Semakin ramai rakyat Malaysia yang dah tahu mengenai Adsense ni. Adsense adalah salah satu yang termudah untuk jana income USD secara online samada menerusi penulisan, video dan juga aplikasi. Saya sendiri menggunakan tiga cara ini sejak 2010 untuk menjana income secara berterusan menerusi Adsense.

Adsense adalah satu satu platform percuma disediakan oleh Google Inc untuk mereka yang kreatif menjana income USD secara berterusan dan tanpa had dengan adanya internet.

Cara-Cara Untuk Tingkatkan Income USD Adsense

Cara-Cara Untuk Tingkatkan Income USD Adsense

Google Adsense adalah platform pengiklanan online yang dimiliki oleh Google Inc. Apa yang dipaparkan oleh Adsense adalah dari sumber pengiklanan yang dijanakan daripada pengiklan yang menggunakan Google Ads.

Keliru?

  • Google Adsense - platform memaparkan iklan daripada pengiklan.
  • Google Ads - platform meletakkan iklan oleh pengiklan.

Jadi, apa yang pengiklan letak atau iklankan dalam Google Ads; Ia akan dipaparkan menerusi platform Google Adsense.

Tanpa pengiklan dalam Google Ads, maka tiadalah iklan yang akan dipaparkan menerusi Google Adsense. Sekiranya tiada iklan, maka tiadalah sumber pendapatan yang akan diperoleh oleh mereka yang mempunyai akaun atau berdaftar dengan Google Adsense.
Cara nak maksimumkan income Adsense

Seperti yang saya sebut di awal post ini, ada 3 cara untuk menjana income menerusi Adsense ini, iaitu:

  1. Penulisan - iklan dipaparkan dikhususkan untuk hasil kreatif yang berbentuk tulisan, contohnya apa yang ditulis menerusi laman web, blog, forum dan seumpamannya, asalkan ianya terdapat di internet.
  2. Penghasilan Video - iklan dipaparkan bersandarkan atau menerusi video yang kita muat-naik di laman web Youtube, yang merupakan sebahagian daripada Google Inc.
  3. Penghasilan Aplikasi - iklan ini akan dipaparkan dalam aplikasi yang kita buat, samada aplikasi percuma mahupun berbayar.



Rasanya saya tak perlu terangkan pun bagaimana bentuk iklan ni kan? Anda sendiri pernah lihat setiap kali anda buka blog, laman web, buka Youtube, dan buka aplikasi atau main game.

Iklan Google Ads ini akan dipaparkan samada dalam  bentuk teks, banner iklan (imej) mahupun video.

Ok... saya berikan contoh.

Iklan Teks dan juga Banner Imej di Blog/Laman Web

Cara nak maksimumkan income Adsense

Iklan Berbentuk Banner Imej dalam Video di Youtube

Cara nak maksimumkan income Adsense

Iklan Berbentuk Video Sebelum Video Sebenar di Youtube

Cara nak maksimumkan income Adsense

Jika anda ada blog atau laman web, ada video yang dimuat-naik di Youtube, ada aplikasi yang diletakkan dalam Google Play, boleh memohon satu akaun Google Adsense secara percuma untuk mula menjana income USD menerusi 3 bentuk iklan yang saya sebutkan tu.

Cuma sayugia nak diingatkan ialah, walaupun cara pendaftaran adalah percuma dan tidaklah sesusah mana, ada banyak terma dan syarat yang perlu dipatuhi sebelum anda boleh menjana income USD menerusi platform Google Adsense ini.

Antara lain ...
  • Blog/Laman Web - Konten dalam blog tidak boleh berunsur perkauman, tidak boleh berkait dengan ubat-ubatan terkawal, tidak boleh mempunyai konten yang bersifat menghasut, tidak boleh konten berunsur se**sual.
  • Video - Tidak boleh memuat-naik video orang lain atau yang langgar hakcipta termasuklah lagu yang dimuat-naik bersama dengan video sebagai latar.
  • Aplikasi - Aplikasi perlu sentiasa dikemaskini. Ia juga tidak boleh berunsur lu*ah.

Anda perlu dan kena faham terma-terma ini sebelum cuba untuk memohon akaun Google Adsense. Jika tidak, seandainya anda telah mempunyai akaun Adsense, income yang terkumpul mungkin bermasalah apabila mahu dipindahkan masuk ke akaun bank anda.

Saya sendiri telah mengalami masalah ini beberapa tahun dahulu.

Malah, saluran Youtube saya pernah dinyahaktif untuk menggunakan Google Adsense ini untuk satu tempoh tertentu. Sama juga yang pernah berlaku dengan blog ini.

[Dah Baca?] 9 Tips Adsense Ringkas Yang Perlu Anda Tahu

Jika anda telah mempunyai akaun Google Adsense, dan dah mula menjana income menerusinya, saya ucapkan tahniah.

Jika belum, anda boleh memohon untuk mendapatkannya; gunakan pautan di bawah untuk lebih info mengenai cara nak memohon dan seterusnya jana income USD menerusi program ini:


Langkah seterusnya ialah untuk memaksimakan income USD Adsense anda.

Apa yang akan saya kongsikan adalah tips-tips yang pernah saya ceritakan dalam Panduan Adsense sebelum ini. Jika anda pengikut setia blog ini, rasanya anda pasti sudah maklum mengenainya. Apapun, meh ulangkaji sedikit ...

