Sedapnya dapat makan durian ketika negara berada dalam ancaman Covid-19 dan juga dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Susah betul nak dapatkan durian waktu PKPB masih dilaksana. Alhamdulillah, baru-baru ini ... saya dan keluarga dapat juga menikmati buah durian.

Kalau anda sering baca blog saya, tentu dah tahu bahawa anak bongsu saya memang suka makan buah durian. Semasa PKPB ni memang agak sukar nak mencari buah durian.

Dapat Makan Durian Waktu PKPB

rezeki dapat makan buah durian waktu PKPB

Alhamdulillah, baru-baru ini isteri saya terserempak dengan orang menjual buah durian di tepi jalan. Uhh boleh tahan juga harga buah durian dijual waktu PKPB ni.

Isteri saya mampu beli dua biji buah durian, harga RM20 sekilogram. Harga untuk dua biji tu cecah RM35.

Kalau ikut sayalah, memang tak terbelilah sebab memang harga buah durian tu mahal pada saya. Tapi, mana boleh lawan kasih seorang ibu kepada anak dia kan? Hehe ... lagi-lagi si anak bongsu yang memang dah minta nak makan buah durian ni.

Walaupun harga agak mahal, namun dua biji buah durian yang dibeli memang cukup puas hati. Rasa buah memang sedap. Dan masing-masing dapat merasa keenakkan buah durian berharga RM20 sekilo waktu PKPB ni.

[Dah Baca] Panduan dan Tips Memilih Buah Durian Yang Terbaik

Bukan semua tempat yang biasanya ada menjual buah durian yang dikenali sebagai Raja Buah waktu PKPB ni. Memang isteri saya cukup bernasib baik sebab terjumpa orang menjual buah ini di tepi jalan. Uhhh bila dah jumpa, walaupun harga sedikit mahal ... tak salah pun beli untuk makan anak-anak.

Nikmat Allah. Rezeki Allah.

rezeki dapat makan buah durian waktu PKPB

Walaupun hari-hari bukan seperti hari biasa, tetapi rezeki Allah S.W.T ini tiada siapa dapat jangka. Allah permudahkan, apatah lagi bila anak saya yang bongsu dah pernah cakap nak makan buah durian waktu PKPB ni.

[Dah Baca?] Puas Hati Beli Buah Durian Bentong Rm20 Sekilo

Tengok ni .. sedapnya si Najmi, anak bongsu saya dapat makan durian, sebiji buah durian dihabiskan dia seorang sahaja ..

rezeki dapat makan buah durian waktu PKPB

Apa yang berlaku adalah antara perkara menarik yang berlaku dalam keluarga kami sepanjang PKPB ini. In Sha Allah, nanti saya akan ceritakan lagi beberapa kisah menarik lain sepanjang PKP dan PKPB dilaksanakan, termasuklah cerita menarik di bulan Ramadan.

Jangan lupa langgan blog ini ya .. :) dan follow apa yang patut.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. durian adalah buah yang sedap dan nikmat untuk dimakan..

    alhamdulilllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle