Lama betul saya tak menulis blog. Ok, untuk post kali ini, saya ingin berkongsi info mengenai satu kedai membaiki iPhone yang semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia. Sebenarnya saya pernah bercerita dan memberikan ulasan ringkas mengenai kedai repair iPhone ini.

Kedai baiki iPhone yang saya maksudkan ialah iPro. Kali ini dengan pembukaan cawangan baharu di Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur.

Kedai iPro Wangsa Maju, Setapak - Pilihan Terbaik untuk Servis iPhone

Kedai Repair iPhone Wangsa Maju Setapak Kuala Lumpur

Seperti cawangan lain, kedai iPro Wangsa Maju menawarkan solusi untuk semua peranti yang bermasalah mengikut bajet pelanggan. Mereka menyediakan komponen original dan OEM untuk memudahkan pelanggan berbajet rendah.

Tawarkan Servis Face-to-Face Pantas

Paling menarik ialah tempoh proses untuk menukar komponen mengambil masa 20 minit sahaja manakala pembaikan besar seperti motherboard iPhone hanya mengambil masa selama 1-3 hari sahaja.


Kedai iPro - baiki iPhone di cawangan Wangsa Maju, baru sahaja dibuka sekitar awal tahun ini (2022). Ia menyediakan servis repair secara face-to-face, yang semestinya bagi meningkatkan keyakinan pengguna serta memastikan segala kerja pembaikan dan penggatian adalah telus.

Repair Face-to-Face Ikut SOP

Sesuai dengan keadaan sekarang di mana negara masih lagi berhadapan dengan pandemik, sebarang penukaran komponen yang dibuat secara face-to-face adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Pastinya keselamatan pengguna dititik-beratkan selain memberikan servis membaiki iPhone yang terbaik, telus, produk original serta mampu milik, sesuai dengan bajet pengguna.

Jaminan Servis Terbaik dan Cepat

Jika anda inginkan servis repair telefon yang pantas? Mereka di iPro boleh menjamin untuk menukarkan bateri dan skrin dalam tempoh 20 minit sahaja! Manakala, bagi komponen lain seperti charging port, volume dan on off button akan mengambil masa 45 minit sahaja.

iPro Wangsa Maju, Setapak mampu menawarkan servis yang terbaik kerana mereka mempunyai technician yang berpengalaman. Syarikat yang memfokuskan kepada servis membaiki iPhone dan telefon pintar ini telah ditubuhkan pada 2016 dan iPro Wangsa Maju merupakan cawangan ke 9.

Apa jua masalah peranti boleh terus dirujuk kepada kedai iPro ini atau boleh sahaja ke cawangan terdekat iaitu iPro Ampang.

Kelebihan iPro - Baiki iPhone dan Telefon Android

Kedai Servis Iphone Ipad Smartphone Wangsa Maju

Seperti saya katakan tadi, iPro bukan sahaja mampu membaiki peranti Apple seperti iPad, iPhone dan Apple Watch. Malahan, mereka juga menyediakan servis untuk membaiki peranti Android. Mereka ada Technician yang berpengalaman untuk membaiki semua jenis peranti.

Tahukah anda, bagi memastikan pelanggan mereka mendapat servis terbaik, iPro akan menghantar technician mereka ke program membaiki peranti secara berkala. Ini adalah untuk memastikan bahawa technician iPro sentiasa mempunyai pengetahuan terkini, berkemampuan untuk membaiki sebarang peranti samada baharu dan lama.


Kelebihan Unik iPro
  • Servis face-to-face
  • Jaminan bateri 365 hari
  • Servis membaik pulih lcd, bateri, motherboard iphone, ipad dan semua jenis smartphone

Itu sebab, pihak iPro sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menghubungi iPro dan bertanyakan sebarang soalan mengenai masalah yang dihadapi, terutama sekali pada iPhone, iPad atau apa sahaja yang berkaitan dengan telefon pintar anda.

Mereka mempunyai staff khas yang, insya-Allah akan menjawab dan melayan QnA pelanggan.

Cara Hubungi dan Mendapatkan Servis iPro Wangsa Maju

Kedai Servis Iphone Ipad Smartphone Wangsa Maju

Boleh hubungi iPro Wangsa Maju, Setapak menerusi:
  1. Whatsapp (link: wasap.my/60135000450/NakRepair)
  2. Lokasi: Seksyen 2, Wangsa Maju
  3. Alamat : 5-1, Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur

Google : iPro Wangsa Maju Setapak - Repair iPhone IPad & Mobile



5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Waaa bagus ni, kadang bila rosak tak tau nak bawa mana.. nak share kat kawan yang duduk Setapak tu haaaa

    BalasPadam
  2. lagi mudah kalau ada info begini...

    senang nak cari

    BalasPadam
  3. Kedai jam Melayu yang laju ? Semua kura2 kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai jam melayu? Errrr... tak tahu la pulak, ni pasal kedai repair handphone bang

      Padam
  4. GOOD info... tankiyu tankiyu..

    thefakhirin.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement