As-Salam.
Sekiranya anda seorang blogger yang banyak mencurahkan idea bernas, original dan bukan ciplak, maka anda boleh melindungi penulisan anda menggunakan DMCA. DMCA memberikan perlindungan sewajarnya untuk setiap ayat, artikel, gambar dan apa jua penulisan original anda di laman maya.

Caranya sangat mudah, hanya letakkan badge DMCA di dalam blog anda, dan artikel serta penulisan di dalam blog anda dilindungi oleh undang-undang maya yang digunapakai oleh DMCA.


Untuk lebih efektif, anda disarankan untuk mendaftar dengan DMCA secara percuma untuk dapatkan lebih kelebihan.

Berikut adalah antara contoh badge yang disediakan oleh DMCA, terdapat lebih daripada 10 kepelbagaian badge yang boleh anda gunakan untuk diletakkan di dalam blog anda.

Namun, harus diingat, seandainya anda meletakkan artikel yang bukan milik anda, tetapi menggunakan DMCA ini, anda mungkin boleh didakwa kerana memalsukan artikel dan perolehan.

Untuk menggunakan khidmat DMCA ini, anda boleh ke sini: DMCA Protection


DMCA.com DMCA.com DMCA.com


*p.s: This Entry primarily to encourage bloggers to keep safe of their articles and online publishing from being infringed by others. 

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sendiri letak, sendiri copy
    amacam

    BalasPadam
  2. wah,bagus jgk ada bende camni. Tapi kita masih belum perlukan lagi kut. Maklumlah, entri kita ni ala-ala je. Kalau blog HH, mesti dan perlu ada protection ni.

    BalasPadam
  3. Ini sangat sesuai untuk yang tidak mahu artikel mereka di copy dan paste mereka yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya buat masa sekarang tidak perlu lagi, kerana artikel yang saya hasilkan tidak menarik minat orang lain nak copy. Kalau dicopy pun, ini menunjukkan artikel/entri saya ada kualiti jugak lah giru...he..he..

    BalasPadam
  4. Ya betul .. kalau ada yang nak ambil tu .. dah kira kita berjaya hasilkan sebuah entri yang menarik minat atau dengan kata lain berkualiti ... :)

    BalasPadam
  5. bagus juga. tapi setakat ni, artikel pn xla penting sgt, aku bagi jela copy, aslkn bg credit.

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian. baru perasan blog di copy 100%.... hu hu hu

    BalasPadam
  7. ok jugak ni..terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement