As-Salam. Baru-baru ini ramai blogger yang dah dapatkan nama domain sendiri untuk blog masing-masing. Syabas dan tahniah, anda sedang melangkah ke satu tapak untuk memajukan dan menjenamakan blog anda ke satu tahap yang lebih baik. Namun, masalah timbul apabila ada blog dengan nama domain baru tidak kemaskini pautan rss blog mereka. Kesannya blog apabila telah dikemaskini atau ada entri baru tidak kelihatan di ruang entri terbaru di bloglist blog lain.

Untuk itu, HH sarankan anda lakukan beberapa perubahan teknikal untuk blog anda. Pertama sekali ialah pastikan RSS blog anda dengan nama domain baru telah berfungsi dengan baik. Selalunya RSS bagi blog dengan nama domain baru akan kelihatan seperti ini - http://NAMA-DOMAIN-BARU/feeds/posts/default contohnya http://www.hasrulhassan.com/feeds/posts/default yang mungkin asalannya adalah seperti ini http://hasrulhassan.blogspot.com/feeds/posts/default

Ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk menyelesaikan masalah tersebut. Proses ini akan ambil masa, jadi kesabaran anda dalam penyelesaian masalah ini amat diperlukan. Jangan panik.

RSS Auto Discovery Technique for New Domain Blog

4 Langkah Selesaikan Masalah RSS (Real Simple Syndication)  Domain Baru


Pertama sekali, pastikan redirects telah anda lakukan setelah nama domain baharu anda gunakan untuk blog. Perlu anda ingat, apabila guna nama domain baru dengan hosting masih lagi menggunakan blogspot, dunia maya akan ambil masa untuk memaut dan menggantikan alamat blog lama dengan alamat blog baru (domain sendiri). Jadi, sila bersabar paling kurang pun seminggu ... hehehehe....

Keduanya, adalah perlu pastikan rss alamat blog anda itu betul. HH sarankan anda menggunakan Feedburner.com untuk kawal, selia dan mengurus feed blog anda. Anda boleh buat dengan mudah, dan dengan kelebihan ini, anda akan menggunakan satu RSS anda untuk satu blog itu, hatta apabila anda dah tukar nama domain lain sekalipun. Untuk cara guna Feedburner ini, HH ada tampilkan dalam entri ini: Guna Feedburner oleh Google untuk Selia RSS Blog

Ketiganya ialah anda perlu lakukan ping di laman-laman yang menyediakan khidmat ping ke enjin-enjin carian serta merta apabila anda telah dapati alamat url rss blog anda berfungsi dengan baik - dengan nama domain baru. Jangan lupa untuk lakukan add url pada enjin carian di Google, Bing, Yahoo Directory.

Dan ... untuk langkah tambahan, sila masukkan kod html berikut di bawah <head> blog anda.

<!-- auto discovery rss tag -->
<link href='http://NAMA-BLOG-ANDA/feeds/posts/default' rel='alternate' title='NAMA BLOG - Atom' type='application/atom+xml'/>
<link href='http://NAMA-BLOG-ANDA/feeds/posts/default?alt=rss' rel='alternate' title='NAMA BLOG  - RSS' type='application/rss+xml'/>
<link href='ALAMAT RSS BLOG DENGAN FEEDBURNER' rel='alternate' title='RSS' type='application/rss+xml'/>

Ok. Harapnya dengan entri ini dapat bantu mana-mana blog yang hadapi masalah entri terbaru mereka tidak kelihatan di bloglist blog orang lain.

Semoga berjaya.

Kredit RSS Foto: Unique and Sensational RSS Icons

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Nurul Aini ZakariaJanuary 11, 2013 at 2:09 PM

    Saya pun baru tukar, dan memang feed jadi masalah. banyak kali juga buat, baru menjadi.

    ReplyDelete
  2. ok dah cuba ....tgu bereksperimen sejap. tq abg has! ><

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle