Cara Memohon Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sejak negara dilanda Covid-19, ada beberapa perkara termasuklah permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM malah kemasukan ke SMKA dan SABK juga alami beberapa perubahan kecil.

Memandangkan kerajaan telah mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dibatalkan kerana terkesan dengan pandemik Covid-19, kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Bagaimana Cara Untuk Memohon ke Tingkatan 1 SMKA/SABK Negeri Pulau Pinang?

Cara Mohon Tingkatan 1 ke SMKA dan SABK 2021 Penang

PKSK adalah merupakan satu kaedah bagi menggantikan UPSR sebagai keperluan wajib untuk memohon dan memasuki tingkatan satu ke sekolah khusus, iaitu SBP, SMKA/SABK, Maktab Tentera Diraja, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuklah Sekolah Teknik/Vokasional. Walaupun ianya dianggap sebagai 'gantian' untuk UPSR tahun ini (2020), tiada sebarang keputusan ujian akan diumumkan atau diberikan kepada calon.

Pihak Kementerian Pendidikan cuma akan menggunakan hasil keputusan PKSK ini beserta penilaian dan keputusan peperiksaan dalam Pengkalan Data Murid (APDM) sebagai cara pemilihan murid atau pelajar yang layak ke sekolah khusus yang telah dipilih dalam borang pendaftaran PKSK.


Untuk memohon kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan juga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), selain menduduki ujian PKSK, calon juga dikehendaki untuk membuat permohonan di sekolah-sekolah SMKA/SABK yang diinginkan secara terus dan kemudian menghadiri ujian kelayakan yang telah ditetapkan.

[Dah Baca?] Tips Untuk Hadapi Temuduga Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Berikut adalah maklumat berkaitan cara untuk memohon dan tarikh ujian kemasukan Tingkatan 1 (2021) SMKA dan SABK bagi negeri Pulau Pinang:

SMKA/KAA

Untuk info Kelas Aliran Agama ditawarkan di sekolah-sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan biasa adalah dianggap sebagai cabang SMKA kerana subjek yang ditawarkan dan diajar adalah sama sahaja di SMKA.

Untuk memohon kemasukan ke tingkatan satu SMKA/KAA, selain wajib mengambil Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), calon juga perlu lulus di dalam Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA).

Ujian kelayakan untuk ke tingkatan satu SMKA/KAA negeri PULAU PINANG akan dijalankan di sekolah rendah masing-masing (dalam negeri Pulau Pinang) seperti berikut:

Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA)

  • Tarikh: 11 November 2020
  • Hari: Rabu
  • Masa: 9:00 pagi - 1:00 petang
  • Tempat: Sekolah Rendah masing-masing


Berikut pula adalah senarai SMKA/SABK di Pulau Pinang dan tarikh ujian dan temuduga bagi ujian kemasukan ke Tingkatan satu:

SMKA Syeikh Abdullah Fahim (SAF), Nibong Tebal

SMKA Sheikh Abdulah Fahim Nibong Tebal

  • Tarikh: 17 hingga 19 November 2020
  • Hari: Selasa hingga Khamis
  • Lokasi: SMKA SAF, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan

SMA Al-Maahadul Islami Tasek Junjung (MITAJ)

  • Edaran Borang Permohonan: 1 Oktober hingga 30 Oktober 2020
  • Ujian/Temuduga: 28 November 2020
  • Masa: 8:00 pagi
  • Alamat: 1627 Kg. Tasek Junjung, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan
  • Telefon: 04-4872322


Maktab Wan Jah

  • Edaran Borang Permohanan: 1 Oktober 2020
  • Ujian/Temuduga: 21 November 2020
  • Masa: 8:00 pagi
  • Alamat: Jalan Telaga Air, Butterworth
  • Telefon: 04-3233855

Madrasah Khairiah Islamiah

  • Edaran Borang Permohonan: 15 September - 15 Oktober 2020 (Online) (klik sini)
  • Ujian (Program Tahfiz): 24 Oktober 2020
  • Ujian (selain Tahfiz): 13 November 2020
  • Masa: 8:00 pagi
  • Alamat: SABK Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah, Pokok Sena, Kepala Batas
  • Tel: 04-5759385

SMA Daeratul Ma'arifil Wataniah (DMW) 1

  • Edaran Borang Permohonan: 27 September - 16 November (Online) (klik sini)
  • Ujian/Temuduga: 28 November 2020
  • Masa: 8:00 pagi
  • Alamat : Jalan Perak, Kepala Batas 
  • Telefon: 04 -5754140

SMA Daeratul Ma'arifil Wataniah (DMW) 2

  • Edaran Borang Permohonan: 1 November 2020
  • Ujian/Temuduga: 12 Disember 2020
  • Masa: 8:30 pagi
  • Alamat: SMA (SABK) DMW 2 Guar Perahu, Bukit Mertajam
  • Telefon: 04-5211236

SMA Faqiah Daimiah

  • Permohonan: 1 Oktober hingga 27 November 2020
  • Ujian/Temuduga: 21 November 2020
  • Masa: 8:30 pagi - 9:00 pagi
  • Alamat: SMA Faqiah Daimiah Permatang Pauh
  • Telefon: 04-3901105

SMA Imam Nawawi

  • Edaran Borang Permohonan: 1 Oktober hingga 30 November 2020
  • Ujian/Temuduga: 5 Disember 2020
  • Masa: 7:30 pagi
  • Alamat: Lahar Minyak, Kepala Batas
  • Telefon: 04-5793960

[Dah Baca?] Cabaran Besar Belajar di SMKA TMUA

SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah

  • Edaran Borang Permohonan: 5 Oktober 2020 (link)
  • Ujian/Temuduga: 28 November 2020
  • Masa: 8:00 pagi
  • Alamat: Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam
  • Telefon: 04-5374842

SMA Tarbiah Islamiah

  • Edaran Borang Permohonan: 25 September 2020 (link)
  • Ujian/Temuduga: 28 November 2020
  • Masa: 8:00 pagi
  • Alamat: Jalan Perak, Georgetown
  • Telefon: 04-2262153


SM Islam Al-Masriyah

  • Edaran Borang Permohonan: 15 Oktober 2020 (link)
  • Ujian/temuduga: 28 November 2020
  • Masa: 8:00 pagi
  • Alamat: Jln Abd Kadir, Bukit Mertajam
  • Telefon: 04-5385126

Maahad Al-Mashoor Al-Islami

  • Edaran Borang Permohonan: 16 Oktober - 16 November 2020 (link)
  • Ujian/Temuduga: 28 November 2020
  • Masa: 8:00 pagi
  • Alamat: MK G, Jalan Sungai Nipah, Balik Pulau
  • Telefon: 04-8661190

Ibu bapa atau calon yang ingin meneruskan pelajaran ke Tingkatan Satu ke sekolah SABK seperti disenaraikan di atas, perlu mendapatkan borang di sekolah-sekolah terbabit. Ada sesetengah sekolah mengenakan bayaran untuk borang dan ianya terhad.

Ada sekolah yang menyediakan borang secara online. Boleh klik ke link yang telah saya sediakan.

Untuk maklumat lanjut, disyorkan untuk telefon sekolah terbabit.

Moga bermanfaat dan silakan kongsi (share) posting ini di media sosial yang berkaitan ya, terima kasih.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Semoga lebih ramai anak-anak mohon kemasukan ke tingkatan satu sekolah agama ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement