Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 60 buah SMKA, termasuk di Sabah dan Sarawak. Jumlah sekolah ini walaubagaimanapun, tidak termasuk lebih 100 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Sekitar tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kedudukan Ranking SMKA 2022 Berdasarkan Keputusan SPM 2021

Senarai SMKA Terbaik Malaysia SPM 2021

Sejak kerajaan memperkasa dan menambah-baik kemudahan di sekolah-sekolah agama, semakin ramai di kalangan ibubapa mahupun pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian menengah di SMKA. Malah, ia dilihat sebagai salah satu pilihan sekolah terbaik untuk anak-anak, kerana matlamat SMKA yang mampu membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi, selain mendidik pelajar dengan keperibadian Islam dan juga kemampuan untuk memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.


Jika dulu, ada dikalangan ibubapa yang skeptikal mengenai peluang melanjutkan pelajaran dan juga potensi kerjaya, tetapi kini tidak lagi, kerana pelajar-pelajar lepasan SMKA telah dipertambah-nilai dengan adanya atau disesuaikan dengan kurikulum sekolah menengah kebangsaan.

Mereka bukan sekadar belajar mengenai agama, pelajaran Al-Quran, Hafazan semata-mata tetapi juga Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun dan sebagainya. Menjadikan mereka berdaya saing, dan mampu untuk mengisi peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu samada di dalam negara mahupun luar negara, bukan setakat ke Timur Tengah, malah ke Amerika Syarikat, New Zealand, Eropah, Jepun, Korea dan China.

Ranking SMKA 2022 Berasaskan GPS SPM 2021

Keputusan SPM 2021 yang telah diumumkan memperlihatkan keputusan-keputusan yang sangat baik bagi SMKA. Ada di antaranya tersenarai sebagai sekolah terbaik di peringkat Kebangsaan, dengan Purata Gred Sekolah di bawah 2.00.

Senarai Ranking Sekolah Terbaik SPM 2022 SMKA

Berikut adalah senarai ranking terkini, bagi keseluruhan SMKA seluruh Malaysia (tidak termasuk SABK) untuk tahun 2022 bersandarkan kepada Gred Purata Sekolah (GPS) keputusan SPM 2021 dan:

Ranking SPM 2021Nama SekolahGred Purata Sekolah
1SMKA KERIAN, SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL1.57
2SMK AGAMA DATO' HJ ABU HASSAN HJ SAIL PEDAS1.59
3SMKA SULTAN AZLAN SHAH, BOTA1.74
4SM AGAMA KUALA LUMPUR1.76
5SMK AGAMA PUTRAJAYA1.77
6SMKA AL IRSHAD PULAU PINANG1.84
7SMK AGAMA JOHOR BAHRU2.02
8SMKA DURIAN GULING2.12
9SMK AGAMA SHEIKH HAJI MOHD SAID SEREMBAN2.13
10SMK AGAMA NAIM LILBANAT2.19
11SMKA SHEIKH ABDUL MALEK 2.26
12SMKA MAAHAD MUAR2.32
13SMK AGAMA SHARIFAH RODZIAH2.41
14SMKA WATANIAH 2.41
15SMK AGAMA SEGAMAT2.48
16SMKA NURUL ITTIFAQ 2.50
17SMKA KUALA ABANG2.50
18SMK AGAMA BANDAR PENAWAR2.51
19SMK AGAMA KOTA KINABALU2.51
20SMKA SYEIKH ABDULLAH FAHIM PULAU PINANG2.53
21SMK AGAMA YAN2.54
22SMK AGAMA TOK BACHOK2.59
23SMKA (P) AL MASHOOR PULAU PINANG2.59
24SMK AGAMA KEDAH2.64
25SMKA. MOHAMAD ALI RANAU2.64
26SMKA MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG2.66
27SMK. AGAMA TUN AHMAD SHAH KOTA KINABALU2.80
28SMK AGAMA SLIM RIVER, SLIM RIVER2.81
29SMK AGAMA TUN RAHAH2.83
30SMK AGAMA (P) ALAWIYAH KANGAR2.84
31SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN2.94
32SMK AGAMA ARAU2.96
33SMK AGAMA BALING2.97
34SMK AGAMA LATI2.99
35SMKA DATO' HAJI ABBAS2.99
36SMK AGAMA MIRI, MIRI3.07
37SMK AGAMA KUALA LIPIS3.13
38SMK AGAMA SIK3.16
39SMK AGAMA JERLUN3.20
40SMK AGAMA PAHANG 3.21
41SMK AGAMA TUN JUHAR3.21
42SMKA AL MASHOOR (L) PULAU PINANG3.22
43SMK AGAMA TUN PERAK3.24
44SMK AGAMA TUN DATU MUSTAPHA KINARUT PAPAR3.33
45SMKA KUALA SELANGOR3.35
46SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAGOH 3.37
47SMK AGAMA MELOR 3.38
48SMKA FALAHIAH 3.44
49SMK AGAMA SULTAN MUHAMMAD3.47
50SMKA KIMANIS PAPAR3.48
51SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KENINGAU3.53
52SMK AGAMA WATANIAH3.58
53SMK AGAMA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB, PADAWAN3.64
54SMK AGAMA TUN SAID KOTA BELUD4.00
55SMK AGAMA MATANG 2, PADAWAN 4.06
56SMK AGAMA IGAN, DALAT4.07
57SMK AGAMA TUN SAKARAN SEMPORNA4.33
58SMK AGAMA SIBU, SIBU4.38
59SMK (A) LIMBANG, LIMBANG5.03
60SMK AGAMA SARATOK, SARATOK5.05


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement