Dah lama saya tak kongsikan resepi yang saya sediakan sendiri. Yelah, sebagai seorang house husband, saya memang selalu mencuba resepi-resepi untuk memenuhi selera sendiri dan keluarga. Biasanya, kalau masakan tu tak pandai saya sediakan, saya akan beli.

Tetapi itulah, apabila kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nak beli makanan ni adakala terbatas. Susah nak mencari menu masakan yang benar-benar sedap.

Resepi Sempoi Mee Bandung

Resepi Sempoi Mudah Cara Masak Mee Bandung

Mee Bandung antara menu kesukaan saya. Sebelum ini, jika saya nak makan Mee Bandung, saya akan ke Changkat Ibol, Changkat Jering. Kat situ, ada satu kedai makan yang menyediakan Mee Bandung Udang yang sedap. Tapi mee di situ bukan macam Mee Bandung Muar tu ... huhu...

Disebabkan tak boleh merentas daerah, dan pada masa sama .. teringin nak makan Mee Bandung, jadi saya pun carilah resepi untuk mencuba. Saya cari yang mudah dan senang. Bukan apa, saya ni bukannya pandai sangat memasak... setakat boleh masuk anak tekak je ... :)


Bahan-Bahan

  • 2 biji bawang besar*
  • 2-4 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 4-6 ekor Udang segar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit isi ayam yang telah dipotong kecil
  • 2-3 biji telur
  • 2 ketul tauhu siap digoreng dan dipotong kecil
  • Sawi - asingkan bahagian batang dan daun, dipotong ikut kesesuaian
  • Setengah kiub ayam Knorr
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Air
  • 1 biji tomato dipotong 4-6 bahagian
  • Suku batang lobak merah yang dihiris nipis memanjang
  • 1 biji cabai merah
  • 3-4 biji cili api

Cara Memasak

Resepi Mee Bandung

  1. Kisar atau tumbuk kasar bahan-bahan bertanda *.
  2. Goreng udang hingga separuh masak dengan sedikit minyak.
  3. Angkat udang dari gorengan.
  4. Tinggalkan sedikit minyak gorengan udang ini untuk menumis.
  5. Tumis bahan-bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau harum atau sedikit garing.
  6. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan ketiga-tiga sos dan kacau.
  8. Bila dah nampak sebati, masukkan pula ketulan ayam. Kacau sebati.
  9. Letakkan sedikit lada sulah.
  10. Apabila ayam dah masak, masukkan air.
  11. Kemudian, masukkan batang sawi, hirisan lobak dan biarkan mereneh dalam 2-3 minit.
  12. Masukkan kiub ayam.
  13. Masukkan tomato.
  14. Masukkan pula udang yang telah digoreng tadi.
  15. Letakkan garam secukup rasa, sedikit gula (jika perlu)
  16. Bancuhkan tepung dengan sedikit air, dan kemudian tuang ke dalam kuah. Kacau sehingga pekat.
  17. Masukkan cili api. Nak pedas boleh tambah.
  18. Masukkan telur.
  19. Akhir sekali masukkan daun sawi dan juga tauhu serta cabai merah yang dihiris.
  20. Kuah dah siap, dan barulah masukkan mee yang telah dibasuh dan dicelur terlebih dahulu.


Tips Memasak

Tips:
Jangan kacau apabila telur dimasukkan ke dalam kuah.
Pecahkan telur dalam bekas berasingan terlebih dahulu, takut telur tak berapa elok.
Boleh tambahkan bawang goreng dan juga hirisan daun bawang untuk hiasan dan rasa rangup.

Ok ..

Senang je kan?

Resepi ini saya ambil dan lihat cara memasak menerusi YouTube Che Nom, boleh tonton di bawah ini.


Selamat mencuba ya.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement