>
bisnes shopee
Jika bercuti ke Alor Setar, saya dan keluarga pasti akan memilih restoran ini untuk makan tengahari. Restoran Gulai 7 Kawah memang tidak asing lagi buat penduduk tempatan mahupun pelancong yang dalam perjalanan ke Alor Setar atau Gunung Keriang.

Restoran ini memang telah lama dikenali dengan juadah yang sedap terutama gulai ayam, gulai daging, gulai itek dan beberapa jenis gulai lain yang dimasak cara kawah - iaitu di dalam kuali besar yang biasanya terdapat di majlis kenduri kendara di kampung.

Makan Tengahari di Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar

Restoran Gulai 7 Kawah

Saya dan keluarga, berkesempatan untuk ke sini semasa percutian singkat kami ke Alor Setar.

Tak susah nak mencari restoran ini yang sering dikunjungi ramai. Ia terletak di tepi jalan. Ketika itu kami baru sahaja pulang dari Gunung Keriang, salah satu tempat menarik yang ada di sekitar Alor Setar, Kedah.

Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar

Antara menu yang sedap dan jarang terdapat di tempat lain ialah Gulai Ayam Kampung (Kari Ayam Kampung), Gulai Daging Rusa, Sup Kambing dan Gulai Itik.

Selain tu, ada ulam-ulaman yang pelbagai dan juga ikan bakar serta ayam kampung bakar. Memang menu yang ada sedap-sedap belaka.

Dari segi harga, alhamdulillah .. tidaklah terlalu mahal. Berbaloi dengan keenakan rasa gulai kawah yang dimasak sempurna.

Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar
Menu Sedap di Restoran Gulai 7 Kawah
Aneka lauk pauk
Ayam Kampung Bakar

Bagi kami sekeluarga, restoran ini memang menjadi antara kedai makan yang menjadi pilihan andai berada sekitar Alor Setar, terutama bila tekak nak merasa makan gulai kawah.

Ada yang kata, rempah gulai area Alor Setar ni tak sama dengan rempah gulai di tempat lain, begitulah halnya dengan apa yang disajikan di Restoran Gulai 7 Kawah ini.

Buah Kote Mamak

Dan jika anda bernasib baik, anda akan temui beberapa benda unik di sini seperti buah Kote Mamak atau saintifiknya Samanea Saman. Ia buah bermusim yang hanya mudah didapati antara bulan Ogos hingga Oktober. Buah ini dikatakan baik untuk digunakan sebagai rawatan kencing manis terutama di kalangan wanita.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. kedai ni mmg best kena pergi awal sikit dapat lah banyak sikit pilihan makanan. selalu juga sy singgah ke sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee

Klik Sini Untuk Tahu Caranya