Viral tanam dan letak pokok hiasan dalam rumah! Fenomena menghias rumah dengan pokok hiasan, terutama pokok Daun Lidah Jin atau Lidah Mentua telah menuntut ramai pakar memberikan pandangan.

Setiap perkara akan ada baik dan buruknya. Begitulah halnya dengan viralnya tanam pokok dalam rumah. Mesti ada pengetahuan untuk memastikan ia tidak membawa mudarat bagi mendapat manfaatnya.

Pandangan Pakar Mengenai Tanam atau Letak Pokok Hiasan Dalam Rumah

Panduan tanam pokok hiasan dalam rumah

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan kerajaan untuk mengekang wabak Covid-19, ramai warga menghabiskan masa di dalam rumah dan berkreativiti. Salah satu aktiviti ialah menghias rumah dengan aneka pokok hiasan dalaman yang boleh memberikan manfaat kepada penghuninya.

Bak kata seorang rakan saya, jika pokok balak atau pokok durian boleh ditanam di dalam rumah, mesti dah ada yang buat dan menjadi viral!.. haha

Tetapi itulah, bukan semua pokok sesuai dtanam dan diletakkan di dalam rumah sebagai hiasan yang boleh memberikan manfaat. Ada perkara yang harus diambil perhatian serius jika tidak mahu ia menjadi mudarat dan sesalan.

Mari ikuti beberapa pandangan pakar mengenainya ...

Pandangan Prof Dr. Ahmad Ismail (UPM)

Pokok hiasan dalam rumah

Menurut Profesor di Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmad Ismail, walaupun semua tumbuhan mampu membekalkan oksigen untuk sistem pengudaraan yang baik, penanaman di dalam rumah perlu melihat kepada faktor kepada  kesesuaian serta mengambil kira jaminan kesihatan kepada seisi keluarga.

Menurut beliau, memang tidak dinafikan banyak kebaikan dengan menanam pokok kerana ia menghasilkan oksigen, karbon dioksida dan menyerap bahan kimia. Tetapi, perlulah dipastikan sama ada pokok itu sesuai ditanam di dalam rumah atau sebaliknya.

Ini adalah kerana ada tumbuhan tersebut yang beracun terhadap manusia dan juga haiwan - terutama jika dimakan.

"Ada getah, sap atau air yang dihasilkan pokok melalui tanah, bakteria, fungus, cacing dan serangga yang boleh membahayakan. Ia bergantung kepada tumbuhan dan keracunan juga boleh berlaku apabila bersentuhan dengan pokok yang tajam, bergetah dan bagi tumbuhan yang mengeluarkan cecair. Selain itu, keracunan juga boleh berlaku sekiranya termakan daun, bunga atau buah," katanya.

Kawasan dalaman rumah yang sempit adalah tidak sesuai untuk meletakkan pokok-pokok seperti Daun Lidah Jin dan Daun Lidah Buaya. Jadi, kena lihat kesesuaian.

Pandangan Prof Madya Dr Norela Sulaiman (UKM)

Pokok Daun Lidah Jin

Pensyarah di Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Norela Sulaiman, tidak menafikan pokok Lidah Jin sesuai ditanam di dalam rumah.

Pokok ini dipercayai menerusi kajian menapis toksin beracun dalam udara dalaman seperti benzena, formaldehid dan tricloroethylene, yang biasanya dibebaskan daripada perabot, cat dan bahan binaan dalaman, selain membebaskan oksigen.

Ramai yang menempatkan pokok ini di dalam rumah kerana ia tidak sukar dijaga, malah boleh ditanam tanpa menggunakan tanah. Ia mempunyai ketahanan tinggi dan senang untuk hidup dalam apa jua keadaan.

Menyangkal sesetengah pendapat yang mengatakan tanah yang digunakan untuk menanam tumbuhan hiasan dalam rumah boleh membahayakan kesihatan, beliau berkata bahawa tanah sememangnya ada mikro organisma tetapi manusia mempunyai antibodi bagi melawan daripada penyakit.

Namun, menurut beliau, ia tidaklah sehingga memudaratkan kesihatan. Ini adalah kerana kebarangkalian penyebaran mikro organisma adalah kurang daripada 80 peratus.

Bahaya Pokok Hiasan Letak Dalam Rumah

Tidak salah untuk menanam dan menempatkan pokok di dalam rumah, tetapi kenalah ada pengetahuan dan ilmu. Paling penting, jangan mudah terpengaruh kepada sesuatu yang viral.

Dari apa yang saya tahu, memang ada beberapa jenis pokok hiasan yang berbahaya, terutama jika termakan atau terkena getah pokok. Antaranya pokok jenis keladi. Nampak cantik, tetapi merbahaya jika tidak berhati-hati.

Walaupun pokok-pokok ini mudah dijaga, tetapi sebenarnya penjagaannya perlu dipantau.

Tanah yang digunakan untuk menanam pokok-pokok ini perlu sentiasa ditukar atau setidak-tidaknya dipastikan agar tidak memudaratkan.

Pandangan Dr. Fatimah Salim (UiTM)

Daun Lidah Jin (Sansevieria Trifasciata)

Seorang ahli Kimia dan Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor; Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok Lidah Jin dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah.

Pokok hiasan dalam rumah seperti pokok Lidah Jin yang ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.

Menurut beliau, tanah merupakan tempat yang paling kondusif untuk mikroorganisma seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.

Beliau berkata, setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).

Guna LECA

Sebenarnya tanah boleh diganti dengan menggunakan antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, 'perlite' iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.

Tanah juga boleh diganti dengan menggunakan air sahaja tetapi perlu rajin untuk menukarkannya bagi mengelakkan nyamuk bertelur dan mengurangkan pembiakan mikrooragnisma.

Senang sahaja nak tahu kehadiran mikroorganisma ini. Menurut Dr. Fatimah Salim, kehadiran mkroorganisma boleh dikesan dengan kehadiran bau yang kurang menyenangkan daripada bekas atau pasu. Bahagian yang terendam juga akan kelihatan berlumut.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian,

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul lah tu. Apa-apa pun sebaiknya tanya pakar dulu tentang kebaikan dan keburukannya.

    BalasPadam
  2. bagus lidah jin ni kan. mama pun mula tanam gak. kebetulan jiran ada bagi beberapa tahun dulu dah beranak pinak dia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement