Kalau anda pergi ke kedai mamak, mesti akan jumpa menu masakan ini, iaitu Ayam Masak Kicap Berempah. Ia sememangnya menu yang sedap apabila ingin menjamu makan nasi kandar mamak. Saya sendiri selalu memilih Ayam Masak Kicap Berempah ini kerana ianya berbeza dengan resepi Ayam Masak Kicap yang biasa.

Resepi ini sememangnya resepi yang disediakan di kedai-kedai mamak terutama di sebelah utara Malaysia. Anda bolehlah mencuba resepi ini di rumah sebagai cara mengekalkan kerukunan rumahtangga, malah boleh dijadikan menu sedap di bulan Ramadhan.

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang

Ayam Masak Kicap Berempah Mamak

Jika nak mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan dan cara menyediakan resepi Ayam Masak Kicap Berempah ini yang dikongsikan oleh Mamak Haji di blognya.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (1.7 kg – 1.6 kg) dipotong 16.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 3 biji bawang besar.
  • Pes bawang putih dan halia iaitu 1 biji bawang putih dan 3 inci halia dikisar halus.
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • 3 sudu besar kicap pekat. Syor gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang sederhana. Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu kecil air limau nipis.
  • 1 sudu kecil jintan manis.
  • 1 sudu kecil jintan putih.
  • 1/2 sudu kecil serbuk kas-kas (boleh dikecualikan).
  • 1 sudu besar serbuk cili.
  • 2 sudu besar rempah kari daging.
  • 1/2 sudu kecil garam masala.
  • 3 kuntum bunga lawang.
  • 1 inci kulit kayu manis.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 1 batang serai yang telah diketuk.
  • Garam dan gula secukup rasa.



Cara-Cara

  1. Ayam yang telah dipotong dicampur dan digaulkan dengan kunyit dan garam, kemudian digoreng hingga separuh masak.
  2. Kisar halus bawang. Kisar dengan nisbah 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu berkuah, anda boleh kurang jumlah bawang. Kegunaan bawang dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik.  Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.
  3. Panaskan minyak, masukkan serai yang telah diketuk, serdehanakan api dapur dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
  4. Apabila naik baunya, masukkan pes bawang putih dan halia sehingga baunya naik. 
  5. Segera masukkan kisaran bawang sehingga baunya naik.
  6. Masukan semua bahan-bahan seperti di atas dan biarkan kuahnya didih.
  7. Masukan ayam yang telah digoreng separuh masak.
  8. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh ditentukan dengan melihat bahagian peha ayam. Daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya... tanda ianya telah masak elok.
  9. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya mempunyai kemasinan yang berlainan mengikut jenama.
  10. Tambah garam jika kurang masin. Kalau anda terasa terlebih masin, anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan. 
  11. Tutup api dan masukan satu sudu kecil air perahan limau.
  12. Keluarkan masakan dan hidang dengan menaburkan bawang goreng.

Hidangan siap sedia untuk dihidang.

Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.

Sebagai cadangan hiasan untuk resepi Ayam Masak Kicap Berempah ini, boleh tambah carrot untuk warna oren, daun seleri untuk warna hijau ataupun gunakan daun sup/daun  bawang. Tambah cabai masak untuk warna merah. Hirisan bawang bulat untuk warna unggu.

Ok? Amacam?

Rasanya boleh cuba tak resepi Ayam Masak Kicap Berempah Mamak ni? Apakata mencubanya untuk dihidangkan sebagai menu sedap di bulan Ramadhan. Mungkin boleh menjadi menu istimewa keluarga anda nanti.

Selamat mencuba.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement