Ramai yang nyatanya tidak tahu menyediakan satu bentuk Penafian atau Disclaimer dalam blog masing-masing. Penafian ini penting sebagai salah satu cara melindungi penulis blog berkaitan apa yang dikongsikan dan diterbitkan di dalam blog.

Saya pernah bercerita mengenai kepentingan penafian ini secara ringkas di entri ini - Penafian Di Dalam Blog. Malah saya ada berikan satu contoh yang boleh digunakan untuk diletakkan di dalam blog - Disclaimer.

Disclaimer atau Penafian untuk Blog

Contoh Disclaimer atau Penafian untuk Blog
Ok. Saya nak petik perenggan yang ditulis oleh seorang blogger yang juga merupakan seorang peguam.
Sebagai seorang blogger, kita memang boleh dan bebas mengamalkan hak untuk bersuara juga hak untuk mengekspresikan sesuatu pendapat di blog kita sendiri. Namun, aku ingin sekali ingatkan supaya kita mengambil langkah pro-aktif dan bijak dalam mengeluarkan pendapat dan mengelakkan diri dari sebarang permasalahan di kemudian hari.

Sekiranya masalah timbul, memang betul macam aku katakan tetap ada jalan penyelesaian tapi ia tidaklah semudah yang disangka. Ia memerlukan selok belok yang agak sukar dan adakalanya nak tak nak terpaksa juga kita menapak ke mahkamah.

Jadi saranan dan cadangan yang aku boleh beri adalah cuba untuk letakkan 'disclaimer' atau penafian pada entry-entry yang mungkin isu sensitif. Cuba untuk dapatkan frame work yang jelas sebelum menulis entry atau mereview apa-apa produk mahupun servis. Kurangkan risiko dengan mengambil tahu segala jenis undang-undang dan risiko yang bakal dilalui dan yang terakhir beranikanlah diri anda untuk menerima risiko tersebut. Tapi ini bukan bermakna anda tunduk pada kemahuan mereka, cuma jadi bijak dan berani dalam menilai bagaimana permainan dunia siber hari ni!  - Coklateyes.my

Sebab itu, saya awal-awal mempunyai blog mencari contoh sesuai untuk dijadikan bentuk penafian bagi blog ini. Ia juga bagi mengingatkan diri akan kesensitivian yang perlu ada pada seorang blogger dalam menulis sesuatu perkara terutama isu panas, dan fakta-fakta yang mungkin bersumberkan kepada sumber yang kurang tepat.

Undang-Undang Terpakai Blogger

Malaysia mempunyai undang-undang dalam bab penerbitan dan penulisan ini. Ada yang boleh dan tidak boleh terpakai untuk melindungi blogger. Secara amnya, tiada undang-undang khusus untuk blog atau blogger.

Blogger mungkin tidak sedar, ada terbitan dalam blog yang memberi kesan kepada orang lain terutama pembaca. Jadi, adanya satu penafian setidaknya kita menunjukkan bahawa kita menyertakan satu tanggungjawab sosial atas apa yang dipaparkan dalam blog kita.

Kesan Kepada Pembaca, Lindungi Menerusi Penafian

Walaupun kita hanya menulis perkara-perkara yang berbentuk peribadi, atau pengalaman sendiri; tidak mustahil ada antaranya itu menjadi panduan dan ikutan orang lain.

Contoh mudah, anda dok bercerita soal makan ikan terubok panggang sedap dengan sambal cili api kicap. Orang yang baca, punya terliur dia pun makan ikan terubok, tanpa sedar bahawa ikan terubok itu ada banyak tulang, dan jika silap atau tidak berhati-hati makan ikan terubok, boleh tercekik dibuatnya. Seandainya si pemakan itu mendakwa dia makan ikan terubok sampai tercekik kerana baca entri blog anda, maka pernyataan penafian itu boleh diguna-pakai.
Contoh penafian untuk blog
Contoh penafian dalam blog Ben Ashaari

Contoh lain. Anda pergi melancong ke satu destinasi peranginan. Anda dapat diskaun hotel tertentu contohnya makan percuma dan sebagainya. Mereka yang baca entri anda mengenai diskaun tersebut pun mahu layanan serupa daripada hotel. Mereka dakwa baca dari blog anda. Walhal diskaun tersebut hanya diberikan kepada blogger dan bukan orang awam. Maka, di sini penafian itu juga boleh diguna pakai agar anda tidak dipersalahkan oleh salah faham pembacaan.

Faham dah kepentingan dia?

Contoh Penafian (Disclaimer) untuk Blog

Ok, saya berikan antara contoh disclaimer yang boleh anda letakkan di blog anda.

Contoh 1

Disclaimer
All content provided on this "[Nama Blog dan Link ke Blog Anda]" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of [URL Blog Anda] will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Contoh 2

Disclaimer Statements
[URL Blog] does not represent or endorse the accuracy or reliability of any information's, content or advertisements contained on, distributed through, or linked, downloaded or accessed from any of the services contained on this website, nor the quality of any products, information's or any other material displayed,purchased, or obtained by you as a result of an advertisement or any other information's or offer in or in connection with the services herein.

You hereby acknowledge that any reliance upon any materials shall be at your sole risk. [URL Blog] reserves the right, in it's sole dis-creation and without any obligation, to make improvements to, or correct any error or omissions in any portion of the service or the materials.

THE SERVICES AND THE MATERIALS ARE PROVIDED BY [URL Blog] ON AN "AS IS" BASIS, AND [URL Blog] EXPRESSLY DISCLAIMS ANY AND ALL WARRANTIES, EXPRESS OR IMPLIED, WITHOUT LIMITATION WARRANTIES OF MERCHANTABILITY AND FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE, WITH RESPECT TO THE SERVICE OR ANY MATERIALS AND PRODUCTS IN NO EVENT SHALL TO [URL Blog]

BE LIABLE FOR ANY DIRECT, INDIRECT, INCIDENTAL, PUNITIVE, OR CONSEQUENTIAL DAMAGES OF ANY KIND WHAT'S OVER WITH RESPECT TO THE SERVICE, THE MATERIALS AND THE PRODUCTS.

[URL Blog] respects the rights (including the intellectual property rights) of others and we ask our users to do the same. [URL Blog] may in appropriate circumstances and in it's sole dis-creation, terminate the accounts of users that infringe or otherwise violate such rights of others.

Anda juga digalakkan menggunakan servis DMCA sebagai salah satu cara melindungi apa yang anda tulis di blog dari disalahguna. Boleh baca mengenainya di sini - Lindungi Artikel dan Penulisan Blog dengan DMCA


Lagi contoh dan sumber penafian: http://sampleblogdisclaimer.blogspot.com

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

24 Komen

owh..begini rupanyer...
nanti sy letakkan dalam blog..
saya pilih contoh 1.
ringkas.

Reply

terima kasih di atas perkongsian contoh disclaimer ini..

Reply

Sama-sama .. harap dapat bantu buat disclaimer sendiri..

Reply

sebelum ni tak pernah ambil tahu pasal ni,ingat nak pasang kat blog jugak..thanks HH

Reply

perkongsian yg baik.. nasib baik dah letak dah penafian dalam blog. dulu masa mula2 nak letak, pening jugak nak fikir ayat.

Reply

kalau dah tahu boleh pasang kat blog dan buat penafian begini......

Reply

TERIMA KASIH ATAS PERKOONGSIAN..;-)

Reply

mohon beri komen sikit page penafian di blog saya ni... dah lama buat, tapi bila baca entri pasal penafian yang hh buat baru2 ni buat saya review n update sikit page penafian di blog saya http://alongxp.com/penafian/

Reply

InshaAllah kena buat juga nanti ni. Bookmark dulu ya bro :)

Reply

wah nak pinjam la contoh2 disclaimer nie boleh tak??

Reply

Perkongsian yang berguna bro... pasnie leh letak disclaimer kat belog aku...hihihihi.. :D

Reply

benda ni penting klu nk apply adsense...

Reply

Oh ye ke? tak tahu la pulak ... satu benda baru ni saya tahu.

Reply

Tak yah pinjam .. ambik je dengan terhormat

Reply

Elok untuk melindungi sesuatu yang kita tulis terutama berkaitan pendapat atau review.

Reply

Ok dah, saya dah komen dah .. :)

Reply

bro aku minta izin copy yang no.1 nak msukkan dlm blog

Reply

Terima Kasih atas tunjuk ajar Tuan berkaitan fungsi Penafian ini :-)

Reply

Saya "tiru" contoh satu, tuan. Bila berkelapangan nanti saya ubah (kalau perlu).

Terima kasih.

Reply

kalau saya copy paste je yg contoh kat atas tu terus boleh ke..? x reti nak taip sendiri dlm bahasa inggeris .. haha :-D

Reply

Mintak guna cth disclaimer yg tuan bg yer. Tq..

Reply

salam HH,
sy ambik yg no.1 ya..da letak dalam blog..thank u :)

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.