Satu waktu dahulu, ketika dunia blog ini sangat meriah dan menjadi antara batu loncatan kepada kejayaan lebih besar, ramailah yang membuat dan menghasilkan blog sendiri. Blog bukan sahaja memperkenalkan pemiliknya kepada dunia lebih besar malah memberikan populariti yang sangat hebat!

Ada 2 platform untuk penulis blog yang popular digunakan, iaitu Wordpress dan Blogspot. Saya pengguna blogspot sejak 2007. Menulis blog menjadi satu hobi yang akhirnya mampu menjana pendapatan online.

Blog Menjana Pendapatan Online

Dunia Penulis Blog

Sewaktu peringkat awal menulis blog, saya banyak menghabiskan masa di hadapan komputer. Malah melebihi waktu bekerja saya sewaktu menjawat jawatan Pegawai Penyelidik di USM. Sampai satu tahap, ia mengganggu kehidupan saya sebagai suami isteri dan bapa kepada anak-anak.

Alhamdulillah. Allah itu Maha Pengasih Maha Penyanyang.

Dengan rahmat Allah, saya cepat sedar akan kesilapan yang dibuat. Saya kurangkan masa, dan cuba menulis blog dengan lebih bertumpu atau berfokus pada topik tertentu.

Blog memerlukan trafik atau jumlah pengunjung yang tinggi bagi memastikan ia berjaya untuk menjana pendapatan online. Ini bermakna metologi menghasilkan kandungan dalam blog itu mestilah mampu menarik pembaca, yang secara langsungnya trafik atau hits yang kemudiannya menjana pendapatan.

Disebabkan adanya banyak bukti dan testimoni bahawa blog itu boleh menjadi sumber pendapatan lumayan, maka blog tumbuh secara mendadak terutama di Malaysia. Walhal perkara ini telah lama berlaku di luar negara.

Namun, apa yang nampak seperti memberikan kelebihan, ada kekurangan dan mudaratnya. Inilah yang berlaku kepada seorang penulis blog wanita bernama Mita Diran.

Wanita Copywriter Mati Kerja 30 Jam!

Wanita berkaca mata ini bukan figura terkenal, tetapi kematiannya telah menjadi bualan hangat di laman sosial. Mengapa tidaknya, dia sangat komited dengan kerja sehingga sanggup berjaga hanya untuk memastikan kerjanya disiapkan. Dia dikatakan banyak menghabiskan masa di pejabatnya, yang merupakan sebuah agensi pengiklanan sebagai penulis copywriter.

Penulis blog juga dianggap sebagai seorang penulis copywriter. Menerusi penulisan di blog, berdasarkan info daripada pengiklan, satu-satu entri blog itu boleh mencuri perhatian orang untuk melihat produk dan barangan yang dipromosikan secara tak langsung.

Blogger Boleh Mati Kalau Kerja 30 Jam!

Bahaya Minuman Bertenaga

Baik, jom berpatah balik mengenai kisah Mita Diran yang meninggal dunia bekerja kuat sebagai seorang penulis copywriter.

Berdasarkan status di akaun Twitter milik Mita Diran; dia dipercayai menjadikan minuman tenaga untuk terus kekal berjaga. Oleh kerana terlalu banyak mengambil minuman ini, jantungnya telah berhenti berfungsi!

Bapanya berkata, Mita Diran telah bekerja selama 3 hari dan ditemui pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pusat Pertamina. Manakala menurut rakan-rakan Mita, wanita itu sering mengambil minuman tenaga Kratingdaeng yang lebih dikenali di Malaysia sebagai Red Bull.

Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, didapati jantung Mita gagal berfungsi yang dikaitkan dengan pengambilan minuman bertenaga serta kafein yang berlebihan.

Nah. Bukti bahaya pengambilan minuman tenaga jika diambil berlebihan.

Ebook Rahsia Buat Duit Dengan Buku Digital! Berminat nak tahu? Boleh dapatkan Di SINI, Ebook terbaik terbitan daripada Hafiz Mansor.


Jadi elakkan dari perkara seperti ini berlaku pada anda!

Saya tahu ramai sekarang yang semakin kuat bekerja untuk mendapat pendapatan lebih. Tapi, kalau dah bekerja tanpa henti, tanpa rehat, tanpa tidur secukupnya ... lama kelamaan ia bakal membawa padah. Berpada-padalah.

Sumber: Akhbar Kosmo 22 Disember 2013

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Melampau betul kerja sampai tak berhenti-henti. Kerja teruk macam mana pun at least berhenti dahulu untuk solat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama
PENAFIAN (DISCLAIMER)

Konten ini adalah pendapat serta perkongsian peribadi penerbit berdasarkan pengetahuan, pengalaman, serta dari sumber dipercayai. Sebarang persamaan mahupun percanggahan adalah secara kebetulan.

Sila rujuk Disclaimer untuk penafian penuh.