Berita gembira buat semua penjawat awam yang bakal merayakan Aidilfitri pada tahun ini (2020). Menerusi satu pekeliling daripada Kementerian Kewangan, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri 2020 untuk kakitangan awam sebanyak RM500, yang turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan sebanyak RM250.

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 20 Mei 2020.

Bantuan Khas Aidilfitri 2020 Untuk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan


Bantuan Khas Aidilfitri 2020 Untuk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan
Menerusi satu pekeliling yang diedarkan menerusi Telegram Majlis Keselematan Negara bertarikh 11 Mei 2020, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk memberikan Bantuan Khas Aidilfitri 2020 kepada penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020.

Bantuan kewangan ini akan diberikan sebanyak RM500 kepada pegawai Perkhidmatan Awam gred 56 dan ke bawah, dan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

[ads id='ads1']

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 tersebut, pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2020 ini akan dibayar pada 20 Mei 2020.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2020 - Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020

Berikut adalah surat pekeliling mengenai Bantuan Khas Aidilfitri 2020 sebanyak RM500 untuk kakitangan awam dan RM250 untuk pesara kerajaan yang telah diedarkan menerusi telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2020 - Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2020 - Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2020 - Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2020 - Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2020 - Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020
Alhamdulillah. Pengumuman ini membuatkan ramai kakitangan awam dan pesara kerajaan tersenyum gembira di sebalik pengumuman kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020.

PKPB Fasa 2 akan bermula 13 hb Mei ini. Ini juga susulan kebenaran diberikan oleh Kerajaan untuk rakyat yang terkandas di kampung pulang ke kediaman masing-masing. Kebenaran tersebut diberikan selama 4 hari untuk perjalanan merentas sempadan.

Dalam Fasa 2 PKPB ini juga memperlihatkan lebih banyak sektor industri dibuka selain beberapa aspek lain yang dilonggarkan tetapi bersyarat.

Dengan pengumuman kerajaan untuk memberikan Bantuan Khas Aidilfitri 2020 kepada kakitangan awam, ia seperti memberikan satu kegembiraan di sebalik larangan kerajaan dalam PKPB termasuk meraikan Hari Raya Aidilfitri seperti kebiasaan.



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement