Pernah dengar mengenai sindrom 'bangunan sakit' tak? Jika anda baru sahaja terjebak dengan fenomena hias dalaman rumah dengan pokok-pokok seperti pokok Daun Lidah Buaya atau pokok Dracanea, anda sebenarnya boleh mengurangkan kesan sindrom bangunan sakit ini.

Sindrom 'bangunan sakit' ini mengakibatkan seseorang itu mengalami sakit kepala, pening atau rasa tidak selesa pada bahagian mata, telinga dan juga hidung. Ianya disebabkan oleh bahan toksik seperti formaldehid yang ada dalam udara, dibebaskan dari fabrik perabot, perhiasan serta dari produk pembersihan di rumah.

8 Jenis Pokok Yang Mampu Jadi Pembersih Udara Semulajadi Dalam Rumah


Menurut kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), ada beberapa jenis tumbuhan yang mampu menangani masalah sindrom ini.

Tanpa sedar, tumbuhan-tumbuhan tersebut boleh membantu membersihkan udara terutama di dalam rumah. Jadi, secara tidak langsung, masalah sindrom 'bangunan sakit' dapat dielakkan, paling tidak mengurangkan kesan sindrom itu terhadap penghuni di dalam rumah.

Ok.

[ads id='ads1']

Jenis-jenis pokok hiasan dalaman rumah yang disebut oleh NASA ini mudah dijaga dan sukar untuk mati. Maka, bolehlah jadi panduan untuk kita semua kalau nak tanam pokok yang boleh memberikan kesan baik di dalam rumah.

Jom ... mari lihat kelima-lima jenis pokok tersebut, ada tak yang kita semua tanam dan letak di dalam rumah?

1. Pokok Lily Paris atau Spider Plant


Daun Lily Paris (Chlorophytum comosum) atau juga popular dikenali sebagai Spider Plant adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling mudah untuk membesar dan amat sesuai untuk mereka yang sering terlupa untuk menyiram air pada pokok.

Pokok ini dikatakan mempunyai daya serapan tinggi terhadap molekul-molekul beracun dalam udara terutama gas karbon monoksida, xylena, benzena dan formaldehid yang menjadi punca kepada sindrom bangunan sakit.

Oleh kerana penjagaannya lebih kepada pencahayaan matahari tidak langsung dan suhu sejuk, ia sesuai diletakkan di ruang peribadi serta ruang tamu.

Saya sendiri ada mempunyai pokok ini diletakkan di dalam rumah dan juga di luar rumah. Di dalam rumah, saya letakkan di tepi tingkap agar mudah mendapat cahaya semulajadi.

2. Pokok Dracaena


Pokok ini ada pelbagai jenis. Menurut Jabatan Pertanian, terdapat lebih daripada 40 jenis tumbuhan atau Pokok Dracaena ini. Kepelbagaiannya boleh dilihat pada bentuk daunnya. Secara am, ianya pokok yang berbatang yang tumbuh tegak dengan berdaun tirus.

Pokok ini sesuai diletakkan di ruang yang tertutup atau pada sudut tingkap yang jarang dibuka.

Saya sendiri ada pokok ini yang diletakkan di sudut penjuru rumah berdekatan tingkap.

Sepertimana pokok Daun Lily Paris, pokok ini juga dipercayai berdasarkan kajian untuk menyingkirkan gas toksik seperti gas formaldehid, benzena, trikloroetilena dan xilena di dalam udara.

Selain itu, pokok ini juga bertoksik kepada anjing dan kucing. Jadi, jika nak halang kucing dan anjing liar masuk ke kawasan rumah, bolehlah tanam pokok ini di halaman rumah.

[Dah Baca?] Cukup Guna Pasu Reject atau Pasu Plastik Untuk Tanam Pokok Hiasan Dalam Rumah

3. Pokok Pakis Boston


Pakis Boston sukakan kawasan yang lembap dan pencahayaan yang bukan terus. Jadi, anda boleh letak di kawasan yang agak gelap di dalam rumah. Walaupun tumbuhan ini mudah untuk tumbuh, anda kena pastikan ia perlu kekal lembap.

Boleh gunakan sabut kelapa untuk membolehkan kelembapan dapat dikekalkan lebih lama.

Pokok ini juga mampu menyingirkan gas beracun di dalam udara dan mengurangkan kesan 'bangunan sakit', terutama sekali di dalam bilik tidur yang biasanya kurang cahaya terus.

Malah, ada yang mengatakan ia mampu memberikan kesan untuk melembapkan kulit tubuh manusia secara semulajadi.

4. Pokok Daun Lidah Jin atau Lidah Mak Mentua


Pokok Lidah Jin ini memang popular ditanam oleh geng mak-mak dan nenek satu masa dahulu. Bersepah tumbuhan ini termasuk pokok Aloeverra ditanam di laman rumah.

Seperti mana pokok Draconea, pokok ini juga mempunyai pelbagai jenis dan spesies. Setiapnya ada keunikan pada corak daunnya yang keras dan berbentuk tirus tajam. Ini antara sebab ramai yang suka letakkan pokok ini di dalam rumah.

Pokok ini adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling susah untuk ‘mati’ kerana walaupun ia perlu disiram secara berkala, pokok ini sesuai hidup di tempat yang kering dan menerima sedikit cahaya matahari.

Saya sendiri meletakkannya di sudut di penjuru tangga rumah, dan juga di bawah tangga tempat saya menulis blog setiap hari.



Tumbuhan ini juga sesuai diletakkan di ruang mencuci pakaian atau bilik mandi kerana ia memiliki kemampuan menyerap gas bertoksik terhasil daripada produk pencuci, tisu tandas dan barangan penjagaan diri lain.

Dan mungkin ada yang tidak tahu, terdapat spesies pokok ini yang mempunyai aroma tersendiri seperti bunga lavender, ia juga dapat menghilangkan bauan kurang menyenangkan di rumah terutama tandas dan dapur.

Selain itu, Pokok Lidah Jin ini juga boleh menyerap radiasi yang terhasil daripada penggunaan barangan elektronik seperti komputer dan televisyen.

Aha.. sekarang anda dah tahu kenapa saya letakkan pokok ini berdekatan dengan komputer, iaitu di ruangan tempat saya menulis blog dan bekerja mencari income online.

5. Pokok Bunga Kekwa


Dalam kajian NASA, pokok Bunga Kekwa merupakan juara tumbuhan yang boleh membersihkan udara kerana mampu menyingkir ammonia, benzena, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah.

Jadi, jika anda mahu memastikan udara dalam rumah bebas dari bahan merbahaya dan mahu menjadikan udara dalam rumah yang lebih segar, tumbuhan yang mempunyai bunga yang cantik ini adalah pilihan terbaik.

Ok, selain daripada 5 jenis tanaman yang disebut oleh NASA ini, sebenarnya ada beberapa pokok lain yang sesuai dan boleh memberikan manfaat bila diletakkan di dalam rumah.

[Dah Baca?] Khasiat dan Kegunaan Pokok Bunga Kantan

Jom tengok tumbuhan atau pokok apa lagi yang bagus untuk diletakkan di dalam rumah....

6. Sireh Gading


Pokok ini turut dikenali sebagai golden pothos atau devils ivy. Ia sangat mudah ditanam dan cepat membesar dan membiak. Paling best ialah ianya boleh ditanam tanpa menggunakan tanah.

Pokok ini boleh sahaja ditanam hanya dengan menggunakan air.

Pokok Sirih Gading turut dikatakan mampu menyerap racun formaldehid dan karbon monoksida terhasil daripada ekzos kereta. Itu sebab pokok ini biasa dilihat di tepi jalan, atau di tepi pagar.



7. Areca Palm


Tumbuhan ini turut disenaraikan sebagai tumbuhan penapis udara teratas oleh penyelidik NASA. Ia adalah kerana ia mampu menghilangkan gas toksik seperti formaldehid, benzena dan karbon monoksida.

Biasanya, pokok ini sering ditanam di dalam bangunan pejabat. Memang banyak terdapat di mall-mall ... dan tak salah pun untuk diletakkan di bahagian sudut ruang rumah yang luas seperti di ruang tamu.

8. Pokok Lidah Buaya atau Aloevera


Pokok ini juga bagus ditanam dan boleh sahaja diletakkan di dalam rumah. Aloevera antara tumbuhan yang mempunyai pelbagai manfaat dan kegunaan. Dipercayai ia juga dikatakan mampu menghilangkan gas berbahaya yang mencemari udara.

Penjagaan pokok ini sangat mudah selagi ia menerima cahaya sinaran matahari yang mencukupi.

[ads id='ads 2']

Satu tips penting, jika anda mahu ia berada di dalam rumah dalam keadaan segar, sesekali bawalah atau letakkanlah pokok ini di bawah sinaran matahari di luar rumah. Letakkan dalam sehari semalam sebelum masukkan balik ke dalam rumah.

Oh ya, sebagai peringatan, pokok ini berduri seperti kaktus, jadi kena pastikan ianya diletakkan di kawasan yang kurang bahaya kepada penghuni terutama sekali kanak-kanak kecil.

Semoga perkongsian di atas sedikit sebanyak boleh memberikan panduan kepada mereka yang mahu menghias dalaman rumah dengan pokok hiasan hijau. Dan paling penting, ia mampu memberikan manfaat dari sudut kesihatan terutama dalam memastikan udara dalam rumah sentiasa segar dan bebas toksik.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mana yang ada pokok di atas di rumah Saya, semua saya tanam di luar tuan..kalau bawa masuk rumah, kena bebel gan Suami hahahaha....dia rimass..

    BalasPadam
  2. yang penting kena rajin siram dan jaga elok2. kalau tidak kering pokok tu... jenuh pula satu kerja lain

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement