Adanya sistem ANPR ini, ia membolehkan pengguna melalui lorong RFID pada kadar kelajuan 30 km/j berbanding 20 km/j di lorong SmartTAG. Di samping itu, sistem RFID di PLUS dengan ANPR dan Pusat Validasi Tol (TVC) akan meningkatkan pemprosesan pembayaran sebagai langkah pertama ke arah lebuh raya sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada masa akan datang.
Muat Turun Panduan Penggunaan RFID
Saya antara pengguna lebuhraya yang menggunakan sistem RFID ini ada kedua-dua kereta yang keluarga saya ada. Sistem ini telah dipasang sekitar akhir tahun 2019.
Dan sejak itu, saya gunakan sistem pembayaran tol automatik ini di Jambatan Kedua Pulau Pinang dan juga di Lebuhraya Kulim serta di beberapa plaza tol di bahagian utara, terutama di Penang dan Kedah. Ia memang satu sistem yang pada saya melancarkan perjalanan selain mudah untuk ditambah-nilai berbanding dengan kad Touch n Go.
Pengalaman Baki Tidak Mencukupi Pada Kad Touch n Go
Pernah satu ketika, dalam perjalanan ke Sabak Bernam, saya kekurangan baki dalam kad Touch N Go saya. Disebabkan perjalanan ketika itu merupakan perjalanan kecemasan, saya terlupa untuk menambah-nilai kad Touch n Go.Alhamdulillah, nasib baiklah lebuhraya baharu antara Teluk Intan dan Setiawan (Lebuhraya Pantai Barat) itu ada menggunakan sistem RFID. Uhh apalagi, terus saya tambah nilai e-wallet Touch n Go untuk menggunakan RFID.
Cuma satu je ... nak tambah nilai hadapi sedikit kesukaran disebabkan laluan tersebut sukar nak mendapat servis talian Unifi Mobile 4G.
Apapun, secara keseluruhan, sistem RFID ini sememangnya telah memberikan kemudahan terbaik untuk pengguna lebuhraya. Ia membantu melancarkan perjalanan terutama sekali ketika melalui plaza tol lebuhraya.
Jika anda nak tahu, sistem RFID juga mampu memudahkan pelanggan untuk menambah nilai dan mengekalkan baki yang mencukupi melalui tambah nilai atas talian yang lebih selamat dan tambah nilai automatik melalui Touch 'n Go e-Wallet.
Untuk memudahkan anda memahami lebih lanjut mengenai sistem RFID dan juga ANPR, boleh baca panduan disediakan oleh PLUS di bawah ini:
Menerusi ebook Panduan Penggunaan RFID ini, anda juga akan dapat mengetahui beberapa kelebihan lain menggunakan sistem RFID ini, selain menjawab beberapa persoalan lain seperti bagaimana untuk memastikan perjalanan lebih lancar dengan sistem Tag RFID ini.
Ebook ini juga boleh dimuat-turun secara percuma di pautan berikut - Ebook Panduan RFID PLUS 2021
Ada bagus juga guna sistem RFID ini. Selain dari segi touchless dekat toll, mudah nak top up touch n go cuma dekat ewallet sahaja. Cukup menjimatkan masa.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.