Semakan Wang Tak Dituntut kini boleh dibuat secara online. Sekarang, anda tidak perlu lagi pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Jabatan Akauntan Negara untuk membuat semakan mengenai Wang Tidak Dituntut (WTD).

Cuma buat masa ini, sebarang tuntutan masih lagi perlu menggunakan saluran pos dan juga menerusi kaunter di cawangan Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan bersama dengan maklumat WTD.

Tatacara Untuk Membuat Semakan Secara Online Wang Tidak Dituntut (WTD)

Tatacara Untuk Membuat Semakan Secara Online Wang Tidak Dituntut

Untuk membuat semakan WTD, anda mestilah membuat pendaftaran di laman web atau portal e-GUMIS yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara. Anda kemudiannya perlu login ke portal tersebut menerusi id dan kata laluan yang telah anda tetapkan semasa pendaftaran.

[ads id='ads1']

Semakan WTD secara online boleh dilakukan samada secara individu mahupun syarikat. Untuk melakukan semakan Wang Tak Dituntut menerusi online ini, anda hanya memerlukan nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat.

Langkah-Langkah Membuat Pendaftaran e-GUMIS

Untuk pengguna pertama kali, sila ikuti langkah di bawah untuk melakukan pendaftaran di e-GUMIS:

  1. Layari portal e-GUMIS dan klik butang pendaftaran atau anda boleh terus klik pautan disediakan ini - https://egumis.anm.gov.my/register/refunduser 
  2. Isi maklumat yang diminta iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, dan juga email.
  3. Cipta nama akaun anda atau id login serta kata laluan anda sendiri.
  4. Klik pada persetujuan pernyataan dan juga klik butang recaptcha.
  5. Klik butang 'Daftar'

Tatacara Untuk Membuat Semakan WTD secara Online menerusi e-GUMIS

Sekarang, setelah pendaftaran diterima, anda dah boleh terus login ke portal e-GUMIS dengan memasukkan id serta kata laluan anda tadi. Apabila muncul paparan seperti di bawah ini, klik butang 'Klik Di Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut'

Tatacara Untuk Membuat Semakan Secara Online Wang Tidak Dituntut



Pergi ke bahagian semakan, iaitu butang 'Klik Disini ..."  ia akan bawa anda ke laman carian.

Isi nombor kad pengenalan seperti diminta. Anda juga boleh memasukkan nombor kad pengenalan orang lain, contohnya ibu bapa atau adik-beradik.

Namun, sukacita diingatkan, anda hanya boleh melakukan sebanyak 2 kali semakan sahaja dalam masa 24 jam!

Setelah anda memasukkan nombor kad pengenalan, dan jika ada WTD, paparan di bawah ini akan muncul menyenaraikan butiran WTD yang ada.

Tatacara Untuk Membuat Semakan Secara Online Wang Tidak Dituntut

Untuk proses seterusnya, pastikan anda klik butang 'Cetak' yang tersedia. Anda perlu cetak maklumat berkaitan Wang Tidak Dituntut. Ia adalah dokumen penting bagi menuntut wang ini nanti menerusi cawangan Pejabat Jabatan Akauntan Negara atau menerusi pos.

Permohonan anda juga perlu dan mesti menggunakan borang khas iaitu borang UMA-7. Anda boleh muat-turun borang tersebut seperti ditunjukkan di bawah ini secara percuma.



Bebas Hutang

Anda cuma perlu 'save-as' fail di atas ini dan kemudian cetak. Isi borang dengan maklumat lengkap diperlukan.

Jika gagal untuk cetak borang UMA-7 di atas, boleh terus ke link berikut: Borang Permohonan WTD untuk muat-turun:

Buat semakan mengenai dokumen yang diperlukan...

Cara Mudah Membuat Semakan Wang Tak Dituntut

Apabila dah isi, anda boleh baca post saya sebelum ini, tentang bagaimana nak membuat tuntutan WTD, di pautan di bawah (klik butang disediakan):


Semoga perkongsian ini dimanfaatkan sebaiknya.

Akhir sekali, nak diingatkan lagi bahawa e-Gumis (setakat post ini ditulis) hanya membenarkan semakan Wang Tak Dituntut dibuat, namun akan ada perancangan oleh pihak Pejabat Jabatan Akauntan Negara untuk mempermudahkan tuntutan dibuat di mana proses tuntutan dibuat secara online.

Kongsi ya pada yang lain.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD