Ramai yang sebenarnya menanti kemunculan Proton X50 baharu. Setelah ramai yang berteka-teki mengenai bentuk rekaan Proton X50, akhirnya pihak Proton mendedahkan rupa sebenar model yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2020.

Proton X50 yang merupakan SUV segmen-B yang mensasarkan golongan muda bakal muncul dengan warna badan dua tona iaitu kemasan hitam berkilat pada bahagian bawah dan bumbung badan.

Gambar Proton X50 Didedahkan Secara Rasmi

Gambar Proton X50

Seperti yang boleh anda lihat, model SUV terbaru dari Proton ini muncul dengan logo Proton yang lebih besar, lalu membezakannya dengan kembar model ini di pasaran China yang menjadi asasnya iaitu Geely Binyue.

Gambar Proton X50 yang dipaparkan ini kemungkinan besar adalah untuk versi varian paling premium dengan set rim aloi besar kemasan dua tona.

Gambar Proton X50 Baharu 2020

Sehingga post ini ditulis, tiada info lengkap mengenai spesifikasi sebenar termasuklah enjin berkenaan model Proton X50 ini. Tetapi ramai percaya ianya tidak jauh beza dengan Geely Binyue.

Namun, daripada teaser yang dikeluarkan oleh Proton, model ini akan dilengkapi dengan kunci yang boleh menghidupkan enjin kereta ini dari jarak jauh.

Gambar Dalaman Proton X50
Gambar Dalaman Proton X50

Gambar Proton X50 telah didedahkan secara rasmi oleh Proton. Apa pandangan pertama anda selepas melihat bentuk dan rekaan Proton X50 ini?

Foto Rasmi Proton X50

SUV terbaru dari Proton ini dijangka akan dirasmikan pada pertengahan September atau awal Oktober 2020. Sama-sama nantikan .... :)

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oo ni yg viral kat fb najib smlm.. tun dulu kutuk psl x70 tapi smlm tun sudah jatuh chenta pulokk.. hahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement