Pernah tak anda singgah dan jenguk apa yang ada di dalam Muzium Di-Raja Kedah yang terletak di Alor Setar, Kedah?. Jika anda penduduk Kedah, pasti dah pernah tahu mengenai kewujudan muzium ini yang bersebelahan dengan beberapa mercu tanda Alor Setar, antaranya Masjid Zahir, Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat dan Galeri Seni Negeri Kedah.

Lokasinya mungkin agak tersorok, di belakang Balai Besar Alor Setar yang pernah menyaksikan beberapa peristiwa besar negeri Kedah mahupun Malaysia amnya. Muzium Di-Raja Alor Setar adalah asalnya Istana Kota Setar yang dibina sekitar tahun 1732.

Kunjungan Singkat ke Muzium Di-Raja Kedah, Dulunya Adalah Istana Kota Setar

Istana Kota Setar Kini Muzium Diraja Kedah

Muzium ini yang asalnya sebuah istana adalah merupakan mercu tanda pertama Alor Setar ketika awal pembukaannya. Ia dibina sebagai sebuah istana oleh Sultan Kedah ke 9 iaitu Sultan Muhammad Jiwa. Ketika itu, ia dikenali sebagai Istana Kota Setar.

Muzium atau Istana Kota Setar ini asalnya adalah sebuah istana yang diperbuat daripada kayu sebelum dibina semula oleh Sultan Ahmad Tajuddin dengan batuan. Ketika itu, istana ini turut juga dikenali sebagai Istana Mak Wan Besar, sempena nama permaisuri Sultan Ahmad Tajuddin, Wan Hajar Wan Ismail.


Istana ini turut dikenali sebagai Istana Pelamin, ketika zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid, iaitu ayahanda kepada Tunku Abdul Rahman.

Walaupun istana ini pernah beberapa kali mengalami kerosakan, akibat serangan tentera Bugis pada tahun 1770, dan tentera Siam pada tahun 1821; ia kekal wujud sehingga sekarang yang akhirnya dijadikan sebuah Muzium Di-Raja untuk Negeri Kedah.

Muzium Diraja Kedah

Antara fakta menarik mengenai muzium atau istana ini ialah ianya merupakan tempat Tunku Abdul Rahman Putra dibesarkan, semasa ayahandanya, Sultan Abdul Hamid dan bondanya, Mak Che Manjalara bersemayam di istana ini.

Jadi, antara perkara yang boleh anda lihat dalam muzium ini adalah yang berkaitan dengan diri Tunku Abdul Rahman yang juga Bapa Kemerdekaan negara.



Masjid Zahir

Lagi satu perkara menarik mengenai muzium ini yang mungkin ramai tidak tahu ialah semua bangunan Istana Diraja ini adalah dalam kedudukan menghadap Kiblat. Manakala pembinaan istana ini adalah bersama dengan Balai Besar dan juga Masjid Zahir, yang menunjukkan bahawa kerajaan negeri Kedah ketika itu mengangkat agama Islam sebagai simbol tertinggi walaupun sebelum ini ia dikenali dalam sejarah sebagai sebuah negeri tertua di Malaysia yang awalnya adalah tapak candi untuk agama Buddha.

[Baca Juga] Asal-Usul Alor Setar dan Sejarah Unik Negeri Tertua di Malaysia

Ia juga pernah dijadikan tempat bagi upacara perkahwinan di raja besar-besaran pada tahun 1904 di mana majlis tersebut berlangsung selama 3 bulan berturut-turut bagi meraikan perkahwinan putera dan puteri Sultan Abdul Hamid. Balai Besar dijadikan tempat meraikan tetamu dan rakyat ketika itu.

Balai Besar


Sebelum negara dilanda Covid-19, saya dan keluarga berkesempatan untuk singgah dan melawat Muzium Diraja Kedah ini. Apa yang kami dapati, muzium ini penuh dengan segala koleksi diraja termasuklah persenjataan, alat menenun kain, peralatan solekan, bilik beradu putera-puteri sultan Kedah, info berkaitan sejarah Kesultanan Melayu Kedah, pencapaian ikon-ikon diraja negeri Kedah seperti Tunku Abdul Rahman dan banyak lagi.


Anak saya sangat teruja dapat melihat koleksi persenjataan dan juga koleksi mesin jahit tangan yang pernah dimiliki oleh keluarga di-Raja Kedah. Mesin jahit yang terkecil pernah saya lihat ini dikatakan hanya digunakan oleh golongan bangsawan ketika pemerintahan di-raja Kedah.

Mesin Jahit Tangan Golongan Bangsawan

Jika anda ada kelapangan berkunjung ke Alor Setar, bolehlah singgah ke Istana Kota Setar atau Muzium Di-Raja Kedah ini. Ianya dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Balai Nobat
Galeri Seni Kedah

Anda juga dapat berkunjung ke Balai Besar, Galeri Seni, Masjid Zahir dan juga Galeri Sultan Abdul Halim yang berdekatan.

Pada waktu malam, dataran di hadapan muzium ini akan meriah dengan kehadiran orang ramai yang mengambil angin malam dan bersiar-siar.

Dataran Alor Setar

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Kalau orang kedah tak penah pi lagi. malu la. hehee

    ReplyDelete
  2. Teringin nak melawat tapi kena tunggu COVID reda dulu.

    ReplyDelete
  3. Nanti bila ke kedah boleh la sy singgah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle