawan Internet Berjaya
Ok. Nak kenal lebih mengenai Persatuan Usahawan Internet Malaysia ni, anda boleh rujuk di sini - http://puim.my

Sekarang sedikit sebanyak anda dah tahu mengenai PUIM kan?

PUIM Mahu Bantu (Bakal) Usahawan Internet Untuk Berjaya

Yeap. Saya mahu kongsikan satu peluang yang bijaksana untuk anda. PUIM telah membuka peluang untuk anda, samada bakal ataupun telahpun menjadi seorang usahawan untuk makin berjaya buat duit menerusi pendekatan online.

PUIM telah mengambil inisiatif menganjurkan 3 Siri Seminar Teori dan Praktikal sebelum ini, dan akhirnya telah berjaya melahirkan beberapa kejayaan kepada peserta-peserta seminar tersebut.

Untung bagi anda, kerana pihak PUIM telah menyediakan rakaman siri-siri seminar itu untuk anda. Jadi tak perlu anda nak susah payah daftar seminar, kena naik bas, kena bayar tol, kena cari hotel untuk dapatkan seminar berkaitan perniagaan online.

Akses Segera 3 Siri Seminar Teori dan Praktikal

Akses ke rakaman 3 Siri Seminar Teori dan Praktikal berkaitan perniagaan online atau bisnes internet ini boleh anda akses di sini - http://bit.ly/1pgAGEr

Jika anda nak berjaya sebagai usahawan internet, maka .. akses segera rakaman 3 siri seminar tersebut.
  • Beli panduan buat duit di internet tapi tak berjaya
  • Beli panduan buat duit di internet tapi tak behasil
  • Beli panduan buat duit di internet tapi tidak seperti yang diharapkan
  • Cuba buat duit di internet tapi tertipu
  • Cuba melabur di internet tapi terlebur
Nak dapatkan solusi, PUIM mahu bantu usahawan internet untuk berjaya -  akses segera di sini - http://bit.ly/1pgAGEr



1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. teringat dulu masa memula nak buat PUIM ni..memacam isu keluar..ohoho.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement