Pengalaman pertama shopping online di laman web Zalora Malaysia. Terlebih dahulu saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Zalora Malaysia kerana telah memberikan baucer tunai RM150 untuk saya gunakan di laman shopping online popular Zalora Malaysia.

Ini merupakan pengalaman pertama saya beli belah di Zalora. Saya ingin berikan 5 bintang untuk servis yang telah diberikan. Mengapa? Baca entri ini sehingga habis kerana ada rahsia yang ingin saya kongsikan kepada anda.

Pengalaman Pertama Shopping Online Zalora Malaysia

Baru-baru ini saya telah diberikan baucer tunai RM150. Untuk saya menebus nilai baucer tersebut, saya perlu membeli belah di laman web shopping online Zalora Malaysia. Ada kod tertentu diberikan kepada saya untuk digunakan. Dan sebagai pengguna yang pertama kali menggunakan perkhidmatan beli belah online di Zalora Malaysia, pastinya kekok.

Saya sebelum ini agak skeptikal sedikit. Almaklumlah, ada banyak cerita tak seronok saya dengar mengenai Zalora Malaysia sebelum ini.

Itu kisah dan cerita pada tahun 2012. Saya pasti pihak Zalora Malaysia telah melakukan banyak penambahbaikan bagi memastikan servis yang mereka berikan adalah yang terbaik bagi sebuah portal membeli belah online di Malaysia.
Pengalaman Pertama Shopping Online Zalora Malaysia
Kali ini, saya rembat kesempatan shopping online sempena promosi jualan online Tahun Baru Cina 2014.

Apa yang saya telah beli? Sebuah jam tangan jenama Everlast dan sebuah backpack jenama High Cultured. Nak tahu harga bagi dua produk tersebut, tu anda kena semak di laman web Zalora la ... :) Harga dua produk yang saya beli bagaimanapun adalah lebih daripada nilai baucer yang saya terima, maka tambahan perlu dibuat, dan saya membayar menggunakan akaun PayPal yang dah berkurun ada.
Pengalaman Pertama Shopping Online Zalora Malaysia
Jam tangan Everlast tu jenis digital warna hijau, memang sengaja pilih warna yang pelik sikit. Manakala backpack yang saya beli warna merah, biar senang nak cam kalau pergi mana-mana dengan beg tersebut.

Silap Guna Baucer Wang Tunai

Ada cerita menarik di sebalik pengalaman pertama saya beli online di Zalora Malaysia.

Saya telah membuat belian online pada 13 Januari 2014. Malangnya saya telah tersilap membeli, dan mengakibatkan baucer tunai saya telah hadapi masalah. Saya terus membuat aduan ke Zalora melalui sistem Customer Service yang disediakan. Ia terus mendapat respon segera dari mereka menerusi email.
Khidmat Pelanggan terbaik Zalora Malaysia
Khidmat Pelanggan terbaik Zalora Malaysia
Khidmat Pelanggan terbaik Zalora Malaysia
Masalah saya selesai, dan saya dapat kod baucer tunai baru menggantikan yang lama. Saya respek pada Customer Service mereka kerana sedikit pun tidak menyalahkan saya atas masalah yang berlaku, malah memberikan penerangan kepada saya mengenai apa yang telah saya lakukan. Dan memang salah dan silap saya sehingga membuatkan baucer tersebut tidak dapat digunakan.

Awalnya saya fikir mungkin pihak Zalora tidak akan gantikan baucer tersebut memandangkan ia kesilapan saya sendiri. Nampaknya, telahan saya meleset sekali.

Tips Shopping Online Zalora Malaysia

Tips shopping online dengan Zalora, jika ada masalah, terus sahaja berhubung dengan pihak Zalora, jangan segan, jangan silu .. setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian.

Ini pengalaman pertama saya bersama Zalora Malaysia, dan pengalaman saya deal dengan masalah yang mungkin orang lain turut hadapi apabila menggunakan kod-kod baucer potongan harga atau nilaian tunai.

5 bintang untuk servis yang sungguh cepat, mesra dan terbaik daripada Zalora Malaysia.

Di entri akan datang, saya ada satu lagi sebab mengapa pilih Zalora Malaysia sebagai tempat online shopping Malaysia yang patut anda kunjungi.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement