Cara Hantar Sitemaps Menerusi Google Webmaster Tools

Tentu seronok mengetahui semua entri dan post yang kita telah tulis dan terbitkan sudah berada di enjin carian, terutama sekali Google yang merupakan enjin carian utama di internet. Jadi, bagaimanakah cara untuk blog berserta isi kandungannya berada di enjin carian? Antara langkah paling mudah dan cepat ialah dengan menggunakan Google Webmaster Tools.

Sitemaps, bagi sesetengah blogger mungkin tidak faham. Jadi secara mudahnya, ia seperti satu sinopsis kandungan blog anda. Ia ibarat Isi Kandungan yang terdapat di bahagian hadapan sesebuah buku. Ada tajuk, ada tarikh terbitan dan sebagainya. Nampak ia seakan seperti arkib blog. Sitemap atau Peta Laman adalah ringkasan kepada isi kandungan blog anda.

Sitemap lengkap perlu anda hantar ke serata laman yang mengumpul informasi di dunia maya. Maka, untuk langkah tersebut, anda perlu satu agen bagi memastikan setiap entri anda disedari dan diketahui. Dengan menggunakan cirian dan aplikasi yang ada di Google Webmaster Tools, tugas anda sudah jadi mudah.

Cara Hantar Sitemap Menerusi Google Webmaster Tools

Saya akan tunjukkan cara hantar sitemap blog anda menerusi Google Webmaster Tools seringkas mungkin, supaya boleh anda manfaatkan bagi membolehkan lebih banyak entri anda berada di enjin carian.

  • Kemudian, anda perlu pastikan bahawa blog anda sudah tersenarai seperti ini:

  • Klik pada blog yang anda mahu hantarkan sitemap (pada bahagian nama blog berwarna biru). Paparan di bawah akan kelihatan. Pastikan penjuru atas dipaparkan URL blog anda.
  • Anda boleh lihat bahagian Sitemaps, jika entri-entri atau post dalam blog telah diindeks, anda akan lihat jumlah URL yang disertakan. Klik bahagian tertulis Sitemaps tersebut, dan anda akan dapat saksikan butiran seperti di bawah ini.

  • Bandingkan jumlah entri blog anda dengan jumlah entri (URL) yang telah dihantar dan juga yang telah terindeks. Seandainya ia jauh daripada angka sebenar, maka anda perlu klik butang berwarna merah - Add/Test Sitemap. Apabila anda klik, anda akan diminta untuk memasukkan URL bagi sitemap blog anda.

Secara default, anda boleh memasukkan URL sitemap blogspot anda seperti berikut:

http://www.hasrulhassan.com/feeds/posts/default?orderby=updated

atau dengan cara berikut:

Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

cara kedua ini membolehkan entri 1-500 disenaraikan. Anda boleh ulang hantar URL sitemap menggunakan cara kedua jika entri blog anda melebihi daripada 500, contohnya seperti sitemap blog ini dengan jumlah keseluruhan entri yang telah diterbitkan sebanyak 4555 (semasa entri ini ditulis).

Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=2001&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=2501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=3001&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=3501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=4001&max-results=500

Saya menggunakan cara kedua agar semua entri saya terindeks. Namun, ada blogger yang lebih suka hanya jumlah tertentu entri terkini sahaja yang mahu diindeks. Oleh itu, cara pertama adalah disyorkan untuk anda gunakan.

Anda dinasihatkan supaya sentiasa melihat keadaan Google Webmaster Tools ini bagi memantau keadaan trafik blog anda. Jika ada sebilangan besar entri yang tidak diindeks, maka lakukan langkah-langkah di atas.

Selamat mencuba.


{ 40 comments.. read them below or add one }

tarmizi tarmizi September 17, 2013
Denaihati pun ada bincang pasal google web master gak nanti nak try google x faham sangat binatang ni.
Cik Matahariku Cik Matahariku September 17, 2013
terima kasih.sy mmg tgh cari tutorial ni.Semoga segala urusan HH juga dipermudahkanNya.
Ainim Suju Ainim Suju September 17, 2013
saya dah buat tapi kena verify blog saya dulu..masalahnya saya tak reti nak verify la HH..mohon bantuan
Bin Muhammad Bin Muhammad September 18, 2013
Trafik blog saya meningkat setelah mendaftar dengan Google Webmaster. Satu info yang sgt saya perlukan iaitu url utk entri melebihi 500, ianya terjawab kini. Terima kasih HH.
Selain itu byk informasi boleh kita perolehi tentang blog kita dari webmaster ini.
kucha lana kucha lana September 18, 2013
tips yang berguna bro...dah gua praktikkan pun ilmu ini
Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum September 18, 2013
Assalamualaikum :)
Singgah Pagi :)
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy September 18, 2013
alhamdulillah..semalam ada mengikuti satu tuto dari HH..cari jugak pasal nie.thanks for this tuto HH..
Mohammad Amirul Mohammad Amirul September 18, 2013
thanks for the tutorial...diharap lebih banyak lagi perkongsian ilmu pd masa akan datang
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy September 18, 2013
dah berjaya melakukannya...thanks HH
Usahawan Muda Usahawan Muda September 24, 2013
terima kasih kepada saudara Hasrul..Blog yang penuh informasi..
deno deno October 09, 2013
wah sangat membantu! dah lama cari... baru jumpa^^
hijau zamrud hijau zamrud November 08, 2013
terima kasih. sy baru je siap mencuba
amir zahari amir zahari November 12, 2013
Dia akan pending dulu kan bro baru ter indexed?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 13, 2013
Ya betul. Dia akan pending ... dan kemudian baru terindeks, kena selalu check
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 13, 2013
Terima kasih sbbb dah buat .... in Sha Allah akan ada hasilnya nanti
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 13, 2013
Seronok saya apabila apa yang saya tulis ni memberikan kelegaan buat orang lain. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 13, 2013
Terima kasih kerana sudi singgah di sini ... :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 13, 2013
Betul tu. Kalau kita pandai guna, tak mustahil semua blogger akan berjaya capai sesuatu, matlamat kita semua berbeza, jadi pandai-pandailah guna kelebihan yang diberikan ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 13, 2013
Hmmm ... godek2 je dalam blog ini, mesti akan jumpa benda yang boleh anda gunakan... in Sha Allah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 13, 2013
Benda ni untuk bantu blogger macam kita ni .... :) yelah, nak kata popular idak la pula, jadi dengan guna webmaster toools ni sedikit sebanyak boleh dapatkan trafik untuk blog.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 13, 2013
Untuk verify mudah je, ikut langkah yang ada diberikan tu.
yana aina yana aina November 21, 2013
terima kasih HH .. berjaya !! ^^
Zu Far Zu Far December 16, 2013
terima kasih atas panduan ini...baru paham... like
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah February 15, 2014
Tips yang berguna..thanks sifu ;)
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ August 22, 2014
Baru lepas submit tadi.. heheheheheheh
reezluv reezluv October 07, 2014
maceh ye abam..hehe..
AnonymousAnonymous March 12, 2015
Assalam..maaf mengganggu..sy da cuba byk kali u hantar sitemap ikut step y dberi,tp appear error..mintk tnjuk ajar..
HoneyHana Hijab HoneyHana Hijab March 12, 2015
Sy wt cmni
http://www.honeyh.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Pastu appear 1 error, General HTTP error: 404 not found
HTTP Error: 404
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 12, 2015
Blog ni wujud ke tak? Kenapa saya gi ke link honeyh.com tak ada apa2 pun?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 12, 2015
Kalau blog tak wujud lagi, memanglah error sbb memang tak ada ...
HoneyHana Hijab HoneyHana Hijab March 12, 2015
Mintk maaf..salah typo error..honeyhanahijab.blogspot.com
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 12, 2015
Sitemap blog anda - http://honeyhanahijab.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

Ini yang betul.
HoneyHana Hijab HoneyHana Hijab March 12, 2015
Mmg serupa sy wt cmni..
http://honeyhanahijab.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

Y dgn www pn sy wt
http://www.honeyhanahijab.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
HoneyHana Hijab HoneyHana Hijab March 12, 2015
HH sy da ble dftr sitemap! Sy juz kne fill up dengan " atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 " je rupenye..owh,malunye..trime kasih byk2..Smoga HH sentiasa dimurahkn rezeki..Amin..
sharimah yahya sharimah yahya March 22, 2015
Banyak info yang dapat dari blog ini. Terima kasih HH.
saya pun baru saja submit.
kedai hadiah yanti kedai hadiah yanti July 08, 2015
alhamdulillah. berjaya jugak submit sitemap hari ni setelah beberapa kali di reject oleh google web master. sebelum ni asyik keluar error bab html je. webmaster arahkan tukar ke xml. mujur jumpa artikel ni. cut n paste je. terima kasih atas perkongsian ini
Cik Itah Cik Itah February 02, 2016
entri ini sangat membantu..terima kasih HH :)
Mohd Sharifuddin Omar Mohd Sharifuddin Omar September 23, 2016
tapi kalau entri masih sikit tapi letak semua sitemap tu boleh ke? hehe...




jom jenguk sini ya.. hehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.