Contoh-contoh soalan PSEE Ujian Psikometrik. Seandainya anda merupakan salah seorang calon samada lepasan Ijazah, Diploma, Sijil, STPM mahupun SPM yang memohon kerja atau jawatan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), anda perlu ketahui bahawa terdapat beberapa proses sebelum jawatan ditawarkan.

Sejak beberapa sesi pengambilan perjawatan menerusi SPA, pihak bertanggungjawab ke atas pengambilan kakitangan awam ini telah mensyaratkan calon untuk melepasi beberapa penilaian, ini termasuklah Ujian Psikometrik.

40+ Contoh Soalan Ujian Psikometrik Untuk Kemasukan Perkhidmatan Awam

 Contoh Soalan PSEE Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik dikendalikan oleh SPA, asalnya merupakan cabang daripada peperiksaan online utama, iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Namun, setelah beberapa sesi pengambilan perjawatan perkhidmatan awam, ujian berkaitan sikap, personaliti, minat dan kebolehan calon ini telah diasingkan.

Malahan, Ujian Psikometrik telah menjadi ujian tunggal kepada calon sebelum ke peringkat seterusnya, samada ke Ujian Fizikal mahupun temuduga.

Ujian Psikometrik dilakukan kepada calon untuk hampir semua permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

Pun begitu, masih ada beberapa kategori jawatan yang memerlukan calon untuk lulus di dalam peperiksaan utama, iaitu PSEE. Biasanya PSEE merangkumi 3 seksyen utama, samada kesemua atau gabungan antarannya iaitu Pengetahuan Am, Daya Penyelesaian Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

[Baca] Pakej Rujukan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) 2020
Okeh.

Rasanya ramai lepasan ijazah, diploma, sijil termasuklah STPM dan SPM yang tidak biasa dengan istilah psikometrik ini. Malah, kebanyakkannya tidak tahu bagaimana corak dan bentuk soalan Ujian Psikometrik peperiksaan online SPA.



Sukatan Peperiksaan Ujian Psikometrik SPA

Secara amnya, Ujian Psikometrik akan melibatkan penilaian kepada calon berkaitan:
  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi; dan
  7. Disiplin

Bentuk soalan Ujian Psikometrik pula akan ditanya samada dalam bentuk:
  1. Salah atau Benar
  2. Ya atau Tidak
  3. Mungkin atau Tidak Mungkin
  4. Percaya atau Tidak Percaya
  5. Setuju atau Tidak Setuju

Dan beberapa lagi pilihan yang lain. Ianya sentiasa berubah dan kadangkala berbentuk sehingga 3 pilihan jawapan:
  1. Salah, Benar atau Tidak Pasti
  2. Ya, Tidak atau Tidak Tahu
  3. Setuju, Tidak Setuju atau Berkecuali

Ia bergantung kepada pihak SPA yang menyediakan soalan, selain untuk memenuhi keperluan Kementerian atau Jabatan bagi pemilihan calon yang paling sesuai dengan kekosongan jawatan.

Kepelbagaian Soalan-Soalan Ujian Psikometrik

Rahsia Lulus Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan

Berikut adalah contoh soalan Ujian Psikometrik sebagai panduan. Harapnya, sedikit sebanyak memberikan pencerahan mengenai bentuk, format dan cara soalan Ujian Psikometrik ini ditanya di dalam peperiksaan online SPA sebenar.

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan:

A) Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B) Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A) Waras fikiran (sensible)
B) Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A) Hidup tanpa arah tuju
B) Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A) Undang-undang berbanding kondisi
B) Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A) Memberi keyakinan
B) Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan

A) Masa yang tepat
B) Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara

A) Teliti
B) Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya

A) Terima maklumat awal
B) Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar

A) Fakta yang benar
B) Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan

A) Fakta dan isi yang benar
B) Analogi dan imaginasi rekaan



Bentuk Soalan Ujian Psikometrik Lebih Daripada 2 Pilihan Jawapan

Kadangkala soalan Ujian Psikometrik adalah seperti di bawah, yang melibatkan lebih daripada 2 pilihan jawapan:


1. Saya tidak akan berpuas-hati dengan tugasan saya selagi tiada yang memberikan pujian atau penghargaan.

A) Benar
B) Tidak benar
C) Adakalanya benar
D) Tidak pasti

2. Saya tetap akan menyuarakan pendapat walaupun saya sedar ia mungkin tidak dipersetujui orang lain.

A) Benar
B) Tidak benar
C) Adakalanya benar
D) Tidak pasti

3. Berkaitan kerja, saya lebih suka kepada persekitaran kerja:

A) Senyap
B) Ramai orang
C) Tempat yang terhad dan agak sempit
D) Tempat dan ruang yang luas

4. Saya lebih suka menjalankan tugasan:

A) Di luar bangunan/kawasan terbuka
B) Di dalam bangunan/pejabat
C) Di rumah
D) Tidak spesifik

5. Adakah anda percaya hobi penting untuk kemajuan kerjaya?

A) Ya
B) Tidak pasti
C) Tidak

6. Jika anda diajak keluar makan oleh ketua jabatan anda, anda akan?

A) Terima
B) Menolak tanpa alasan
C) Menerima dengan bersebab
D) Menolak dengan alasan

7. Anda melihat ada kertas lebihan dari mesin fotostat, adakah anda akan?

A) Membungan ke dalam tong sampah
B) Meletakkannya di bahagian kertas terpakai
C) Mengambilnya dan dijadikan kertas nota
D) Membiarkan sahaja

8. Adakah anda suka bersolek apabila ke pejabat?

A) Ya
B) Tidak
C) Kadangkala

9. Memakai jam tangan berjenama adalah menunjukkan keyakinan.

A) Setuju
B) Tidak setuju
C) Tidak pasti

10. Saya ada masalah dengan majlis keramaian yang besar.

A) Ya
B) Tidak pasti
C) Tidak

11. Saya percaya kepada kepentingan seni dalam kehidupan.

A) Ya
B) Tidak pasti
C) Tidak


Jumlah soalan bergantung dengan tahap kesukaran dan sekali lagi ia berkaitan dengan tanggungjawab dan skop jawatan. Ada jawatan yang memerlukan calon membuat keputusan dengan pantas dan tepat.

Ada jawatan yang mengkehendali calon untuk berupaya menangangi masalah, keadaan, serta situasi dalam keadaan tekanan, yang pastinya melibatkan emosi, pemikiran waras dan sebagainya.

Jumlah Soalan Lebih Daripada 100 Soalan!!

Biasanya seandainya soalan Ujian Psikometrik yang lebih mudah, jumlah soalan akan lebih daripada 50 soalan, dan kadangkala mencecah sehingga 199 soalan dengan dua pilihan jawapan seperti di bawah:

1. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.

A) Ya
B) Tidak

2. Saya meminati bidang tugas sebagai seorang penasihat.

A) Ya
B) Tidak

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti.

A) Ya
B) Tidak

4. Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.

A) Ya
B) Tidak

5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A) Ya
B) Tidak

6. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif untuk bersuara memberi pendapat

A) Setuju
B) Tidak Setuju

7. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur

A) Setuju
B) Tidak Setuju

8. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan

A) Ya
B) Tidak

9. Saya akan menerima tanggungjawab diberikan walaupun ia di luar skop kerja

A) Ya
B) Tidak

10. Saya suka dengan aktiviti di luar waktu pejabat

A) Ya
B) Tidak

11. Saya aktif dalam aktiviti berkaitan kesihatan dan kecergasan

A) Ya
B) Tidak

12. Saya suka terbabit dengan aktiviti gotong-royong di sekolah

A) Ya
B) Tidak

13. Saya setuju dengan kempen kurangkan penggunaan plastik

A) Ya
B) Tidak

14. Cara saya menangani tekanan kerja ialah dengan bergurau-senda

A) Ya
B) Tidak

15. Kitar semula adalah satu kempen berterusan dan perlu dipraktikkan di premis kerajaan

A) Ya
B) Tidak

16. Saya mempunyai lebih daripada satu akaun media sosial

A) Ya
B) Tidak

17. Saya akan rasa bertanggungjawab sekiranya salah seorang rakan sekerja saya tidak melaksana tugasan dengan lengkap

A) Ya
B) Tidak

18. Saya setuju hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu mabuk

A) Ya
B) Tidak

19. Saya sukakan suasana sunyi dan tidak bising

A) Ya
B) Tidak

20. Saya mudah marah apabila seseorang menegur cara yang melaksanakan tugas

A) Ya
B) Tidak



Okeh. Sekarang saya dah berikan lebih daripada 40 contoh soalan Ujian Psikometrik bagi membolehkan anda - seandainya merupakan calon untuk memahami bagaimana soalan ujian ini ditanya.

Punca Gagal Ujian

Kekangan sebenar, dan yang memungkinkan calon gagal dalam ujian ini adalah kerana kesuntukan masa.

Nak tahu? Rahsia untuk lulus di dalam ujian ringkas ini adalah kebolehan calon untuk menjawab kesemua soalan diberikan dalam tempoh masa ditetapkan. Bonus jika calon mampu menjawab soalan dengan memberikan jawapan tepat dan dikehendaki.


Calon harus tahu, ujian ini adalah berkaitan personaliti yang sesuai dengan jawatan.

Pastinya, bagi setiap ketua jabatan yang akan memilih calon, memerlukan calon yang mempunyai kualiti terbaik untuk menjalankan tanggungjawab.

Cuba lihat contoh soalan di bawah untuk jawatan Penolong Pegawai Imigresen.

1. Anda perlu menjadi seorang yang berani untuk melaksana tugas mencabar

A) Setuju
B) Tidak setuju

2. Sifat simpati adalah satu sifat yang harus dimiliki

A) Setuju
B) Tidak setuju

3. Sifat simpati adalah salah satu karektor penting dalam menjalankan tugas membasmi pendatang asing

A) Setuju
B) Tidak setuju


Aha .. anda nampak bagaimana soalan psikometrik yang mudah ini boleh menyebabkan anda 'kaku' seketika memikirkan apakah jawapan yang sepatutnya diberikan, setelah menjawab soalan seterusnya.

Memang ada banyak perangkap soalan yang boleh membuatkan calon untuk menyemak soalan yang telah dijawab sebelum ini.

Seperti yang saya katakan, kekangan utama untuk calon lulus di dalam Ujian Psikometrik adalah kekangan masa dan keperluan menjawab semua soalan dengan tepat.

Rahsia Calon Lulus Ujian Psikometrik

Rahsia Calon Lulus Ujian Psikometrik
Rahsia Calon Lulus Ujian Psikometrik

Jadi bagaimana nak lulus?

Tiada cara lain selain membuat latihan menjawab soalan Ujian Psikometrik. Lebih banyak soalan, maka lebih mudah, seterusnya membuatkan anda faham flow soalan-soalan diberikan.

Buatlah persediaan awal sebelum peperiksaan sebenar Ujian Psikometrik.

Untuk membantu anda yang mahukan lebih banyak tips dan panduan selain contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik, gunakan pakej rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya di bawah ini:


Rujukan ini telah membantu puluhan ribu calon melakukan persediaan awal sebelum peperiksaan (PSEE) dan juga Ujian Psikometrik sejak tahun 2010 lagi. Ramai yang berjaya memanfaatkan rujukan ini. Tidak kurang juga yang lulus dan telah pun menjawat jawatan yang dipohon.

Dan untuk makluman, ada sesi ujian ini yang mengetengahkan soalan-soalan matematik. Ia antara cara pihak SPA menyingkirkan calon terutama untuk jawatan-jawatan yang memerlukan kefahaman soalan matematik.

Contohnya, Penolong Akauntan, Pembantu Arkitek, Pembantu Tadbir Kewangan, Pegawai Tadbir Kewangan dan sebagainya.


Soalan matematik di dalam ujian ini tidak terlalu banyak (dari pengalaman calon lain), namun ia mampu membuatkan calon gagap dan hilang punca untuk menjawab soalan psikometrik seterusnya.

Maka, inilah pentingnya calon yang dipanggil untuk melakukan persediaan awal dengan membuat latih-tubi sebanyak mungkin.

Tempah dan Muat Turun Pakej Rujukan Psikometrik

Inilah cara untuk calon menghadapi ujian ini iaitu buat latih-tubi dan benar-benar faham apa yang dimaksudkan dengan Ujian Psikometrik. 

Pakej Rujukan dan Contoh Soalan Lengkap Jawapan PSEE Ujian Psikometrik


Selamat menghadapi Ujian Psikometrik SPA. Semoga berjaya. In Sha Allah, banyakkan berdoa setelah selesai ujian ya ..:)

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. nice sharing. bukan senang nak amik ujian ni. kena banyak main emosi

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang bagus. Nervous nak menjawab soalan, memang kena prepare sebaiknya untuk elak gagal.

    BalasPadam

Catat Komen

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Terbaru Lebih lama
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD