bisnes shopee
Tak ada idea nak masak hari ini? Apakata anda cuba masak menu Ayam Percik yang saya akan kongsikan di bawah ini. Bolehlah anda jamu keluarga anda, samada untuk makan tengahari, makan malam atau dijadikan juadah berbuka puasa.

Cuma menu Ayam Percik kali ini, anda tidak perlu susah payah nak membakar guna arang. Apa yang anda perlukan ialah sebuah air fryer. Aha .. ya, masak Ayam Percik guna air fryer!

Resepi Masak Ayam Percik Guna Air Fryer

Resepi Ayam Percik Guna Air Fryer

Resepi ini adalah merupakan resepi perkongsian daripada Puan Salmy, iaitu penulis ebook dan penerbit konten berkaitan menu yang dimasak menggunakan air fryer. Jika anda ada mendapatkan ebook resepi beliau, tentu dah biasa dengan pelbagai resepi sedap lagi mudah yang telah dikongsikan dengan menggunakan air fryer ini.

Ok, buat anda yang memang sudah mempunyai air fryer di rumah, dan kali ini nak mencuba memasak menu Ayam Percik, bolehlah gunakan panduan di bawah ini:

Ayam Percik Dimasak Guna Air Fryer

Bahan Perapan

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit garam
Anda perlu kisar semua bahan dan lumurkan kat ayam. Kemudian, perap ayam tersebut selama 1/2 jam atau lebih. Lebih lama adalah lebih baik dan in Sha Allah lagi sedap.

Bahan-Bahan Untuk Kuah

  • 9 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 batang serai
  • Garam dan gula
  • Santan
  • Asam keping
  • Sedikit tepung beras


Ikuti tatacara di bawah untuk penyediaan kuah Ayam Percik:

  1. Kisar semua bahan di atas kecuali santan, asam keping dan tepung beras.
  2. Kemudian tumis bahan kisar dengan api perlahan.
  3. Setelah itu, masukkan pula santan dan asam keping.
  4. Masukkan sedikit tepung beras (sudah dicampur sedikit air)
  5. Kacau semuanya sehingga menjadi pekat.
  6. Kemudian, masukkan garam dan gula.
  7. Buang asam keping dari kuah. Ini adalah untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu masam jika dibiarkan asam keping terlalu lama di dalam kuah.



Cara membakar

  1. Bakar ayam yang diperap dalam bakul air fryer, suhu 200 darjah selama 25 minit (ikut saiz dan kuantiti ayam)
  2. Selepas 8@10minit, buka bakul air fryer dan curahkan kuah ke atas ayam. Kemudian sambung balik membakar.
  3. Selang 5-8 minit balikkan ayam dan ulang proses yang sama supaya ayam betul-betul bersalut dengan kuah.
  4. Ulangi proses tu sampai selesai masa membakar.


Ok. Selamat mencuba.


Apa yang sedapnya ialah, ayam yang dimasak menggunakan air fryer ini lebih empuk dan lembut. Ayam juga masak sempurna dan memang sedaplah setelah diperap lama dengan bahan perapan.

Jika nak dapatkan lebih banyak resepi sedap daripada Puan Salmy ini, bolehlah muat-turun panduan 27 resepi sedap Air Fryer menerusi link (butang) disediakan di bawah ini:



Masak Ayam Percik Guna Air Fryer

Menerusi panduan tersebut, anda bukan setakat dapat resepi sedap menggunakan air fryer, tetapi juga cara-cara untuk menjaga peralatan ini selain mengetahui beberapa tips berguna penggunaan air fryer.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Sedapnya nampak. Boleh try la pasni.

    ReplyDelete
  2. menariknya ayam percik itu.
    warnanya amat memikat!

    aida ada sebuah buku resepi air fryer.
    chef hanieliza. tapi ntah mana buku tu :(
    pindah rumah and it was missing...
    bukan rezeki aida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam buku panduan air fryer tu pun ada reesepi ... :P

      Delete
  3. menggoda sangat ayam tu. kaella lama dah berhajat nak beli air fryer, tapi sampai skrg belum beli lagi.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedapnya ayam percik tuuu! Tengok bahan dan cara buat pun nampak senang. Nanti ada kesempatan boleh cik tk try buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syokkan bila ada Air Fryer ni .. kerja kerja macam bakar, panggang jadi mudah. Alhamdulillah.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee

Free iPhone 12 Pro