Covid-19 masih menghantui kehidupan kita. Segala yang dulu sudah tidak lagi sama. Banyak perkara yang perlu dipraktikan dalam keadaan dikatakan norma baharu. Bukan hanya berlaku di negara kita, tetapi juga di seluruh dunia.

Virus yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar apatah lagi kini ia mampu menjangkiti orang lain tanpa sebarang simptom, maka akan ada kebarangkalian besar, setiap daripada kita ada keperluan untuk membuat ujian pengesanan virus Covid-19.

Kadar Bayaran Ujian Pengesanan Covid-19

Kadar Bayaran Test Covid-19

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan ada menyediakan kemudahan untuk ujian pengesanan virus Covid-19. Ujian ini ditawarkan di fasiliti kesihatan kerajaan dengan kadar bayaran tertentu.

Bayaran ini bagaimanapun tertakluk dalam [Peraturan 3 di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan Covid-19) 2020].


Berikut adalah kadar bayaran bagi ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kesihatan kerajaan:

Menerusi kemudahan yang ada di fasiliti kerajaan, terdapat 3 jenis ujian:

Ujian Pengesanan Covid-19

Kadar Bayaran untuk Buat Ujian Covid-19 di Hospital Kerajaan
  1. Tindak balas berantai polimerase (Rt-PCR)
    • Warganegara - RM150 / Bukan warganegara - RM 250
  2. Kit ujian pantas (RTK) Antigen
    • Warganegara - RM60 / Bukan warganegara - RM 120
  3. Kit ujian pantas (RTK) Antibodi
    • Warganegara - RM30 / Bukan warganegara - RM 60

Siapa Yang Dikenakan Bayaran untuk Ujian Covid-19?

Harga Bayaran Ujian Covid-19 di Malaysia

Bayaran ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kerajaan tidak akan dikenakan kepada:
  • Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif Covid-19.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif Covid-19.
  • Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  • Individu di bawah survelan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI).
  • Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan Covid-19


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement