Keputusan SPM tahun 2021 telah pun diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seperti biasa, ramai yang ingin mengetahui kedudukan ranking sekolah-sekolah elit, sekolah berasrama penuh (SBP) dan juga sekolah di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Biasanya ranking ini dirujuk untuk keperluan memilih sekolah yang terbaik bagi kemasukan anak-anak di tingkatan satu dan juga empat. Ranking adalah bersandarkan kepada Gred Purata Sekolah/Maktab. Untuk paparan kali ini, saya ingin kongsikan kedudukan ranking terkini Maktab Rendah Sains MARA, berdasarkan kepada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021.

Ranking Top 50 MRSM Terbaik berdasarkan Keputusan SPM 2021

Top 50 MRSM Terbaik SPM 2021

Menerusi keputusan SPM dan analisis yang dikeluarkan oleh Pihak Bahagian Pendidikan MARA, sebanyak empat buah Maktab Rendah Sains MARA yang sangat cemerlang mencatat Gred Purata Maktab di bawah 2.00 iaitu, MRSM Taiping, MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Langkawi dan MRSM Tun Abdul Razak di Pahang.

Secara keseluruhan, keputusan SPM 2021 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.536. Seramai 904 orang calon MRSM memperoleh semua A merangkumi A+, A dan A-.

Berikut adalah kedudukan ranking MRSM terbaik termasuklah top 50 MRSM SPM 2021:

Ranking 2021Nama SekolahNegeriGred Purata Maktab (GPM)
1MRSM TaipingPerak1.51
2MRSM Tun Ghafar Baba (MRSM TGB)Melaka1.59
3MRSM LangkawiKedah1.78
4MRSM Tun Abdul RazakPahang1.96
5MRSM Alor GajahMelaka2.03
6MRSM Johor BahruJohor2.08
7MRSM Kuala Kubu BharuSelangor2.08
8MRSM Pengkalan ChepaKelantan2.16
9MRSM Kota PuteraTerengganu2.32
10MRSM KuantanPahang2.36
11MRSM KuchingSarawak2.36
12MRSM Sungai BesarSelangor2.38
13MRSM ParitPerak2.39
14MRSM Pengkalan HuluPerak2.39
15MRSM Kuala KlawangNegeri Sembilan2.42
16MRSM TumpatKelantan2.42
17MRSM BentongPahang2.45
18MRSM Pasir SalakPerak2.47
19MRSM SertingNegeri Sembilan2.47
20MRSM Tun Dr. IsmailJohor2.47
21MRSM GemenchehNegeri Sembilan2.49
22MRSM Kubang PasuKedah2.55
23MRSM Muadzam ShahPahang2.56
24MRSM BetongSarawak2.58
25MRSM TerendakMelaka2.58
26MRSM Balik PulauPulau Pinang2.61
27MRSM Kepala BatasPulau Pinang2.61
28MRSM MerbokKedah2.61
29MRSM FELDA (Trolak)Perak2.65
30MRSM MersingJohor2.67
31MRSM LenggongPerak2.81
32MRSM Kuala TerengganuTerengganu2.82
33MRSM TranskrianPulau Pinang2.83
34MRSM BalingKedah2.86
35MRSM PendangKedah2.88
36MRSM Batu PahatJohor2.89
37MRSM Tun Ghazali ShafiePahang2.91
38MRSM MuarJohor2.92
39MRSM GerikPerak2.93
40MRSM Kota KinabaluSabah2.93
41MRSM ArauPerlis2.94
42MRSM Pasir TumbohKelantan2.94
43MRSM Kuala BerangTerengganu3.02
44MRSM PDRM KulimKedah3.06
45MRSM BesutTerengganu3.08
46MRSM Tun MustaphaSabah3.09
47MRSM BeseriPerlis3.12
48MRSM MukahSarawak3.14
49MRSM JeliKelantan3.16
50MRSM Tun Mohammad Fuad StephensSabah3.30
51MRSM Sultan Azlan ShahPerak3.34
52MRSM Kuala KraiKelantan3.70
53MRSM SempornaSabah4.53


Tahniah buat semua pelajar MRSM SPM 2021. Ia satu pencapaian yang agak baik, sehingga berjaya menempatkan MRSM antara institusi pendidikan yang dipercayai mampu melahirkan insan-insan cemerlang akademik.

Untuk makluman, keputusan SPM 2021 merupakan keputusan daripada kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), selepas Pandemik Covid-19. Manakala format SPM 2021 kali ini telah diperkenalkan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, selain penjajaran subjek Bahasa Inggeris kepada The Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) serta Ujian Amali Sains.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Tips Lulus Temuduga

Advertisement


Lubuk Bundle

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Kerja di Singapura