Tahukah anda, ada tips mudah untuk kenal-pasti masalah kesihatan hanya dengan melihat kuku kita? Satu benda menarik untuk dikongsikan kepada semua.

Jika anda perasan, kalau kita berjumpa dengan doktor, antara perkara pertama dilakukan oleh doktor adalah dengan melihat-lihat keadaan kuku kita. Dibeleknya sehingga ke celah kuku. Ada masanya, ditekan bahagian kuku untuk lihat perubahan warna pada kuku.

10 Tanda-Tanda Pada Kuku Untuk Kenal-Pasti Masalah Kesihatan

Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan

Sedikit ilmu sains berkaitan kuku.

Kuku terbentuk daripada satu lapisan protein keras yang dinamakan keratin. Ia merupakan protein yang sama yang membentuk rambut dan kulit. Kerana keratin, kuku juga antara anggota badan yang paling lambat diuraikan sekiranya ditanam.

Jika anda memotong atau merapikan kuku, seboleh-bolehnya buanglah lebihan kuku itu ke tanah. Jangan dibiar bersepah di lantai atau terbiar di dalam kenderaan.

Sebab biasanya kerap orang memotong kuku ketika bersantai di dalam rumah atau ketika berada di dalam kenderaan, biasanya jika berada dalam perjalanan yang panjang.

Ramai buat kan? 

Buang Sisa Kuku Dengan Baik

Kuku itu sebahagian daripada tubuh kita. Walaupun ia tidak lagi diperlukan, seeloknya dibuang ke tempat yang baik. Sepertimana juga dengan rambut, ada baiknya jika ditanam setelah digunting.

Ok berbalik mengenai tanda-tanda masalah kesihatan yang boleh dideteksi mudah dari keadaan kuku.

Kuku boleh menjadi petunjuk kepada kesihatan pemiliknya. Perubahan rupa bentuk serta warna boleh memberi gambaran tentang jenis penyakit yang ada pada tuan punya kuku. Di sini, saya akan kongsikan 10 tanda-tanda pada kuku yang boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius.

Tanda-Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan

  1. Kuku putih - Penyakit hati seperti hepatitis.
  2. Kuku kekuningan, tebal dan tumbuh perlahan - Penyakit peparu seperti emfisema.
  3. Kuku kekuningan dengan dasar sedikit merah - Diabetes.
  4. Kuku separuh warna putih dan separuh merah jambu - Penyakit buah pinggang.
  5. Dasar kuku warna merah - Penyakit jantung.
  6. Dasar kuku pucat atau berwarna putih - Penyakit anemia.
  7. Permukaan kuku berlekuk - Psoriasis atau radang arthritis.
  8. Clubbing, iaitu penebalan tisu pada dasar kuku - Penyakit paru-paru.
  9. Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku - Lupus atau penyakit pada tisu penyambung.
  10. Garisan hitam bawah kuku - Melanoma.

Moga dengan sedikit info ini, anda akan sentiasa memberi perhatian kepada keadaan kuku-kuku anda, baik yang ada di tangan mahupun kaki. Jangan abaikan kebersihan kuku anda.

Sumber: Majalah Kesihatan

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama
PENAFIAN (DISCLAIMER)

Konten ini adalah pendapat serta perkongsian peribadi penerbit berdasarkan pengetahuan, pengalaman, serta dari sumber dipercayai. Sebarang persamaan mahupun percanggahan adalah secara kebetulan.

Sila rujuk Disclaimer untuk penafian penuh.