Shopping lagi, sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai pengalaman beli-belah secara online membeli barang yang saya nak di laman web MrDIY. Tetapi kali ini, saya beli-belah mendapatkan barangan MrDIY tetapi bukan di laman web rasminya, tetapi di Shopee.

MrDIY memang ada banyak barangan yang menarik yang boleh dibeli. Harga pula cukup murah dan kualiti produk tidaklah teruk mana. Malah, ada produk dari jenama-jenama dipercayai dijual di MrDIY pada harga lebih murah di kedai atau tempat lain.

Berjimat Beli-Belah Secara Online di MrDIY2U Shopee

Shopping Keperluan di MrDIY2U Shopee

Sempena promosi jualan daripada Shopee untuk 9.9 Super Shopping Day, saya pun apalagi ... tak lepaskan peluang untuk restock barang keperluan rumah yang semakin kekurangan. Alhamdulillah, semua barangan yang saya nak, ada potongan dan diskaun.

Jadinya, apa yang saya beli tambah berbaloi-baloi la. Tak perlu susah payah nak ke kedai MrDIY, yang perlu patuh kepada SOP.

Walaubagaimanapun, barang sampai agak lambat dari jangkaan kebiasaan saya beli-belah barang secara online ni. Pun begitu, saya ok je kerana semua barang sampai dengan selamat, dibalut dengan rapi termasuklah produk yang berasaskan cecair.


Nak tahu apa yang saya 'borong' dari MrDIY2U di Shopee?

Jimat Bershopping Online di MrDIY Shopee


Antara yang saya beli adalah plastik sampah, bateri AAA, cecair pencuci lantau, tisu dapur, cecair pencuci kereta, cecair pencuci serbaguna dan juga sebuah storage box yang jauh lebih murah dari biasa.

Disebabkan promosi 9.9 Shopee Super Shopping Day, semua barang dihantar tanpa dikenakan sebarang caj penghantaran. Jimat lagi.

Memang berbaloi dan jimat banyak bila bershopping secara online ni. Apatah lagi bila ada promosi besar-besaran seperti jualan 9.9. Makanya, selepas ini ... andai nak dapat lebih diskaun, promosi dan jimat lebih, ambil kesempatan untuk shopping pada kempen-kempen promosi seperti jualan Shopee 9.9 Super Shopping Day ini.



Untuk info, jualan 9.9 Super Shopping Day di Shopee telah bermula dari 21 Ogos hingga 9 September 2020. Jadi, jangan pelik lak tengok resit pembelian saya tu adalah pada tarikh 1 September walaupun nama kempen promosi Shopee adalah 9.9.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement