Bila berada di dalam bulan Kemerdekaan ni, pastinya kisah-kisah sejarah mengenai peperangan adalah sesuatu yang menarik untuk diceritakan kembali. Banyak sebenarnya kisah sejarah mengenai peperangan terutama yang ada kaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu yang kita tidak tahu.

Dulu, kita tidak mempunyai sumber yang banyak untuk mendapatkan bahan dan juga rujukan. Tetapi kini, dengan adanya teknologi, banyak kisah dan fakta yang tidak diketahui umum sebelum ini dibongkar dan dikongsikan.

10 Fakta Perang Dunia Kedua Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Fakta Tidak Diketahui Umum Mengenai Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua adalah perang yang secara tidak langsung telah membabitkan negara kita. Pembabitan Jepun dan juga United Kingdom (U.K/England) sedikit sebanyak mencorakkan kisah bagaimana negara akhirnya mampu menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka.

Saya teringat cerita dari arwah Opah dan juga emak saya, ketika Perang Dunia Kedua, atau lebih tepat semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu; Tanah Melayu dikira berada di  zaman 'kegelapan'. 

Mana taknya, nak buka lampu pun takut. Emak saya cakap, jika keluar pergi menoreh getah ..lebih baik jumpa harimau dari terjumpa gerombolan askar Jepun ... sebab mereka ini sangat tak kenal erti belas kasihan.

Itu kisah Jepun di Tanah Melayu ketika itu.

Dalam post ini, saya nak kongsikan beberapa fakta hangat yang mungkin orang tak tahu.

Fakta yang tak berapa ditonjolkan dalam lipatan sejarah, namun sedikit sebanyak kesannya tetap ada.

Kempen Serangan Aleutian Islands Oleh Tentera Bersekutu

Serangan ke atas Aleutian Islands

Tanggal 6 dan 7 Jun, 1942 , tentera Jepun telah menakluk dan menduduki dua buah pulau berasingan iaitu Kiska dan Attu, yang terletak di Alaska. Penaklukan ini kurang mendapat tentangan daripada penduduk tempatan memandangkan tentera Amerika sebelumnya telah memindahkan mereka sebelum penaklukan berlaku.

Pada 5 Julai, sebuah kapal selam US Growler telah menyerang 3 buah kapal pemusnah milik Jepun di Kiska. Sebuah daripadanya berjaya ditenggelamkan manakala dua buah kapal lain mengalami kerosakan teruk.

[Dah Baca?] Fakta Hangat Mengenai Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Pulau Adak - Pengkalan Tentera Udara Amerika Syarikat

Pengkalan Tentera Amerika di Pulau Adak

Pada Ogos 1942, Tentera Bersekutu yang diketuai Amerika telah berjaya menempatkan pengkalan udaranya di Pulau Adak, dan bermulalah kempen pengeboman tentera Jepun di Kiska. Namun, ia gagal untuk melemahkan tentera Jepun.

Pada Mei 1943, tentera Amerika memulakan operasi besar-besaran untuk menakluk kembali Pulau Attu.

Di sebalik beberapa kekangan untuk melakukan serangan termasuklah ketiadaan pantai yang sesuai untuk mendarat, kerosakan kenderaan ketenteraan di tundra dan tentera yang perlu berhadapan masalah cuaca sejuk yang kritikal, pertempuran sengit telah berlaku.

Fakta Menarik Perang Dunia Kedua Tidak Diketahui Umum

Akibatnya, seramai 580 tentera Amerika terkorban, 1148 pula cedera dan 1200 pula menderita kerana kesejukan. Bertambah perit, seramai 614 terkorban kerana penyakit dan 318 mati disebabkan jerangkap samar serta terkena tembakan rakan sendiri.

Akhirnya tentera Amerika berjaya menawan kepulauan ini bersama tentera Kanada. Namun begitu, kempen ini boleh dianggap gagal walaupun tentera bersekutu berjaya menawan kedua-dua pulau tersebut kerana dari segi strategik, ia tidak berbaloi, malah kedudukan pulau-pulau ini tidak membawa sebarang implikasi besar dalam strategi ketenteraan.

Malah, serangan Tentera Bersekutu untuk menawan kembali jadi sia-sia selama dua minggu apabila pihak Tentera Jepun terlebih dahulu telah meninggalkan pulau-pulau tersebut lebih awal sebelum serangan bermula. Dengan kata lain, mereka mengebom pulau yang tiada penghuni!

Lebih banyak gambar mengenai kempen serangan dan penaklukan Pulau Attu dan Kiska di sini - https://historycollection.com/51-photographs-japanese-occupation-campaign-recover-alaskan-aleutian-islands/

Kubu Tentera Jepun Yang Terasing

Kubu Tentera Jepun yang Terasing - WW2
Foto: RJS

Sedia maklum, banyak pulau-pulau sekitar kepulauan Pasifik telah berjaya ditakluk oleh Jepun. Dan pulau-pulau ini telah dijadikan antara kubu-kubu terasing yang dijaga oleh sebilangan kecil tentera Jepun. 

Keterasingan ini telah menyebabkan ada antara kubu-kubu di pulau-pulau ini tidak langsung mengetahui bahawa Jepun telah menyerah kalah. 

Malah ada laporan mengatakan, tentera Jepun terakhir yang menyerah kalah dan tidak percaya bahawa Jepun telah kalah adalah Hiroo Onada, yang hanya menyerah kalah pada tahun 1974, iaitu selepas 29 tahun Jepun mengisyiharkan kekalahan dalam Perang Dunia Kedua!

Pertempuran Vichy France Dengan Tentera Bersekutu

Foto: Military Factory

Selepas Perancis kecundang pada tahun 1940 oleh tentera German; pihak German telah mewujudkan sebuah pentadbiran boneka di Vichy. Kerajaan ini sebenarnya tiada pun kuasa atau bala tentera, namun selepas Perancis tewas, masih terdapat serpihan kecil tentera Perancis di Afrika Utara, Kepulauan Pasifik dan beberapa buah kapal perang.

Semasa operasi ketenteraan dinamakan Operation Torch, tentera Vichy telah dipaksa untuk menentang tentera bersekutu yang cuba untuk menakluk kembali Perancis (D-Day), ini telah mengakibatkan tentera bersekutu kehilangan 556 tentera Amerika terbunuh dan 837 cedera.

Sebanyak 300 tentera British dan 700 tentera Perancis juga terkorban - walaupun mereka sebenarnya cuba untuk membebaskan negara Perancis dari German.

Pembabitan Amerika Selatan Dalam Perang Dunia Kedua

Fakta Menarik Mengenai Perang Dunia Kedua Tidak Diketahui Umum
Foto: Corbis

Walaupun peperangan ketika itu dikenali sebagai Perang Dunia Kedua, ramai tidak menyatakan akan pembabitan negara-negara dari benua Amerika Selatan. 

Malah, hanya sedikit fakta atau cerita mengenainya diketahui umum. Negara seperi Brazil misalnya, telah berjaya menawan 20,573 tawanan perang Axis (Itali), termasuk 2 jeneral, 892 pegawai dan 19,679 tentera pelbagai pangkat. 

Semasa perang ini, Brazil hanya kehilangan 948 tentera sahaja semasa kempen Tentera Bersekutu.

Operasi Drumbeat

Foto: Past Foundation

Ramai yang fikir bahawa U-boat - kelas kapal selam kepunyaan Jerman hanya menyerang dan berada di sekitar Lautan Atlantik, atau di Greenland atau juga sekitar Eropah. Apa yang tidak ramai tahu ialah kapal selam Jerman pernah berada dalam posisi terdekat di Amerika iaitu berada di sekitar perairan Amerika.

Bagaimanapun, Operasi Drumbeat telah menyatakan sebaliknya di mana kempen ini telah melibatkan lebih dari 40 U-Boat yang ditugaskan untuk menyerang kapal-kapal yang berada di perairan Amerika ketika itu.

Malah, ada yang melaporkan bahawa kapl selam Jerman U-Boat ini pernah mendarat atau berlabuh di pesisir pantai Amerika! 

Kes berlaku di Long Island, New York, dan juga Ponte Vedra, Florida, di mana lapan orang tentera Jerman telah berjaya masuk ke dalam wilayah Amerika Syarikat, dan hanya disedari selepas berminggu-minggu lamanya sejak mereka mendaratkan diri dari kapal selam.

Insiden Niihau

Fakta Menarik WW2 Tidak Diketahui Umum

Pada tarikh 7 Disember 1941, Jepun telah menyerang dan mengebom Pearl Harbor. Semasa pengeboman ini, banyak tentera kamikaze Jepun telah kembali ke kapal induk mereka, tetapi ada juga yang berjaya ditembak jatuh dan terhempas di kepulauan Oahu.

Mengikut perancangan, juruterbang Jepun sepatutnya mendarat atau terhempas di Kepulauan Ni’ihau, seandainya ditembak jatuh.

Mereka menyangkakan pulau Ni'ihau ini tidak berpenghuni sedangkan ia sebenarnya mempunyai penduduk. 

Antara tentera Jepun yang bernasib malang - ditembak oleh pihak Amerika ialah kapal terbang yang dipandu oleh Shigenori Nishikaichi (gambar di atas). Kapal terbangnya rosak teruk dan terpaksa mendarat, dan dia telah mendarat di Pulau Ni’ihau seperti yang telah diarahkan.

Juruterbang tentera Jepun ini pun sendiri terkejut kerana menyangkakan pulau Niihau tidak berpenghuni.

Begitu juga dengan penduduk pulau tersebut yang tidak tahu menahu yang Pearl Habour telah diserang, dan Shigenori turut terlibat dalam pengeboman tersebut. Maka, beliau telah dilayan seperti seorang tetamu di pulau tersebut.

Beliau telah bercerita mengenai operasi pengeboman kepada tiga orang rakyat Jepun yang tinggal di pulau tersebut dan mendapatkan perlindungan dengan mereka. Akhirnya berita pengeboman diketahui umum dan juruterbang itu diburu oleh penduduk tempatan.

Juruterbang ini bersama 3 lagi rakyat Jepun telah ditangkap dan akhirnya ditembak mati oleh pasangan suami isteri penduduk pulau dikenali sebagai Benehakaka "Ben" Kanahele dan isterinya Kealoha "Ella" Kanahele.

Insiden ini dikenali sebagai Insiden Niihau.

Tentera Jerman Bukan Hanya Dari Jerman

Fakta Menarik Perang Dunia Kedua

Ramai yang anggap bahawa bala tentera Jerman hanya terdiri dari rakyat Jerman sahaja atau yang menjadi ahli Parti Nazi.

Sebenarnya tentera Jerman terdiri dari beberapa lagi negara yang menyokong Nazi, antaranya Batalion Infanteri ke 373, yang terdiri dari rakyat Belgium. Manakala, Frikorps Danmark telah diwujudkan di Denmark untuk merekrut anggota Nazi dari warga Denmark.

Begitu juga dengan negara-negara seperti Estonia, Peranchis, Greece, Hungary, Poland, dan Norway. Malah, ada di kalangan tentera Nazi Jerman diwujudkan dari British Free Corps. Mereka ini terdiri dari 27 tentera yang merupakan warga nergara New Zealand, Kanada dan juga Australia.

Belon Api Dari Jepun


Foto: Air Museum

Menjelang tahun 1944, awal tahun 1945, pihak Tentera Jepun telah melancarkan lebih dari 9000 “Belon Api” dari Kepulauan Honshu. Belon-belon ini dibuat dari sejenis kertas khas - washi, yang mengandungi gas hidrogen serta bahan api.

Belon-belon ini sepatutnya menuju ke Amerika Utara, dan sepatutnya meletup di sana. Namun, hanya 1000 belon berjaya sampai ke Amerika Utara. Ia dikatakan pelan peperangan yang tidak berjaya, walaupun begitu letupan dari belon api ini telah mengorbankan 6 rakyat Amerika pada 1945 - hanya dari satu letupan.

Stalag Luft III

Foto: Merkki

Stalag Luft III merupakan sebuah kem tahanan yang dibina oleh tentera Nazi Jerman. Ia terdiri dari banyak tentera dan juruterbang tentera Bersekutu yang ditawan. Walaupun kem tahanan ini dikatakan dikawal ketat, namun tahanan-tahanan yang ada telah merancang untuk membebaskan diri. Lebih dari 600 tahanan telah merancang untuk melarikan diri dari tahanan di kem tersebut. Mereka telah mula menggali terowong.


Pada 24 Mac, 1944, perancangan yang telah diatur mula menampakkan kegagalan, sewaktu ini, mereka hanya berjaya loloskan diri seramai 77 orang yang akhirnya berjaya ditangkap kembali. Dari 77, hanya 3 berjaya hidup dan 50 tahanan yang ditangkap semula kemudiannya ditembak mati. Kalau anda nak tahu, kisah ini ada difilemkan pada tahun 1963, “The Great Escape” - pernah ditayangkan di tv Malaysia, dan saya ada tengok!

Perlawanan Maut - Bola Sepak

Perlawanan Maut Bolasepak Perang Dunia ke2

Ia merupakan sebuah perlawanan bola sepak yang mengundang maut buat pasukan yang telah menang. "The Death Match" merupakan perlawanan bolasepak antara tahanan perang Russia, “FC Start”, yang menentang pasukan Jerman yang terdiri dari anggota Luftwaffe, “Flakelf”.

Perlawanan ini dibuat pada 9 Ogos, 1942, yang telah diadili oleh seorang pengadil dari tentera Waffen SS. Pengadil memang sangat berat sebelah sehinggakan membenarkan kepala penjaga gol pasukan Russia ditendang dan mengakibatkan kecederaan serius. Walaubagaimanapun, mereka telah menang 5-3. Perlawanan ini pernah difilemkan dan dilakonkan antaranya oleh Pele - Lagenda Bolasepak Dunia. (Saya tengok filem ini!!)

Kerana kemenangan tersebut, ahli pasukan FC Start telah diseksa oleh Gestapo, dan antara yang mati semasa ditahan oleh Gestapo ialah Mykola Korotkykh. Yang lainnya kemudian dihantar ke kem tahanan/buruh paksa Syrets, yang memperlihatkan Ivan Kuzmenko, Oleksey Klimenko, dan penjaga gol FC Start Mykola Trusevich dibunuh pada tahun 1943 (Februari).

Sumber: Urban Titan

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement