Set memancing untuk si anak dara. Sejak anak perempuan saya, si Maira menunjukkan minat untuk memancing, saya ambil keputusan untuk hadiahkan satu set pancing baharu untuknya.

Minat Maira terhadap memancing bermula apabila baru-baru ni dia dah pandai melontar atau cast pancing semasa bercuti di Kelong Chalet Ibrahim, dekat Ayer Tawar, Perak.
Kebetulan, Lazada ada buat jualan sempena 9.9. Makanya, selain mencari beberapa produk yang menarik dengan diskaun untuk diri sendiri, saya cari jugalah set pancing untuk anak saya.

Beli Set Memancing di Lazada, Harga Murah Tetapi Berbaloi untuk Si Anak Dara 

Beli Set Memancing Online

Sebagai bapa yang memang minat memancing, agak menggembirakan bila tahu ada anak yang menunjukkan minat pada hobi yang sama. Jadinya, kenalah asah hobi yang ada, apatah lagi memancing ini boleh juga dianggap sebagai skill hidup.


Saya ada kenal beberapa pemancing wanita. Uhh ... memang hebat derang ni, malah mampu mengalahkan ramai pemancing lain termasuklah saya dari segi teknik memancing.
Berbalik pada set pancing untuk anak dara saya yang dibeli di Lazada.

Set Pancing Jenama Sougayilang dari China

Saya ambil keputusan untuk belikan satu set berbanding beli asing-asing. Set memancing yang saya beli di Lazada ini adalah jenama Sougayilang, dari China. Ini pertama kali saya beli set memancing penuh dari Lazada, manakala jenama Sougayilang adalah jenama yang sebelum ini saya tak pernah tahu.\

Beli Set Memancing Online
Beli Set Memancing Online
Beli Set Memancing Online
Beli Set Memancing Online

Set memancing yang saya beli di Lazada ini terdiri dari batang pancing atau joran dengan 5 bahagian (5 pieces rod), mesin pancing, tali, mata kail, pelampung, soft lure, jig head dan beberapa lagi.

Kiranya semuanya lengkaplah, dan boleh terus guna.

Set Memancing Warna Purple? Pink?

Memandangkan saya beli untuk seorang anak dara, jadi saya pilih warna purple, tapi anak saya kata ia warna pink. Err purple ke pink sebenarnya ehh? Haha ...

Jika anda nak mencari set memancing yang sama, bolehlah dapatkan terus menerusi Lazada di pautan berikut - Sougayilang LazzMall

Beli Set Memancing Online

Harga untuk set ini adalah RM59.70, selepas diskaun dan free shipping, saya cuma bayar RM53.26 sahaja.

Penghantaran menerusi LEX MY dan mengambil masa lebih kurang 7 hari bekerja.
Buat masa ini, set ini masing lagi belum dapat 'dihanyirkan' lagi. In Sha Allah, nanti saya nak bawa anak dara saya ni mencuba memancing ikan darat dulu. Harapnya nanti, seronoklah dia dapat memancing menggunakan set memancing sendiri ini.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement