Saya nak ceritakan sedikit mengenai kawasan kejiranan tempat saya tinggal, iaitu Parit Buntar, Perak. Sebelum ini, saya pernah bercerita betapa syoknya tinggal di pekan .. oppsss di bandar kecil bernama Parit Buntar ni. Saya tak pasti mana dapat nama, malas nak Google, jika anda tahu, boleh tinggalkan komen nanti.

Keunikan Parit Buntar - Bunga 'Sakura'

Salah satu keunikan yang ada di Parit Buntar ialah banyaknya pokok berbunga dinamakan Pokok Mempat atau nama saintifiknya Cratoxylum formosum. Sekali pandang nampak seperti pepohon bunga Sakura. Pokok ini banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara termasuk Brunei, Burma, Cambodia, China, Indonesia, Laos, Filipina dan Singapura. Kalau ikutkan ia sejenis pokok balak dan batangnya boleh dijadikan sebagai arang.
Keunikan Parit Buntar - Bunga 'Sakura'
Pokok seakan bunga Sakura ini akan mengeluarkan bunga yang sangat banyak sehingga anda tak akan tahu atau perasan mana daunnya setiap kali ia berbunga. Ia akan berbunga apabila siri cuaca dari kering ke lembab dan kering semula berlaku.

Dan baru-baru ini, sekitar April 2014 pokok-pokok bunga ini yang banyak tumbuh di sekitar pekan Parit Buntar telah memekar dengan sangat hebatnya. Semua kawasan yang ada pokok ini akan nampak 'lain' seolah berada di luar negara.

Kalau sekali pandang, ia kelihatan seperti pokok bunga Sakura yang popular di Jepun dan Korea. Haaa ... silap-silap, kalau bergambar berhampiran atau dekat-dekat dengan pokok yang kembang mekar bunganya ini, akan pasti nampak seperti berada di Jepun atau Korea.

Saya ada kesempatan ambil beberapa gambar bersama isteri dan anak-anak. Kawasan yang paling cantik adalah di jalan utama menuju ke pekan baru Parit Buntar, iaitu Jalan Hospital dan kedua di Nibong Tebal, di Taman Pekaka, berhampiran dengan Kampus Kejuruteraan USM Transkerian (tempat kerja lama saya).

Inilah keunikan Parit Buntar, anda boleh terasa berada di negara luar dengan hanya adanya bunga Sakura celup ini ...

Keunikan Parit Buntar - Bunga 'Sakura'
Keunikan Parit Buntar - Bunga 'Sakura'
Keunikan Parit Buntar - Bunga 'Sakura'
Keunikan Parit Buntar - Bunga 'Sakura'
Nak datang sini? Sila roger saya dulu ... mana tahu kot-kot musim bunga Sakura ini kembali, bolehlah datang bergambar dengan baju sejuk .. hehehehe ...



Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement