TikTok adalah antara aplikasi dalam smartphone yang semakin banyak menerima perhatian. Walaupun aplikasi ini sering dilanda pelbagai macam kontroversi, ini tidak membuatkan kepopularan aplikasi ini menurun.

Malah, baru-baru ini majalah Forbes telah berkongsikan senarai 7 orang remaja yang mempunyai pendapatan yang tertinggi menerusi hasil bermain video TikTok. Anda nak tahu siapakah remaja-remaja ini yang berjaya menhasilkan pendapatan sehingga jutaan dollar (USD) dengan aplikasi TikTok ini?

Senarai 7 Remaja Berpendapatan Tinggi Bermain Video TikTok

Senarai Pemain TikTok Berpendapatan Lumayan

Menerusi senarai dikeluarkan oleh Forbes, remaja bernama Addison Rae telah mendahului senarai bintang TikTok yang berpendapatan tinggi untuk suku kedua tahun 2020. Beliau telah menjana pendapatan sekitar USD$ 5 juta (RM20.94 juta) menerusi TikTok, alat solek, American Eagle dan Spotify untuk tempoh 12 bulan yang berakhir pada bulan Jun 2020.

Dengan jumlah follower yang sangat tinggi iaitu sebanyak 54 juta di TikTok, Rae juga telah menghasilkan lebih banyak pendapatan berbanding bintang TikTok yang paling ramai follower iaitu Charli D'Amelio (hampir 77 juta).


Charli D'Amelio kini berada pada kedudukan ke-2 remaja paling tinggi pendapatan menerusi TikTok dengan anggaran pendapatan sekitarUSD$ 4 juta (RM16.75 juta) untuk jangka masa yang sama.

Di tempat ketiga pula adalah Charli, Dixie, dengan pendapatan sekitar USD$ 2.9 juta (RM12.14 juta) setahun.

Teen with Huge Income from TikTok
Addison Rae

Berikut adalah senarai tujuh bintang TikTok berpendapatan tertinggi,mengikut anggaran Forbes untuk suku kedua tahun 2020:

  1. Addison Rae - US $ 5 juta (RM20.94 juta)
  2. Charli D'Amelio - US $ 4 juta (RM16.75 juta)
  3. Dixie D'Amelio - US $ 2.9 juta (RM12.14 juta)
  4. Loren Grey - US $ 2.4 juta (RM10.05 juta)
  5. Josh Richards - US $ 1.5 juta (RM6.28 juta)
  6. Michael Le - AS $ 1.2 juta (RM5.02 juta)
  7. Spencer X - AS $ 1.2 juta (RM5.02 juta)


Charli and Dixie D'Amelio
Charli dan Dixie D'Amelio

Hebat bukan? Uhh saya rasa pasti ramai yang mengagumi remaja-remaja ini yang mampu menjana pendapatan sendiri, apatah lagi di waktu ramai orang terpaksa strungle berdepan dengan pelbagai masalah berpunca dari pandemik Covid-19. Ramai yang hilang punca pendapatan kerana kesan pandemik ini.

Covid-19 Buka Peluang Lain Menjana Pendapatan Secara Online

Walaupun pandemik yang masih tiada penawar ini telah menjejaskan banyak punca mata pencarian, ia juga tidak dinafikan membuka peluang lain.

[Dah Baca?] Cara Buat Duit Secara Online Dengan YouTube

Menurut beberapa laporan, jumlah pengguna di media sosial termasuklah aplikasi video seperti TikTok, YouTube dan seumpamanya meningkat berkali-kali ganda. Ini adalah kerana ramai antara kita menghabiskan masa duduk di rumah dan menjadikan peranti mudah alih seperti telefon bimbit sebagai tempat menghabiskan masa terluang.

Bahkan banyak syarikat penerbitan drama dan filem telah menjadikan platform online untuk meraih sumber pendapatan tambahan.

Jika anda seorang yang kreatif, maka bolehlah gunakan peluang yang ada sekarang untuk memuatkan konten samada di TikTok, atau di Youtube mahupun medium lain seperti blog untuk menjana pendapatan.

Jika tak mahir, maka belajar daripada mereka yang dah mula dari awal, atau boleh sahaja cari di internet, segalanya di hujung jari. Soalnya, hendak dengan tidak dan percaya dengan apa yang ingin dilakukan.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tik tok kalau digunakan dijalan yang betul ada untungnya. kalau tak, rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tips dan tutorial best kat TikTok tu ... apa2 jua teknologi kalau digunapakai untuk kebaikan, ia bakal beri manfaat termasuklah cara utk berdakwah dan menyampaikan ilmu.

      Delete
  2. Belum diberi kekuatan untuk install Tiktok. Hehe.

    ReplyDelete
  3. addsion rae tu dah macam celeb dah sekarang ni. siap berkawan dgn kardashians lagi. LOL

    ReplyDelete
  4. Tiktok kalau tak salah guna boleh aje mendatangkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam TikTok banyak je video yang best, menarik dan boleh berikan pengetahuan ... jika asyik nampak video pompuan goyang je tu .. mesti sebb pengguna tu yang sendiri cari ... muhahaha

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement