Tengah mencari resepi mudah untuk memasak lemang ke? Aha, saya nak kongsikan kepada anda resepi viral, iaitu cara memasak lemang tanpa menggunakan buluh. Jadinya, resepi lemang ini adalah merupakan resepi lemang modenlah, memandangkan penggunaan buluh untuk memasak secara tradisinya tidak lagi diperlukan.

Secara tradisional, sememangnya lemang perlu dan wajib dimasak menggunakan buluh. Tetapi memandangkan ada waktu di mana buluh lemang sukar didapati, saya fikir tidak salah kreatifkan sedikit untuk hasilkan menu sedap ini tanpa mengikut cara asalnya.

Resepi Masak Lemang Kukus Menggunakan Cawan Kertas

Resepi Masak Lemang Moden Menggunakan Cawan Kertas

Tidak dinafikan, rasa lemang tradisi yang menggunakan buluh dan kemudian dibakar dengan bara kayu api berbeza dengan resepi lemang moden. Namun begitu, tidak mustahil nanti lemang moden akan menjadi resepi popular dan diguna-pakai secara meluas apabila buluh lemang sukar untuk diperoleh.

Ada banyak teknik dan cara untuk memasak lemang tanpa menggunakan buluh. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan cawan kertas.

[ads id='ads1']

Seorang pengguna Facebook, Puan Zulena Ismail telah berkongsi cara untuk memasak lemang yang sedap dan berlemak hanya menggunakan cawan kertas menggantikan buluh lemang.

Perkongsian resepi lemang kukus ini telah mendapat lebih daripada 41 ribu perkongsian di Facebook pada pertengahan April 2020. Ia mendapat perhatian ramai kerana resepi lemang moden yang dihasilkan agak mudah dan tidak memakan masa lama untuk memasak seperti lemang tradisional.

Dua benda penting untuk memasak lemang tanpa buluh ini ialah cawan kertas pakai buang dan juga pengukus.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk masak lemang guna cawan kertas

Berikut adalah bahan-bahan untuk membuat lemang moden ini ..

  • Beras pulut
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Duan pisang
  • Cawan pakai buang

Cara Membuat Lemang Moden

Sepertimana dilihat pada bahan-bahan yang digunakan, memang tak ada bezanya dengan bahan-bahan memasak lemang tradisional. Jadi, secara logiknya, rasa lemang mungkin tidak jauh bezanya. Hanya sukatan sahaja membezakannya - samada lemang terhasil akan sedap lemak masin atau sebaliknya.

Jom lihat cara nak buat lemang tanpa menggunakan buluh lemang ini.

Cara Membuat dan Masak Lemang Moden

  1. Pertama sekali, basuh dan toskan beras pulut dan ketepikan seketika.
  2. Kemudian, bancuhkan santan, air dan garam sehingga cukup rasa (pastikan campuran sedikit pekat).
  3. Setelah itu, lapikkan dalaman cawan kertas dengan daun pisang. Sama seperti melapiknya dalam batang buluh.
  4. Seterusnya, masukkan beras pulut yang telah dibasuh sebentar tadi. Disyorkan untuk basuh lebih daripada 3 kali untuk elakkan ia cepat basi.
  5. Kemudian, tuangkan air santan ke dalam cawan yang berisi beras pulut.
  6. Tuangkan santan sehingga melebihi sedikit had beras pulut (jangan ketukkan cawan berisi beras pulut untuk memampatkannya).
  7. Kemudian, kukuskan cawan berisi beras tersebut untuk 2 jam dalam dapur pengukus.
  8. Selepas 2 jam, angkat lemang anda dan biarkan lemang sejuk sedikit untuk seketika.
  9. Kemudian, guntingkan cawan kertas yang membaluti lemang tersebut.
  10. Akhir sekali, potongkan lemang mengikut ketebalan yang anda inginkan dan selamat menjamu selera!

Memang mudah sekali kan? In Sha Allah, anda yang duduk di rumah boleh mencuba resepi lemang moden dengan menggunakan cawan kertas ini.

[Baca Juga] Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap

Jika anda ada cawan kertas lama yang disimpan, inilah masa untuk recycle gunakan untuk membuat lemang.

Dengan adanya resepi lemang mudah tanpa buluh ini, bolehlah masak lemang pada bila-bila masa, tidak terhad waktu perayaan atau bulan puasa yang biasanya resepi ini menjadi popular.


Selamat mencuba ya, dan terima kasih kepada Puan Zulena kerana berkongsi tips memasak lemang moden ini di laman sosial. Ada banyak lagi resepi best daripada beliau, jadi jangan lupa untuk follow beliau ya ..

Kredit segala kebaikan kepada Puan Zulena Ismail. Terima kasih.

Sumber asal: Facebook Puan Zulena dan SeismikMakan


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. nampak gayanya kena buat juga macam ni HH andai PKP masih di teruskan sampai Syawal nanti :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Borong dari Jepun