Sekolah Berasrama Penuh atau SBP adalah merupakan antara sekolah pilihan untuk menghasilkan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terdapat 69 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia, yang mana ada ada di antaranya berusia lebih 100 tahun.

Untuk pengetahuan, SBP merupakan usaha kerajaan yang dimulakan menerusi Dasar Ekonomi Baharu (DEB) bertujuan menghasilkan keperluan tenaga di dalam bidang Sains dan Teknologi. Ia telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1975 – 1980) - yang berjaya mewujudkan dan mengembangkan Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia.

Ranking Top 60 Sekolah Berasrama Penuh KPM Berdasarkan SPM 2021

Senarai TOP SBP 2022 - Berdasarkan SPM 2021

Di awal kewujudannya, SBP dianggap sebagai sekolah Elit terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih yang cemerlang di peringkat sekolah rendah. Bermula dengan SBP, yang menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif, ramai pelajar SBP yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sehingga ke luar negara.

Malah, ramai tokoh negara yang dilahirkan hasil kewujudan Sekolah Berasrama Penuh ini.

Jadi, rakyat Malaysia seharusnya amat bersyukur dengan usaha kerajaan menerusi DEB dan RMK-2, negara telah berjaya melahirkan ramai tenaga kerja profesional sehingga mencorakkan negara di masakini.

Senarai Top SBP untuk Tahun 2022 Bersandarkan Keputusan SPM 2021

Baiklah, berikut adalah ranking 60 Sekolah Berasrama Penuh terbaik tahun 2022 berdasarkan kepada pencapaian SPM 2021, dinilai menerusi Gred Purata Sekolah (GPS) SBP Malaysia.

Ranking SPM 2021Nama Sekolah SBPNegeriGred Purata Sekolah (GPS)
1Sekolah Tun FatimahJohor0.84
2Sekolah Seri PuteriKuala Lumpur0.97
3SBP Integrasi GombakKuala Lumpur1.06
4Kolej Tunku KurshiahNegeri Sembilan1.09
5Sekolah Sultan Alam ShahPutrajaya1.16
6Kolej Melayu Kuala KangsarPerak1.21
7SM Sains Tuanku Aishah RohaniNegeri Sembilan1.37
8SM Sains Kuala TerengganuTerengganu1.40
9SM Sains JohorJohor1.47
10SM Sains Seri PuteriSelangor1.49
11Kolej Islam Sultan Alam ShahSelangor1.51
12SM Sains MuarJohor1.53
13SM Sains Hulu SelangorSelangor1.56
14SM Sains Muzaffar SyahMelaka1.56
15SM Sains Kota TinggiJohor1.56
16SM Sains Tuanku MunawirNegeri Sembilan1.60
17SM Sains Kuching UtaraSarawak1.63
18SM Sains Sultan MahmudTerengganu1.72
19SM Agama Persekutuan LabuNegeri Sembilan1.73
20SBP Integrasi Sabak BernamSelangor1.74
21SM Agama Persekutuan KajangSelangor1.74
22SM Sains Alam ShahKuala Lumpur1.76
23SM Sains Kuala SelangorSelangor1.79
24SM Sains SelangorSelangor1.80
25SM Sains RembauNegeri Sembilan1.83
26SBP Integrasi GopengPerak1.83
27SBP Integrasi RawangSelangor1.85
28SM Sains SabahSabah1.88
29Sekolah Dato' Abdul RazakJohor1.92
30SM Sains DungunTerengganu1.94
31SBP Integrasi Kuantan Pahang1.94
32SM Sains Tengku Muhammad Faris PetraKelantan1.95
33SM Sains JeliKelantan1.98
34SM Sains TapahPerak1.99
35SM Sains BantingSelangor2.04
36SM Sains Tengku AbdullahPahang2.05
37SM Sains Tuanku JaafarJohor2.06
38SBP Integrasi JempolNegeri Sembilan2.07
39SM Sains Teluk IntanPerak2.09
40SM Sains Raja Tun Azlan ShahPerak2.11
41SM Sains Kuching Sarawak2.12
42SM Sains Tuanku Syed PutraPerlis2.12
43SM Sains MachangKelantan2.12
44SBP Integrasi Batu RakitTerengganu2.15
45SM Sains Sultan Mohamad JiwaKedah2.16
46SM Sains LabuanLabuan2.18
47SBP Integrasi Temerloh Pahang2.19
48SM Sains Batu PahatJohor2.20
49Sekolah Tuanku Abdul RahmanPerak2.21
50SM Sains MiriSarawak2.23
51SM Sains Kepala BatasPulau Pinang2.26
52SM Sains Kubang PasuKelantan2.29
53SM Sultan Abdul HalimKedah2.35
54SM Sains Tun Syed Sheikh ShahabudinPulau Pinang2.35
55SM Agama Persekutuan BentongPahang2.36
56SM Sains SembrongJohor2.37
57SM Sains Pasir Puteh Kelantan2.40
58SM Sains Sultan Haji Ahmad ShahPahang2.43
59SM Sains Sultan IskandarJohor2.44
60SBP Integrasi Kubang PasuKelantan2.48




Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang di dalam SPM tahun 2021. Ia sesuatu yang membanggakan kerana mampu untuk capai prestasi terbaik di sebalik pandemik Covid-19 yang kini telah menjadi sebahagian daripada masyarakat.

Bukan mudah untuk belajar dan mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan SPM di waktu wabak melanda. Banyak kekangan, masalah dan juga cabaran perlu dihadapi. Tahniah sekali lagi.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Tips Lulus Temuduga

Advertisement


Lubuk Bundle

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Kerja di Singapura