Cara nak maksimumkan income Adsense

Memaksima Income Adsense Menerusi Blog

Untuk memaksima income USD Adsense menerusi blog, anda perlu pastikan konten anda mempunyai kata kunci bernilai tinggi untuk iklan. Buat masa ini, saya agak sukar mencari apa-apa aplikasi percuma untuk membantu mencari kata-kunci bernilai tinggi ini.

Tetapi, anda boleh sahaja gunakan SEMrush, ada trial selama 14 hari (kalau tak silap).

Menurut beberapa blog berkaitan Google Adsense, untuk tahun 2020, niche-niche berikut dikatakan mempunyai nilai pengiklanan yang tinggi, yang mampu membantu untuk menaikkan income Adsense, anda boleh tulis konten di blog berdasarkan kategori atau niche di bawah:

  • Insurans
  • Berkaitan tenaga - gas atau elektrik
  • Pinjaman
  • Gadaian
  • Peguambela dan Peguamcara
  • Kutipan Derma dan Dana Kebajikan
  • Panggilan Persidangan
  • Persidangan Video



Aspek lain ialah kedudukan iklan Adsense yang diletakkan di dalam blog. Seboleh-bolehnya iklan yang diletakkan perlu kelihatan pada tahap lebih 50%, atau paling tidak melebihi 35%. Antara lokasi yang bagus untuk meletakkan iklan Adsense (pada waktu ini) ialah di bahagian sidebar bawah dan juga penghujung artikel.

Pun begitu, ia bergantung dengan template blog yang digunakan. Ada blog yang mempunyai template yang telah mengoptimasi kedudukan iklan Adsense.

Memaksima Income Adsense Menerusi Youtube


Untuk Youtube, salah satu cara untuk optimasikan income ialah dengan menggunakan fungsi tag ketika memuat-naik video tersebut. Aspek lain ialah cara anda menulis tajuk video anda, dan juga tampilan thumbnail untuk video tersebut.

Semua cara saya sebutkan itu ialah untuk mendapatkan jumlah tontonan yang bagus. Apabila ada tontonan, barulah iklan Adsense akan keluar dan membolehkan video yang anda hasilkan.

Gunakan end-credit yang bagus pada setiap video anda agar penonton sedia-ada akan terus menonton video-video yang anda muat-naik.

Relevan dengan situasi dan isu terkini. Biasanya orang akan suka menonton video yang ada kaitan dengan isu-isu hangat diperkatakan. Anda boleh muat-naik video kreatif anda itu, dan gunakan fungsi tag serta tajuk yang menyerlah untuk kaitkan dengan isu semasa.

Lagi satu, tetapkan lokasi iklan dan jenis iklan yang sesuai dengan video anda. Ada jenis display ads, overlay ads, sponsored cards, skippable video ads dan juga ad breaks. Jangan letak terlalu banyak iklan sehingga anda kehilangan jumlah tontonan.

Memaksima Income Adsense Menerusi Aplikasi

Tiada cara lain untuk memaksima income USD Adsense anda di aplikasi, iaitu dengan memastikan orang terus menggunakan aplikasi tersebut. Jadi, kena cipta atau buat aplikasi yang akan digunakan setiap hari.

Jumlah muat-turun tidak menjamin income Adsense anda akan bertambah, selagi mereka yang dah muat-turun tersebut tidak menggunakannya. Iklan hanya akan keluar jika mereka gunakan aplikasi yang telah anda buat.

Jadi, anda perlu pastikan aplikasi anda sentiasa dalam perhatian penggunanya. Salah satu cara ialah dengan buat kemaskini, walaupun kecil. Apabila ada kemaskini, pengguna akan dimaklumkan menerusi smartphone masing-masing, seterusnya memaksa mereka membuka aplikasi.

[Boleh Baca] Rahsia Untuk Buat Duit Dengan Apps Game Sendiri

Apa yang saya berikan ini adalah bersifat umum, tetapi menerusi pengalaman saya, jika anda mahukan in-depth cara untuk memaksimakan income USD Adsense anda, anda kena rajin mengikuti tips yang diberikan sendiri oleh Google Inc

Anda boleh mendapatkannya di sini - https://www.google.com/adsense/start/resources/

Saya harap artikel yang saya tulis ini sedikit sebanyak memberikan pengetahuan berkaitan Google Adsense, dan tiga cara yang boleh anda buat untuk memastikan jumlah income USD Adsense dapat dimaksimakan sebaiknya.

Amnya, jika anda betul-betul nak buat duit USD Adsense ini, anda kena ambil peluang untuk buat blog, buat aplikasi dan muat-naik video ke Youtube.

Anda cuma perlu DAFTAR SEKALI sahaja menerusi blog/laman web anda untuk mendapatkan akaun penuh Adsense. Bila dah approved, anda dah boleh akaun Adsense yang sama untuk monetization di sumber lain - Youtube dan juga aplikasi.
[Boleh Baca] Panduan Daftar Adsense untuk Blog dan Youtube

Semoga berjaya.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul tuan. Sebab itu YouTuber yang popular boleh jana income yang banyak kerana view dan kualiti konten.

    Blog + YouTube juga satu kombinasi yang baik untuk maksimakan income melalui trafik.

    BalasPadam
  2. Terima kasih berkongsi tips2. baru berjinak dengan adsense. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement