Siapa sangka ikan bilis pun boleh dibeli secara online. Aha .. sekarang, macam-macam boleh dijual secara online, asalkan tahu caranya. Cara paling mudah, jual je menerusi website sendiri atau gunakan platform sedia ada seperti Lazada, Shopee, Shopify atau EasyStore.

Zaman sekarang dah ramai yang suka beli-belah secara online. Ini termasuklah dengan saya dan isteri. Banyak dah barang-barang kami beli secara online, baik benda kecil mahupun besar.

Beli Online Ikan Bilis Berkualiti Terbaik

Ikan Bilis Berkualiti Jual Online

Baru-baru ni, saya cuba beli ikan bilis menerusi Shopee. Pertama kali ni beli barang macam ikan bilis. Sebelum ni, banyak beli barang elektronik, alat mainan untuk Najmi, jam tangan, peralatan dan perkakasan dapur, lampin pakai buang dan juga hiasan dalaman rumah.

Ada juga beli perabot kecil macam meja kopi. Dan alhamdulillah, setakat ini kebanyakkan barang yang dibeli memang puas hati. Errr .. ada la beberapa barang yang macam tersilap beli, mudah rosak dan ada yang jadi tukun...haha..

Tapi itulah ... barang beli online ni sukar diramal sebab kita cuma berpandukan kepada review, gambar dan info yang diberikan kepada produk.

Namun, kalau tak cuba takkan tahu .. ye tak?

Macam beli ikan bilis nilah ... first time beli ikan bilis secara online kat Shopee.

Kalau ikut pada jenama yang jual ikan bilis ni, memang ia jenama dikenali. Ada reputasi yang baik menjual ikan bilis berkualiti terbaik.

Ikan Bilis Jual Online di Shopee

Saya dapati syarikat jual ikan bilis ni ... Ocean Papa memang dikenali terutama di utara tanahair Malaysia. Cuma saya je yang tidak ketahuan mengenai jenama ini sehinggalah tergerak hati mencari di Shopee.

[Dah Baca?] 8 Sebab Guna Shopee untuk Jual Beli Online

Dan rupa-rupanya, selain di Shopee ... syarikat Ocean Papa ni pun turut jual ikan bilis secara online menerusi Lazada dan juga di Facebook.


Bagus syarikat seperti Ocean Papa ni yang nampak platform online macam Shopee dan Lazada untuk pengembangan perniagaan selain cara untuk meningkatkan jualan ikan bilis mereka. Awesome kan .. boleh beli ikan bilis dengan menggunakan telefon je .. huhu...

Ikan bilis daripada Ocean Papa ni okaylah juga walaupun tak sesedap ikan bilis mata biru Pulau Pangkor .. huhu. Sesuai dibuat sambal tumis dan jadi perencah dalam masakan. Harga dijual pun berbaloi. Jauh lebuh murah la dengan ikan bilis mata biru .. huhu..

Beli Ikan Bilis Harga Borong


Saya beli online ikan bilis dari Ocean Papa sebab ada promosi penghantaran percuma di Shopee. Jadi, bila dah ada tawaran macam tu, saya beli la... bijak tak? Hahaha .....

Kalau ada sesiapa yang berminat nak mencuba ikan bilis Ocean Papa, boleh beli online dengan klik butang di bawah ini ye ....


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagus juga ni. musim2 pandemik ni memang online adalah medium shopping terbaik. Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    BalasPadam
  2. ikan bilis nampak saja kecik...kalau dimasak mahu dua periuk seorang makan..kuasa bilis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ... saya dah mula selesa dengan seller ikan bilis ni

      Padam
  3. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Kelantan.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.

    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com

    BalasPadam
  4. ikan bilis sambal kering boleh makan nasi tambah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeahh ... lama tak buat. Ingat nanti nak buat sambal bilis hijau tu....

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement