Perlaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Negara 2020 (MyCensus 2020) yang dijadualkan bagi fasa kedua bermula dari 7 hingga 24 Oktober 2020 telah ditangguhkan dan dijadualkan semula ke tahun hadapan. Penangguhan ini telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2020 berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjadualkan semula Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 fasa kedua yang sepatutnya bermula pada 7 hingga 24 Oktober ini kepada 20 Januari sehingga 6 Februari 2021.

Tarikh Banci Bersemuka MyCencus  2020 Ditangguh Ke Tahun 2021

Jadual Baharu Banci Penduduk MyCensus 2020

Disebabkan tarikh banci penduduk secara bersemuka telah ditangguh ke tahun hadapan, maka Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuat penyusunan semula Banci 2020 melibatkan kedua-dua fasa Banci ini.

Menurut pengumuman dikeluarkan menerusi portal dan facebook rasmi MyCensus2020, fasa pertama Banci yang dijalankan secara dalam talian (e-Census) kini dilanjutkan bermula daripada 7 Oktober hingga 21 Disember 2020 perincian seperti berikut:

  1. Pra-pendaftaran bagi pengisian e-Census akan dibuka semula bermula 7 Oktober hingga 30 November 2020 dan tarikh akhir pengisian e-Census adalah sehingga 21 Disember 2020 dan
  2. Poskad ID e-Census akan dihantar ke kawasan yang disasarkan dan tarikh akhir pengisian e-Census adalah pada 21 Disember 2020.

E-Census 2020

Dengan makluman ini, maka diingatkan agar berhati-hati dengan mana-mana individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai Pembanci untuk membuat bancian secara bersemuka memandangkan fasa kedua ini telah ditangguh ke tahun 2021. Untuk info, pelantikan Penyelia dan Pembanci juga telah ditamatkan pada 7 Oktober 2020.

Panduan Ringkas Pengisian E-Census

Panduan Ringkas Mengisi e-Census - Banci Penduduk Online 2020

Memandangkan fasa kedua ditangguh dan fasa pertama banci dilanjutkan, berikut adalah panduan ringkas untuk pengisian E-Census dalam memastikan negara melengkapkan data negara seperti dirancang.

  1. Poskad banci akan diedarkan ke kawasan yang disasarkan mulai 7 Oktober 2020.
  2. Layari Portal MyCensus (https://www.mycensus.gov.my/) atau terus ke laman sesawang e-Census (https://ecensus.mycensus.gov.my/).
  3. Klik Pengguna Kali Pertama

    Jika anda menerima Poskad: Terus ke Langkah 8.

    Jika anda TIDAK terima Poskad: Membuat Pra–Pendaftaran mulai 7.10.2020 - 30.11.2020 dengan klik ‘DI SINI‘ untuk mendapatkan Invitation Code (Pautan : https://ecensusreg.mycensus.gov.my/).

  4. Kemaskini maklumat peribadi berikut:
    1. Nama
    2. No. kad pengenalan
    3. Alamat e-mel
    4. No. telefon
    5. Alamat tempat kediaman semasa
    6. Bilangan lelaki dan perempuan yang biasa tinggal di alamat ini

  5. Pengesahan Pra-Pendaftaran

    Terima emel pengesahan Pra-Pendaftaran dan perlu klik butang ‘Sahkan Di Sini’.

  6. Invitation Code

    Terima e-mel Invitation Code NG DB BP TK.

  7. Klik Pengguna Kali Pertama semula
  8. Daftar e-Census

    Masukkan nama, e-mel dan no. telefon serta Invitation Code (NG DB BP TK) yang diperolehi melalui poskad atau emel Pra-Pendaftaran.

  9. One Time Password (OTP) (PENDAFTARAN e-CENSUS)

    Terima One Time Password (OTP) melalui SMS dan emel yang didaftarkan selepas membuat pendaftaran Pengguna Kali Pertama.

  10. Menjawab soal selidik melalui sistem e-Census

    Pengisian mengikut Ahli Isi Rumah (AIR).

  11. Perakuan dan Hantar

    Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul, lengkap dan tepat sebelum klik butang 'SAHKAN'.

    Tiada lagi aktiviti pengemaskinian maklumat boleh dilaksanakan selepas langkah 1️1

  12. Selesai e-Census

    Terima notifikasi selesai menjawab e-Census beserta salinan maklumat responden yang telah lengkap diisi melalui e-mel.

    Sekiranya responden ingin meneruskan pengisian e-Census pada masa lain, pastikan responden menyelesaikan semua soalan bagi satu seksyen sebelum klik butang Log Out.

  13. Log Masuk

    Masukkan no. Telefon yang didaftarkan.

    Sila sediakan dokumen peribadi sebagai rujukan sebelum mengisi e-Census seperti no kad pengenalan ahli keluarga, butiran pendidikan diri serta keluarga.


Jika ada persoalan am mengenai Banci Penduduk dan Perumahan 2020, anda boleh rujuk terus di laman Facebook rasmi MyCensus2020 (klik).

Oh ya, untuk pengetahuan anda, saya pernah terlibat dengan proses banci penduduk sebelum ini sebagai penyelia. Jika anda nak tahu cabaran, tanggungjawab dan ragam ketika saya terlibat dengan banci, boleh baca di sini - Pengalaman Penyelia Banci - Ketahui Tugas dan Tanggungjawab Penyelia Banci Penduduk

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement