Baru-baru ini, pada 7 Jun 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun 2020.

Malaysia kini memasuki fasa pemulihan dan PKPP adalah sebahagian daripada strategi keluar PKP yang dilaksanakan bermula 18 Mac dan PKPB sejak 4 Mei yang lalu.

7 Strategi dan Intipati Perlaksanaan PKPP - Menangani Kesan Covid-19 

Strategi dan Intipati Perlaksanaan PKPP

Pengumuman perlaksanaan PKPP ini telah memberikan berita gembira kepada rakyat Malaysia. Mana tidaknya, ia telah membolehkan banyak sektor dibuka dan dilonggarkan.

Paling menarik ialah kebenaran untuk merentas negeri, melawat ibu bapa di kampung selain pengumuman mengenai kebenaran untuk menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Selain itu, ia juga memberikan kelegaan terutama kepada umat Islam di Malaysia di mana masjid dan surau kini dibuka untuk orang ramai. Malah, sholat jumaat dan sholat berjemaah juga sudah boleh dilakukan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.



Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian seperti bersukan dan banyak lagi.

7 Strategi PKPP

Untuk makluman dan pemahaman semua, perlaksanaan PKPP berteraskan kepada 7 strategi iaitu:

  1. Pengukuhan kesihatan awam
  2. Perundangan dan penguatkuasaan
  3. Pengukuhan kawalan sempadan
  4. Pembukaan sepenuhnya sektor ekonomi
  5. Pembudayaan kebiasaan baharu
  6. Pemerkasaan tanggungjawab komuniti; dan
  7. Perlindungan golongan berisiko

Strategi ini akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan PKPP dipengerusikan Menteri Kanan (Keselamatan) dan Menteri Besar serta Ketua Menteri di peringkat negeri.

Intipati Penting Perlaksanaan PKPP

Strategi dan Intipati PKPP

Bagi lebih mengetahui apa yang sebenarnya PKPP ini, mari lihat intipati yang ada seperti telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Berikut antara inti pati PKPP tersebut:
  • Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD.
  • Buka hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan ekonomi.
  • Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazar ria, medan selera, pusat penjaja, trak makanan dan gerai makan boleh beroperasi.
  • Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, kolam pancing komersil dan penggambaran filem dibenarkan.
  • Aktiviti sukan tidak melibatkan sentuhan badan seperti boling, badminton, memanah, menembak berbasikal dan konvoi motosikal dibenarkan.
  • Renang, ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki tidak dibenarkan.
  • Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan.
  • Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan.
  • Pembukaan sekolah akan dilakukan secara berperingkat.
  • Pub, kelab malam, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema masih tidak boleh beroperasi.
  • Perarakan keagamaan, kenduri dan rumah terbuka masih dilarang.

Sekarang kita masing-masing sudah faham apa yang dimaksudkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan apakah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang sebenarnya masih belum bebas dari belenggu penularan wabak Covid-19 ini.

[Dah Baca?] 10 Syarikat Jenama Malaysia Yang Telah Membantu Rakyat Hadapi Covid-19

Kita masih ada SOP yang perlu dipatuhi. Walaupun, adakala merasakan rimas dengan SOP yang perlu dipatuhi, tetapi inilah tanggungjawab kita setelah kerajaan memberikan lebih banyak kelonggaran kepada rakyat menguruskan kehidupan.

Saya sendiri kadangkala rasa malas ingin masuk ke pasaraya atau supermarket yang memerlukan pemeriksaan suhu berkali-kali selain mendedahkan nama dan nombor telefon kepada pihak yang tidak dikenali, namun inilah norma baharu sekarang (waktu PKPP).

Kita masih perlu berjuang.

Frontliner Covid-19 sedang mengharapkan kerjasama kita semua untuk memastikan penularan Covid-19 dan ancamannya dihentikan di dalam negara yang kita cintai ini.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement