Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan
Bagi menangangi penularan pandemik Covid-19, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Program ini adalah di bawah kawal selia oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melibatkan dua kementerian utama iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementeri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menerusi jawatankuasa ini, ia akan memastikan akses bekalan kepada vaksin COVID-19 untuk negara dapat diperolehi dengan kadar segera, selamat, sempurna dan berkesan untuk keseluruhan rakyat Malaysia yang setuju untuk divaksin.

Lindung Diri Lindung Semua

Lengkap Dua Dos Vaksin Pfizer

Vaksin merupakan salah satu kaedah untuk kita mengawal pandemik ini dan ia antara cara yang terbaik untuk melindungi masyarakat daripada Covid-19. Sejak kemunculan Covid-19, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh dunia untuk membangunkan vaksin Covid-19.

Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah merupakan salah satu usaha ke arah memastikan komuniti selamat dari ancaman Covid-19 yang telah memberikan impak yang besar sejak kes pertama dikesan pada Februari 2020.

Dengan bertemakan Lindung Diri, Lindung Semua; Program Imunisasi COVID-19 kebangsaan menekankan bahawa perlindungan kepada semua rakyat Malaysia hanya mampu dicapai jika kita dapat memvaksin seramai mungkin individu yang layak. Apabila setiap individu mengambil vaksin, maka mereka akan dapat melindungi orang di sekeliling daripada sebarang jangkitan yang mungkin dibawa.

Menyahut seruan kerajaan dan kesedaran mengenai kepentingan vaksinasi Covid-19 ini, saya, isteri dan emak saya telah pun memulakan langkah untuk mendaftar untuk program vaksinasi ini.

Vaksinasi Covid 19 Malaysia

Isteri saya sudah semestinya menjadi antara yang terawal menerima vaksinasi kerana merupakan frontliner yang terdedah dengan ancaman jangkitan.

Daftar Online dan Gunakan MySejahtera

Pendaftaran vaksinasi saya lakukan menerusi aplikasi MySejahtera dan juga menerusi laman web khas yang telah disediakan kerajaan. Alhamdulillah, saya dan emak saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan suntikan pertama vaksin Covid-19

Ini adalah kerana saya dan emak saya termasuklah isteri saya tergolong dalam kelompok komorbiditi.

Apa Itu Komorbiditi?

Komorbiditi adalah keadaan di mana seorang individu mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati, tahap imuniti yang rendah, penyakit asma, kanser, penyakit paru-paru kronik, strok atau obesiti.

Rasminya kami semua telah lengkap divaksinasi dua dos pada bulan Jun dan emak saya pada Ogos 2021.

Awalnya saya ada masalah dengan sijil digital lengkap dos vaksin menerusi MySejahtera, tetapi alhamdulillah, masalah tersebut telah dapat saya atasi sendiri selain bantuan daripada petugas kesihatan di pusat vaksin di tempat saya.

Yang menariknya, masalah tersebut yang saya utarakan menerusi Twitter telah mendapat perhatian ramai orang yang memberikan pelbagai komen serta cadangan. Jelas, ada sesuatu yang kekurangan pada aplikasi MySejahtera.

Apapun, yang paling penting ialah fakta yang kami sekeluarga (yang layak divaksin) telahpun menerima vaksinasi lengkap dua dos vaksin Pfizer. Alhamdulillah.

Dos Tambahan Vaksin Covid-19?

Walaupun ada ura-ura dos tambahan bakal diberikan untuk meningkatkan lagi keberkesanan vaksin, ia bukan satu masalah bagi saya, kerana ia adalah merupakan ikhtiar, bukan untuk diri sendiri semata tetapi untuk keluarga dan komuniti bagi memastikan Covid-19 tidak meragut lebih banyak nyawa.

Semoga atas usaha ini, Allah S.W.T akan memberkati dan memberikan rahmat pada kita semua, yang in Sha Allah mengangkat wabak ini daripada menjadi lebih banyak kesedihan dan kesengsaraan.


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah. Semoga terhindar dari virus covid 19

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kami juga dah lengkap..hihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah syukur Tuan.. stay safe dan jaga diri Tuan..

    ReplyDelete
  4. #pfizerclan
    bila dah lengkap 2 vaksin, kadar imunisasi adalah rendah dari mereka yang takde vaksin.
    syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. tahniah dah sec dose, moga sentiasa sihat, jemput baca doa selepas solat , Borong China , kurus

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement