Sekolah kembali dibuka setelah berbulan lamanya ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Berakhirnya satu penantian, terutama buat ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Dan mungkin, sebilangan anak-anak yang sudah mula berasa bosan kerana terlalu lama duduk di rumah.

Walaupun begitu, tidak dinafikan ada juga yang tidak berapa setuju apabila kerajaan mengambil keputusan untuk membuka sekolah setelah sekian lama ditutup bagi mengelakkan penularan wabak Covod-19.

10 Persediaan Buat Ibubapa dan Anak-Anak Sebelum Kembali ke Sekolah Pasca PKP (Covid-19)

Persediaan Buat Ibubapa dan Anak-Anak Sebelum Kembali ke Sekolah Pasca PKPP

Menerusi satu sidang akhbar 1 Julai 2020, Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk membuka semula sekolah secara keseluruhan mengikut peringkat berikut:

Tarikh waktu sekolah dibuka - PKPP

  • Tingkatan 1- 4 bermula Rabu (15 Julai 2020)
  • Tahun 5 - 6 bermula Rabu (15 Julai 2020)
  • Tahun 1 - 4 bermula Rabu (22 Julai 2020)

Dan mulai 1 Julai memperlihatkan murid prasekolah, tabika dan tadika kerajaan serta swasta kembali ke sekolah.

Sebelum ini, sesi persekolahan untuk pelajar kelas peperiksaan awam yang meliputi pelajar tingkatan 6, 5 dan 3 juga telah dimulakan semula pada 24 Jun 2020 yang lalu. 

Menurut laporan pihak Kementerian Pendidikan, kehadiran pelajar-pelajar tersebut adalah memberangsangkan di sebalik situasi negara masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).



Pastinya, keputusan untuk pembukaan semula sekolah seluruh Malaysia melalui beberapa pertimbangan wajar selain nasihat daripada pihak yang berkaitan, terutama dari Kementerian Kesihatan dan juga Majlis Keselamatan Negara.

Standard Operation Procedure (SOP) juga telah diperhalusi dengan sebaiknya bagi menjamin keselamatan anak-anak atau pelajar ini semasa berada di sekolah.

Pun begitu, walaupun kerajaan telah melakukan yang terbaik, sebagai ibubapa kita juga bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak kita faham dengan situasi serta norma baharu yang perlu mereka hadap apabila kembali ke sekolah.

Saranan Kepada Ibu Bapa Mengenai Norma Baharu di Sekolah

Jadi? Apa yang perlu kita lakukan?

Persediaan Buat Ibubapa dan Anak-Anak Sebelum Kembali ke Sekolah Pasca PKPP

  1. Memastikan anak yang tidak sihat atau mempunyai gejala batuk, demam dan sesak nafas tidak ke sekolah.
  2. Pastikan anak-anak mengetahui cara mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun dan air, juga beritahu mereka waktu bila perlu mencuci tangan.
  3. Menasihati mereka mengenai penjarakan sosial, dalam situasi ketika berada di dalam kenderaan awam seperti bas dan van sekolah, semasa menunggu bas atau ibubapa, semasa berada di dalam kelas dan semasa berada di kawasan kantin sekolah.
  4. Patikan juga anak-anak faham dan tahu cara untuk batuk dan bersin dengan betul, terutama apabila bersama rakan lain di sekolah.


Sebagai tambahan, berikut juga adalah persediaan yang penting sebelum anak-anak anda kembali ke sekolah, al-maklumlah ... anak-anak sudah berada terlalu lama di rumah. Makan minum tidur main .. hadap smartphone .. huhu.

Persediaan Tambahan Buat Ibubapa Apabila Sekolah Dibuka Semula Pasca PKP

Persediaan ini adalah 100% daripada saya, ia bukan wajib dan bukan juga saranan daripada pihak berwajib. Namun, tak salah kot kalau ibubapa seperti anda dan saya ambil perhatian sebab rasanya ia juga agak penting bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dengan baik apabila sekolah dibuka.

  1. Pastikan kerja sekolah anak-anak dan kerja kursus disiapkan atau paling tidak dibuat sebelum disemak oleh guru setelah sekolah dibuka - jika ada.
  2. Pastikan buku sekolah anak-anak termasuklah buku rampaian, buku latihan dan buku teks lengkap. Tiada yang kehilangan supaya proses pembelajaran semula anak-anak di sekolah lancar dan tidak hadapi sebarang masalah.
  3. Pastikan juga anak-anak masih kenal cikgu dan rakan-rakan sekolah yang lain terutama untuk anak-anak yang masih di peringkat prasekolah, tahun 1 dan tahun 2. Terlalu lama berada di rumah memungkinkan mereka sudah lupa mengenainya .. huhu .. 
  4. Selain buku sekolah, kelengkapan sekolah juga perlu diperiksa agar lengkap seperti alat-tulis. Ini adalah kerana, untuk mengelakkan anak-anak dari meminjam alatulis dari rakan kelas yang lain. Ini akan membuatkan proses penjarakan sosial sukar dibuat.
  5. Periksa juga beg sekolah anak-anak untuk tidak membawa barangan lain yang akan membuatkan anak-anak lain berkerumun, contohnya komik atau permainan. Yelah, dah lama tak bertemu rakan sekolah, pasti ada yang nak ditunjuk dan diceritakan.
  6. Akhir sekali, sebelum anak kembali ke sekolah, kena pastikan pakaian sekolah, termasuk kasut sekolah masih muat untuk dipakai. Jangan di pagi persekolahan, masalah ini muncul. Al-maklumlah, tentu ada anak-anak yang sudah agak berisi dan berubah sedikit fizikalnya.

Baik, rasanya itu sahaja kot panduan persediaan sebagai ibubapa untuk hadapi norma baharu anak-anak bersekolah. Mana yang baik itu bolehlah diikuti .. mana yang tak berapa nak betul tu, bolehlah diabaikan .. huhu.

Ok ya ... 

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak dan juga ibubapa yang sentiasa mahukan pendidikan terbaik untuk anak.

Tidak lupa kepada tenaga pengajar. Bertabahlah dengan tingkah anak-anak kami yang sudah lama terperuk di rumah. Ketahuilah juga, anda kini menjadi antara frontliner penting dalam memastikan keselamatan anak-anak di sekolah sentiasa terjamin.

Terima kasih dari saya sebagai ibubapa untuk pihak sekolah.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. asalamualaikum...selamat kembali ke sekolah dengan SOP Norma baru kehidupan..

    BalasPadam
  2. Anak2 dah mula sekolah... bermula semula era kesibukan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement